Pages

Thursday, 24 December 2015

BISNES CARA KAMI

Dulu kalau Allah tak bagi kami JATUH kami mmg tak akan belajar malah mungkin akan terus jahil, kami mesti akan rasa kami betul dalam semua perkara. Sbg suami isteri kami memang nak yg terbaik untuk anak-anak tapi kami lupa yg kami sepatutnya jadi contoh yg baik dulu.

Masa 1st time kami achieve RM 1juta umur kami 24tahun, iaitu 4tahun lepas,masa tu duit seolah turun dari langit, sales menjangkau RM600k SATU HARI dan konsisten secara berterusan...kami sangat2 lah culture shock banyak membazir,sebab kami xpernah dapat duit sebanyak tu...kami pilih gaya hidup mewah dan mula menjadi org kaya baru,nak pakai yg branded ja semua hingga kan kdg2 beli sesuatu tak diguna kan pon.

Hingga satu tahap banyak pengajaran kakfel ambik dari situ.kakfel belanjakan sesuatu tetapi bila balik rumah atau pergi melawat anak yatim kakfel belajar sesuatu...Kakfel n hubby mula berubah.. Duit dalam akaun sendiri tak perlu ada banyak.. Biar duit dalam akaun Allah ada banyak...
#sedekahlah dan fahami konsep perniagaan sebenar.

Berniaga bukan di lihat pada populariti anda, bukan pada tahap kekayaan anda, bukan pada berapa org menyukai anda.. Tapi peniaga yg berjaya selalu kekal tunduk pada Allah dan "mengambil ktitik sebagai pujian dan pujian sebagai ujian."

tetaplah hingga kini kalau teringin apa apa kakfel beli juga, kita reward diri utk dunia, tak salah langsung, yg salah hanya bila kita lebihkan dunia dan lupakan akhirat.

Menjadi jutawan impian ramai org, tapi kakfel nak beritahu, lagi kaya kitaa, lagi banyak tanggungjawab, lagi lambat kita punya turn nak dihisab di alam sana nanti.

Menjadi KAYA ITU WAJIB kerana lebih ramai islam kaya lebih ramai org dapat dibantu, tetapi jangan lupa, menjadi ISLAM SEBENAR yg kaya itu lebih wajib. #tipsfelinnanadea

.
.
Jom baca lebih banyak perkongsian kakfel dalam BUKU BISNES CARA KAMI

Bagi yang nak dapatkan buku ni, jangan segan jangan malu whatapps saya :)

AKU, DIA & REZEKI

Hikmah dari sebuah aduan.
.
.

Pelanggan yang membatalkan pesanan di saat akhir adalah suatu yang memang mendukacitakan.

Sepanjang saya menjalankan bisnes menjual dadih. Saya pernah dikecewakan sebanyak 3 kali.

Bukan sedikit pesanan yang dibuat. Melebihi 300 bekas. Bukan sedikit modal terpaksa dikeluarkan.

Memang kecewa yang teramat sangat. Modal pun tak pulang. Rugi sudah pasti !

Satu ketika. Seorang pelanggan membuat pesanan dadih sebanyak 300 cawan.

Sehari sebelum menghantar dadih. Saya hubungi pelanggan itu namun tidak dijawab. Sms pun tidak dibalas.

Saya sudah merasa tidak senang hati kerana bayaran belum dibuat.

Hinggalah hari dimana saya perlu menghantar dadih itu. Masih tiada jawapan daripada pelanggan.

Saya sudah tidak keruan. Tidak tahu apa yang hendak dibuat.

Sesudah melaksanakan solat sunat Dhuha. Saya mengadu kepada Allah, nasib yang menimpa.

Usai solat. Saya nekad untuk sedekah sahaja dadih itu kepada sebuah madrasah tahfiz yang terletak tidak jauh dari rumah.

Saya isikan kesemua dadih ke dalam Kancil kesayangan saya.

Terus menuju ke madrasah. Dari jauh kelihatan beberapa khemah didirikan.

Sebaik tiba. Mudir yang sedang bersembang dengan ibu bapa pelajar terus menerpa saya.

"Ya Allah, saudara. Saya tengah susah hati fikir nak dapatkan juadah untuk program petang ini. Katering saat akhir maklumkan tak dapat buat. Saudara ada dadih tak untuk ganti kuih-muih?"

Saya ternganga.

Namun saya jelaskan yang saya telah berniat untuk sedekah saja dadih yang ada.

"Tak apa, niat saudara insyaAllah Allah terima, tapi saya juga telah berniat, kalau ada siapa yang boleh tolong sediakan juadah petang ini, saya niat untuk bagi hadiah, nak bagi sedekah." Ustaz menjelaskan hajatnya.

Dadih diserahkan. Dan saya mendapat bayaran yang lebih dari sepatutnya.

Selesai.

Petang itu, kami telah merancang untuk pergi kenduri sahabat. Setelah semuanya bersiap, kami terus bertolak.

Di pertengahan jalan. Barulah kami sedar, 2 orang anak kami yang masih kecil, hanya memakai selipar jepun.

Isteri saya naik berang. Saya tidak bercakap apa-apa. Hanya memberi tumpuan kepada pemanduan.

Sebaik tiba di rumah pengantin. Kami semua serba-salah. Kawasan jalan hendak ke rumah pengantin digenangi air. Berlopak. Walapun pihak tuan rumah telah meletakkan kayu dan batu. Namun, air tetap melimpah.

Beberapa orang tetamu yang baru hadir dan ada yang menghala untuk pulang, semuanya terpaksa membuka kasut masing-masing, bimbang tenggelam dalam air lopak dan berselut.

Dua orang anak saya terus berjalan dengan selipar jepun yang dipakai.

Sebaik menikmati juadah. Kami terus memohon diri untuk pulang. Sahabat saya meminta saya untuk tunggu sebentar.

Rupanya dia telah membungkus makanan dan lauk-pauk kenduri.

Memang banyak.

Rupanya, disebabkan hujan lebat dan banyak tempat ada majlis kenduri, maka majlis kenduri sahabat saya kurang tetamu yang hadir.

Maka, banyak lagi makanan yang berbaki.

Saya pulang dengan seribu kesyukuran. Dan segala hikmah yang diperolehi.

Kita merancang tetapi Allah merancang yang terbaik untuk hamba NYA.

# Buku Aku, Dia & Rezeki.

Wednesday, 23 December 2015

BISNES CARA KAMI

[BUKU  BISNES CARA KAMI]
.
.
Alhamdulillah terima kasih semua yang sudi berjual beli dengan kami :)
.
.
Sememangnya buku BISNES CARA KAMI ni sangat-sangat laris. Kami juga sudah tambah order stok baru, kami juga tak menang tangan gara-gara BUKU BCK ni :) .
.
Kompilasi buku menarik. Dalam buku BISNES CARA KAMI, ada diceritakan tentang buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
.
.
Whatapps 0173552065 ya untuk yang berminat untuk dapatkan buku BCK :)

ALLAH TEMPAT MEMINTA & MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Doa Senjata Orang Mukmin

Dengan doa, segala yang sukar menjadi mudah.
Dengan doa segala yang tidak mungkin boleh sahaja mungkin
Doa adalah senjata. Penghubung makhluk dengan Pencipta.
Doa adalah senjata untuk memohon apa saja.
Berdoalah tanpa putus asa, kerana hanya Allah tempat meminta.
(Petikan, Kisah 40, Buku Allah Tempat Meminta)

Alhamdulillah, selamat pagi
Apa yang kita fikir, kita buat, kita rasa, dan bayangkan itu juga DOA.

Berminat untuk dapatkan buku-buku ini sebagai koleksi peribadi anda, jangan segan, jangan malu. Whatapps saya di nombor 0173552065 ye ;)

365 TIP DIDIK ANAK GAYA NABI

Mendidik Permata Hati: 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi
Penulis buku ini merupakan insan yang tidak asing lagi di kaca TV mengendalikan program fiqah wanita, motivasi agama dan juga keibubapaan.
Beliau yang dikenali sebagai Ustazah Isfadiah adalah graduan UIAM, merupakan mantan pensyarah di UIAM. Sekarang ini penulis aktif mengendalikan seminar dan program keibubapaan.
Buku 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi yang dicetak berwarna warni ini terbahagi kepada 3 bahagian.
Kesemua bahagian ini mencakupi pelbagai topik didikan anak-anak yang di bahagikan pula kepada 140 terdiri 365 tip.
Bahagian pertama bertajuk Melihat Anak Sebagai Amanah banyak menyentuh tentang tip pendekatan pendidikan anak-anak.
Manakala dalam bab yang kedua pula bertajuk Menelusuri Didikan Anak-Anak Nabi banyak memberikan tip dan pendekatan pendidikan bersumberkan kisah para nabi.
Buku yang bertemakan 1 hari 1 tip yang merangkumi 365 tip untuk diamalkan oleh ibu bapa.
Tip yang diberikan secara tidak langsung dapat memberikan idea dan kaedah yang praktikal kepada ibu bapa bagi mendidik dan membesarkan anak-anak.
Penulisan buku ini merupakan satu bimbingan yang ringkas tapi padat dengan saranan bersandarkan dalil daripada al Quran, hadis dan juga pandangan ulama.
Selain itu buku ini juga amat istimewa kerana menyertakan pelbagai informasi tambahan yang menarik dan menambah maklumat kepada para pembaca.
Selari dengan keadaan semasa yang mana anak-anak dewasa ini banyak terdedah kepada gajet.
Maka buku ini tampil memberikan bonus bagi pembaca dengan memberikan bonus 13 tip mengurus anak bermain gajet. Antaranya menyenaraikan baik dan buruk gajet, ‘do and don’t’s’ serta banyak lagi.
Pendekatan penulisan yang mengambil kisah-kisah daripada al-Quran dapat mendorong dan menarik minat pembaca serta mudah untuk difahami dan dipraktikkan.
Selain itu penulis juga ada memberikan cadangan permainan yang kreatif contohnya permainan puzzle bahtera Nabi Nuh a.s.
Tip yang diberikan dalam buku ini secara padat dan ringkas tidak menjemukan bacaan, ia mudah untuk dipraktikkan serta dirujuk dengan adanya senarai bab yang diberikan.
Bagi ibu bapa yang tercari panduan dan bimbingan bagi mendidik anak-anak, buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan dan bimbangan.  (DR SAKINAH SALLEH)

BISNES CARA KAMI

[BUKU BISNES CARA KAMI]
.
.

Sambutan luarbiasa masa hari pertama pelancaran buku.
siapa kakfel tak sempat peluk cium kakfel mohon maaf, ini pon dh separuh que, kita nak percepatkan sebenarnya.

dah baca ke buku? Ada sebarang komen?

#bisnescarakami
Felinna Nadea Ed Fattah

.
.
.
Sememangnya buku BISNES CARA KAMI ni sangat-sangat laris. Kami juga sudah tambah order stok baru, kami juga tak menang tangan gara-gara BUKU BCK

Kompilasi buku menarik. Dalam buku BISNES CARA KAMI, ada diceritakan tentang buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

.
Whatapps 0173552065 ya untuk yang berminat dapatkan buku ini :)

BISNES CARA KAMI

Bagaimana hendak hadapi kejatuhan .

Kisah dulu, kakfel pernah hilang 2buah butik dan satu modelling/event agency serta semua barangan dilelong and dijual sebelum kahwin, kereta juga ditarik kerana dah 12 bulan sembunyi tanpa dibayar.JATUH TERDUDUK. Diisytihar bankrap.
Kami suami isteri pernah kehilangan RM Jutaan kerana kami leka dengan dunia.

Kita jatuh, kita rasa Allah benci kita, sedangkan Allah itu sgt sygkan kita, mungkin ada silap kita yg Allah tak snggup tgk kita teruskan. Kita perlu muhasabah saat jatuh ni... Kita tgk diri kita, kenapa Allah tegur? Mungkin saat kita kaya kita lupa Allah.. Bila kita kaya kita tak sedar yg kita dah sombong.
.
.

Hadapi kejatuhan dengan tenang dan muhasabah kenapa Allah jatuhkan aku. Jangan kita mencari jalan yg hanya menambah murka Allah.

Ingatlah, kalau Allah izinkan kita naik, maka Dia mampu jatuhkan kita bila2 masa sbb tu kalau kita masih degil, taknak balik ikut jalan Allah, kita tetap jatuh tanpa naik2.. Sebab kita taknak fokus kepada kenapa aku GAGAL. Tapi lebih fokus kepada Siapa yg gagalkan aku.
.
.

#tipsfelinnanadea

.
.
Jom baca lagi kisah kak fel dalam BUKU BISNES CARA KAMI, hanya RM28 senaskah. Harga tidak termasuk kos pos.

Buku terlaris. Untuk yang minat memiliki buku ni, jangan segan-segan whatapps saya ye 0173552065 :)

Wednesday, 25 November 2015

Cara Untuk Membantu Anak Suka Membaca

Entri 23

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah baru berkesempatan mengemaskini blog. ok hari ni saya nak kongsikan cara untuk membantu anak supaya suka membaca :)

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk membantu anak supaya suka membaca antaranya ialah;


    1. Menggalakkan anak anda untuk bermain dengan buku kain.

    2. Menunjukkan gambar di dalam buku kain dan menyebut nama objek.
    
    3. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku.




4. Mempelbagaikan ton suara anda, membuat wajah yang kelakar, atau membuat gaya-gaya tertentu ketika membacakan buku kepada anak anda adalah cara yang berkesan untuk merangsang minatnya terhadap buku dan juga cerita anda. Yang penting ibu dan anak dalam mood yang ceria.



    5. Bacakan buku untuk anak anda sekerap mungkin. Namun jangan mengambil masa yang terlalu lama.



   6.  Buku lembut yang diperbuat dari kain (softbook/clothbook) adalah pilihan yang baik untuk mengelakkan buku dari cepat koyak atau rosak. Selain itu buku kain ini juga selamat kerana anda tidak perlu risau anak anda akan tertelan cebisan kertas.


Selamat mencuba ibu cemerlang sekalian. Semoga berjaya. Jangan putus asa ya! ;)  

Friday, 6 November 2015

Jadikan Kami Ibubapa Penyayang

Entri : 22

Teks : Nazihah Zulkifli

Gambar : Carian google


Assalamualaikum pembaca budiman

Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Alhamdulillah  di pagi hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat hari Jumaat inshaAllah. Sambil berselawat jangan lupa untuk berdoa juga ya =)

Kerana pada hari Jumaat ada satu masa doa adalah makbul, jadi jom semua kita berdoa. 


'Ya Allah jadikanlah kami ibubapa yang penyayang. Jauhilah kami dari memukul anak kami tanpa belas kasihan. Jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dalam mendidik anak-anak kami. Hiasilah peribadi anak kami dengan akhlak yang baik seperti akhlak Nabi Muhammad SAW. Lembutkanlah hati kami, hati anak-anak kami. Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah, anak yang mendengar kata. Ya Allah jauhilah kami dari mengabaikan tanggungjawab amanah mu ini ya Allah. Jadikanlah anak kami sebagai penyelamat kami dari seksa api neraka. Amiin… Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan zuriat kepada kami…'

Monday, 2 November 2015

Tahukah ibu semua?


Entri 21
Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google   
Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang.. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk mengemaskini blog setelah agak lama blog terbiar sepi =)

Beberapa minggu lepas kesihatan Umar agak kurang baik, mungkin kesan jerebu yang melanda negara kita. Perhatian diberikan kepada anak kecil yang satu. Susut sedikit badan Umar setelah mengalami demam, batuk dan selsema yang agak teruk. Hampir 3 minggu baru lah kesihatan nya bertambah baik seperti sedia kala.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.

Ok kini saya kembali untuk mengemaskini blog dan juga menyiapkan tugasan yang tergendala.. inshaAllah..

Ok hari ini saya akan kongsikan mengenai cara untuk menghentikan tantrum anak. Tahukah ibu semua, salah satu cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum pada anak adalah dengan memberinya pelukan . Mengapa pelukan?
Pelukkan yang penuh kelembutan dan kasih sayang merupakan salah satu cara membantu menyelesaikan masalah, terutama dalam kalangan anak yang berperilaku unik. Beri anak pelukan minima lapan kali sehari untuk memberikan tenaga positif sehingga anak boleh mengoptimakan potensi yang dimilikinya. 

Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian kita. Berikan mereka pelukkan dan kata-kata semangat secukupnya, pasti dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Pastikan kita berada di sisi mereka di kala suka dan duka. Lihatlah hasilnya nanti =)

Selamat mencuba ya =)

InshaAllah jumpa lagi di entri seterusnya.

Salam sayang,

Nazihah Zulkifli
2 November 2015
9:30 malam





Thursday, 8 October 2015

Kemahiran Pergerakan Motor Kasar

Entri 20

Teks       : Nazihah Zulkifli

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua ibu bapa cemerlang :)

Ok hari ni kami akan kongsikan maksud kemahiran motor kasar untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita perlu tahu apa itu kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus. Ini penting untuk kita pantau perkembangan anak tersayang. Perkembangan motor kasar merujuk kepada kebolehan anak mengawal perlakuan dan pergerakan yang membolehkannya menerokai persekitaran. Kemahiran ini berkaitan kemampuan dan juga kebolehan anak menggunakan otot-otot besar atau otot kasar mereka seperti otot pada bahagian leher, tangan, kaki dan sebagainya. Kemahiran ini membolehkan anak bergerak seperti berjalan, merangkak, meniarap dan sebagainya. Gerakan ini ialah gerakan yang pertama dikuasai oleh anak ketika dilahirkan yang dikenali juga sebagai pantulan. Apabila anak berusia sebulan, kebanyakan pantulan berubah menjadi pergerakan terkawal. InshaAllah kami akan kongsikan lagi info untuk post yang akan datang.

Jumpa lagi di entri seterusnya InshaAllah :)

Pendidikan awal anak bermula dari rumah dan ibubapa ialah guru mereka yang pertama :)

Sunday, 4 October 2015

Tip Mudah Rangsang Anak Bijak


Entri 19

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang.. Ok hari ini saya akan kongsikan tip mudah untuk rangsang anak bijak. Semoga menjadi panduan kita bersama inshaAllah :)

Tip mudah rangsang anak bijak

#1
Ibu bapa hendaklah rajin berbual dengan bayi kerana ia membantu membina kemahiran bertutur dengan lebih pantas.

#2
Ibu bapa juga perlu rajin baca buku. Walaupun bayi anda masih belum faham tetapi ia membantu merangsang koordinasi mata dan telinga.

#3
Selain itu ibu bapa hendaklah memperkenalkan bayi kepada alam. Ia merupakan pelajaran asas sebuah kehidupan. Ibu bapa boleh memperkenalkan bunga, kucing, burung atau apa saja pada anak-anak.

#4 
Bermain dengan warna. Si kecil boleh belajar warna daripada pelbagai objek di sekelilingnya.

#5
Ibu dan bapa juga boleh mula mengajar bayi untuk mengira. Sambil dukung bayi, ajar bayi anda kira dari nombor 1 hingga 10 sambil bergurau senda. Pastikan bayi berada dalam keadaan ceria supaya ibu bapa dan bayi dapat menikmati saat itu dengan baik.

Selamat mencuba! Jumpa lagi di entri seterusnya :)

Salam sayang,
Nazihah Zulkifli
4 Oktober 2015
5:18pm

Anak syurgaku...

Entri 18

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Nazihah Zulkifli

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kembali bersiaran setelah berapa hari tidak kemaskini blog :)

Alhamdulillah kesihatan saya dan anak bertambah baik setelah seminggu lebih tidak sihat. Mungkin disebabkan kesan jerebu yang agak teruk melanda Banting Selangor. 

Kesian Umar, lebih 5 hari batuk, selsema dan muntah setiap kali selepas makan dan minum. Merengek-rengek tidak selesa bila tak dapat bernafas dengan baik.

Tetapi sesuatu yang buat saya terharu... Alhamdulillah sejak Umar tak sihat... selepas saja Umar batuk dan muntah.. mulut kecilnya tidak berhenti menyebut "Allah... Allah... Allah..." 

MashaAllah... mula-mula saya ingat saya salah dengar... lalu saya panggil encik suami untuk dengar sekali... Memang ternyata Umar menyebut "Allah".... Saya ingat Umar tak tertanggung dengan kesihatan yang ditanggung... tapi tidak.. sambil tersenyum dia masih terus ulang kalimah "Allah..."...

Ya Allah... Alhamdullilah... Pada usia 11 Bulan Umar sudah menyebut Allah... Ummi sangat gembira dengan pencapaian Umar :)

Saya terus galakkan Umar untuk menyebut AllahuAkhbar... Ternyata Umar mampu menyebut kalimah itu juga :)

Saya ada bertanyakan kepada pengasuh Umar (Mama Ina), dan pengasuh Umar, juga ada mengatakan yang Umar sering ikut Mama Ina menyebut  kalimah "Allah" dan "AllahuAkhbar"... Alhamdullillah... permulaan dan pencapaian yang baik.. Alhamdulillah :)

Jadi.. sebagai ibu bapa... kita hendaklah beri contoh yang baik untuk anak-anak tersayang.. kerana mereka sedang memerhati segala tindak tanduk kita... semoga kita menjadi teladan yang baik untuk mereka inshaAllah...

*Ummi dan Abi sentiasa doakan Umar jadi anak soleh musleh sayang... berjaya di dunia dan akhirat... InshaAllah... Aamiin...

Ok semua.. jumpa lagi dia entri yang akan datang ya :)

Salam Sayang,

Nazihah Zulkifli
4 Oktober 2015
4:38pm   

Saturday, 26 September 2015

Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap (Kesimpulan)

Entri 17

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang. Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah saya dah kongsikan beberapa tip untuk menggalakkan anak atau bayi bercakap. InshaAllah saya akan melakukan penambahbaikkan lagi pada post-post yang lepas. InshaAllah ;)

Ok daripada hasil yang dikongsikan, kesimpualan yang boleh dibuat ialah ibu dan bapa perlu banyak berkomunikasi dengan anak-anak untuk merangsang dan menggalakkan mereka bercakap. Pasti ada ibu dan bapa akan kata, "Bagaimana pula kalau kami memang orangnya jenis tak banyak cakap?".
Tak mengapa, demi anak-anak kita, kita banyakkan lah cakap untuk menggalakkan mereka bercakap. Untuk mendapatkan kejayaan, pengorbanan itu perlu kan? :)



Selain daripada itu, ibu dan bapa perlu berjuang untuk menggunakan bahasa yang baik, bukan menggunakan bahasa kasar, bukan marah-marah, mengherdik, menghina, mencaci dan sebagainya yang negatif. Semua ini lebih mudah bila kita sentiasa ingatkan diri untuk lebih tenang dan banyak bersabar.


Semoga kita dapat jadikan semua di atas sebagai rutin. InshaAllah kita sama -sama doakan ya. Setiap daripada kita pasti ada bahagian ujiian masing-masing dalam membesarkan anak-anak tersayang.

Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yang baik. Belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu. Sama-sama kita doakan agar kita berjaya dan istiqomah dalam menjaga amanah Allah SWT ini inshaAllah ;)

Ok sampai sini dulu ya... Jumpa lagi di lain entri InshaAllah.

Wassalam.

Salam Sayang,
Nazihah Zulkifli
26 September 2015
12:25 pagi

Friday, 25 September 2015

Bila Bayi Kita Sudah Mula Pandai Berjalan



Entri 16

Teks : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua pembaca. Salam Jumaat penghulu segala hari... Jom perbanyakkan selawat dan amalan-amalan sunat hari Jumaat.

Hari ini saya ambil cuti separuh hari memandangkan Umar tak sihat sejak beberapa hari lepas. Umar demam, batuk dan selsema. Kesian dia, pagi ni saja dah 4 kali muntah. Apa yang dia makan dan minum, lepas batuk mesti keluar balik. Ummi doa Umar cepat sembuh ya. Aamiin.

Sedar tak sedar Umar dah 11 bulan. Bila bayi kita dah mula pandai berjalan, ibu dan bapa akan teruja sangat kan? Rasa macam tak percaya anak kita dah besar!
Umar pun dah boleh berdiri. Alhamdulillah :)

Ok dalam post kali ini saya kongsikan 2 tip bila anak dah mula berjalan :)

Tip

1.  Apabila anak sudah mula membuat langkah pertamanya, berikan dia 
    semangat.

2.  Biarkan si kecil tidak berkasut sekerap mungkin. Dia perlukan kasut hanya
    apabila berjalan-jalan di luar rumah sahaja

Tak sabar nak lihat perkembangan Umar yang seterusnya InshaAllah. Jumpa lagi di lain entri ya! :)

Anak Adalah Anugerah..

Entri 13

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar  : Carian Google

Comelnya dia… sayangilah anak-anak anda kerana dia amanah dariNya. Kalau rasa nak marah / pukul bila si kecil agak nakal, cepat-cepat istighfar ye. Ingatlah susah senang semasa mengandungkan dan juga melahirkan anak syurga ini :)





   


Thursday, 24 September 2015

Tip 8 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 15

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google


Tip 8

Perasan tak dekat mana-mana pun kita boleh lihat fenomena gadget. Dekat kedai makan atau mana-mana saja. Baik suami, isteri atau anak-anak, semua sibuk layan gadget masing-masing. Sedihkan.. Jadi sebagai ibu dan bapa kita kena ubah kebiasaan ibu dan bapa dari banyak bergadget. Ini semua untuk kebaikan,  demi anak-anak dan keluarga kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tidak akan dapat meluangkan masa dan cinta untuk banyak bercakap dgn anak-anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka. Perubahan perlu dilakukan. Ayuh, mulakan sekarang demi yang tersayang. Selamat mencuba! :)

Tip 7 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 14

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google


Tip 7

Ulangan. Apa pentingnya ulangan? Ibu dan bapa boleh mengulang perkataan-perkataan harian dalam perbualan seharian dengan anak-anak. Kita boleh mulakan ulangan perkatan harian sebanyak yang mungkin. Di antara perkataan yang boleh diulang ialah seperti ibu, ayah, mandi, makan, susu, tidur, doa, solat dan lain-lain lagi. Pastikan mereka nampak perbuatan dan sebutan itu serentak dan dilakukan berulang kali.

Selamat mencuba! :)

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Entri 12
Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Semoga di hari yang mulia ini, saya, anda dan semua umat Nabi Muhammad SAW dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.. InshaAllah...

Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan. Kejayaan akan dimiliki oleh mereka yang sanggup berkorban harta, masa, keselesaan, tenaga, jiwa, nafsu, dan wajib berani melakukan tindakan yang boleh menjadikan diri anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin InsyaAllah.. :)


Ikhlas dari kami sekeluarga,
Nazihah Zulkifli
Samsudin Abdul Rahim
Muhammad Umar Hanzalah
24 September 2015
2:55 petang

Wednesday, 23 September 2015

Tip 6 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 11

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google

Tip 6

Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama,bagi idea,tanya mereka,bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.


Tuesday, 22 September 2015

Tip 5 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 10

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua.. Ok malam ini saya akan kongsikan tip yang seterusnya :)

Sambil layan anak main, ummi tulis post ringkas untuk manfaat ibu bapa cemerlang di luar sana inshaAllah :)

Tip 5

Salah satu cara untuk menggalakkan anak bercakap ialah dengan melibatkan mereka dangan aktiviti harian kita. Contohnya ketika ibu sedang buat persiapan untuk memasak, kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai baju di ampaian, sapu sampah, siram pokok, lipat baju dan lain-lain aktiviti lagi. Semasa membuat aktiviti ini semua, kita boleh bercakap dengan mereka, minta pendapat, pandangan dan idea mereka. Seperti tip yang sebelum ini, ibu dan bapa boleh pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan semasa aktiviti dijalankan. Berbual dan cakap sebanyak mungkin dengan mereka. Anak-anak akan rasa keperluan dan keseronokan berkomunikasi bila ibu dan bapa sudi melayan dan mendengar celoteh mereka :)

Ok, selamat mencuba! Jumpa lagi di entri seterusnya inshaAllah...

Wassalam.


Tip 4 : Cara Menggalakkan Bayi / Anak Bercakap


Entri 9

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua.. Maaf sudah berapa hari saya tak kemaskini blog. InshaAllah saya akan kongsikan tip yang seterusnya untuk menggalakkan anak atau bayi bercakap :)


Tip 4

Ibu dan bapa boleh terlibat sama bermain dengan anak-anak. Ibu bapa boleh mainkan peranan seperti : main masak-masak, jual-jual, apa-apa saja. Tetapi inu dan bapa ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara dan intonasi. Sekali sekala buat lawak untuk mewujudkan suasana yang ceria dan menggembirakan.Anak-anak pasti terhibur dan teruja. Sekaligus akan merangsang mereka untuk terus bercakap.

Selamat mencuba! :)

Thursday, 17 September 2015

Perkembangan Mengikut Usia – 1 BULAN

Entri #4

Teks     : Nazihah Zulkifli 
Gambar : Nazihah Zulkifli dan carian google


Assalamualaikum… Ok untuk entri kali ini saya akan kongsikan perkembangan bayi berusia 1 bulan.
Memerhatikan bayi membesar adalah pengalaman yang menakjubkan dan melucukan bagi ibu bapa terutamanya bayi ibu bapa yang pertama kali melaluinya. Ibu bapa pasti teruja melihat perkembangan yang tersayang. Bersedialah menanti dan merakam detik-detik pertama kali bayi anda tersenyum, pertama kali bayi anda meniarap dan lain-lain lagi.
Namun, perkembangan bayi tidak sama antara satu sama lain. Jadi ibu bapa jangan sedih atau kecewa jika perkembangan anak anda tidak sama dengan anak-anak orang lain. Yang penting kita sebagai ibu bapa prihatin terhadap perkembangan anak-anak kita. Jika terdapat sebarang tanda-tanda yang tidak normal, tindakan segera perlu diambil dengan membawa mereka berjumpa dengan pihak yang bertauliah untuk pemeriksaan lanjut.. Semoga kita sama-sama menjadi ibu dan bapa yang prihatin ye =)
Ok berikut adalah perkembangan sikecil pada usia 1 bulan =)

- Bayi diam apabila mendengar suara.
- Bayi melihat dan mengekori pergerakan objek di hadapannya.
- Tangan bayi telah mampu menggenggam dengan kuat.
- Bayi akan merenung ibu bapa apabila ibu bapabercakap dengannya.
- Bayi boleh mengangkat kepalanya buat seketika.
- Bayi melihat corak hitam dan putih.
- Bayi menghasilkan suara di dalam tekak.
- Bayi menoleh kepala kiri dan kanan apabila berbaring.
- Bayi menangis untuk menunjukkan perasaan kurang selesa.


Terasa rindu kenangan semasa Umar berusia sebulan. Ya Allah… cepatnya masa berlalu.. Hari ini genap Umar berusia 11 bulan.. Ummi sentiasa rindukan kenangan bersama Umar… Semoga membesar menjadi anak bijak dan soleh Muhammad Umar Hanzalah.. Ummi doakan Umar berjaya di dunia dan akhirat.. InshaAllah.. Aamiin =)

Ok, buat para pembaca nantikan entri seterusnya ya =)

Wassalam

Salam sayang,
Nazihah Zulkifli
17 September 2015
8:00 am

Tip 3 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 8
Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google
Tip 3
Banyakkan membuat projek atau aktiviti dengan anak. Kalau anak yang dah berumur 1 tahun, ibu bapa dah boleh buat eksperimen sambil bermain. Kenapa perlu buat eksperimen??? Ok, sebab pada usia lebih dari 1 tahun, bila kita buat projek, ini akan menggalakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa ingin berkomunikasi kerana mereka mahu suarakan pendapat, soalan dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung ini akan menghasilkan komunikasi 2 hala. Perbendaharaan kata anak-anak juga akan bertambah. InshaAllah. Yang penting... Play... Learn and grow... Ok, Selamat mencuba! ;)

Tip 2 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap



Entri 7
Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google
Tip 2
Kurangkan ipad, gadget dan tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara ibu bapa dan anak. Ini memang perlukan usaha. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat anak-anak. Sebab penggunaan gadget tanpa kawalan akan mengurangkan interaksi 2 hala. Selamat mencuba!

Tip 1 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 6

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google

Tip 1

Ibu dan bapa boleh merangsang anak untuk mula bercakap sejak mereka lahir. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 1 atau 2 tahun. Biasakan bercakap dengan anak-anak kerana mereka perlukan persediaan utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia bercakap. Sewaktu pakaikan baju, tukar pampers, mandi, minum susu atau apa saja aktiviti bersama. Ibu dan bapa boleh gunakan peluang ini untuk bercakap dengan anak. Terangkan apa yang sedang kita lakukan. Wujudkan suasana yang ceria dan tenang. Semoga ibu, bapa dan anak sama-sama menikmati masa yang berharga itu. Selamat mencuba! :)

Bila Bayi Mula Tumbuh Gigi

Entri #5
Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian google


Bila bayi dah mula tumbuh gigi, dia akan rasa tidak selesa, air liur banyak meleleh,  mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak.
Untuk mengurangkan rasa sakit gusi, ibu bapa dicadangkan membeli “teething ring” yang diperbuat daripada plastic lembut.
Bayi boleh gigit “teething ring” supaya gusi dapat membenarkan gigi keluar dengan mudah.
Tips dikongsi daripada blog Dr Zubaidi Hj Ahmad


Wednesday, 16 September 2015

Hak Anak Ke Atas Orang Tuanya..


Entri #3

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar  : Carian Google 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebahagian daripada hak anak ke atas orang tuanya ialah memberi nama yang baik, mengajarnya tulis baca dan menikahnya jika (anaknya itu) sudah dewasa."
(Hadis riwayat Ibn Hajat dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah)

Selamat Hari Malaysia 2015


Entri #2

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google 

Selamat Hari Malaysia 2015 diucapkan kepada semua. Semoga Allah SWT lindungi negara kita yang tercinta daripada sebarang malapetaka, bencana dan juga musibah. Diharapkan juga ekonomi dan mata wang semakin pulih dan semoga negara ditakbir oleh pemimpin yang adil. InshaAllah. Aamiin...

Pengenalan Diri

Entri #1


Teks       : Nazihah Zulkifli

Gambar  : Nazihah Zulkifli



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Syukur kehadrat Allah SWT kerana sekali lagi Dia telah mempermudahkan laluan untuk saya merealisasikan salah satu impian saya iaitu mempunyai blog sendiri. Memang sudah lama hajat di hati untuk mempunyai blog sendiri namun kerana kurangnya ilmu dalam ‘blogging’ hajat terpendam begitu saja. Ok, sebelum saya meneruskan penulisan, lebih manis jika saya memperkenalkan diri terlebih dahulu.


Alhamdulillah, nama yang diberi ialah Nazihah Zulkifli atau lebih mesra dengan panggilan Jiha di kalangan keluarga dan teman-teman. Kak Jiha dilahirkan pada tahun 1984 di Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik. Ketika Kak Jiha menulis entri ini, sudah beberapa kali hasrat untuk mula menulis tertangguh dek kerana kekangan masa di pejabat dan juga rumah. InshaAllah selepas ini Kak Jiha akan merancang dan membahagikan masa dengan lebih baik lagi. Semoga istiqomah dalam bidang penulisan. InshaAllah.


Kak Jiha memulakan pendidikan awal di sebuah Tadika Kemas di Parit Buntar dan Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar, Perak. Pada tahun 1991 Kak Jiha telah mengikut keluarga berpindah ke Butterworth, Pulau Pinang dan bersekolah di Sekolah Rendah Convent Butterworth. Pada tahun 1994, ibu Kak Jiha mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana jadi sekali lagi Kak Jiha berpindah mengikut keluarga ke Subang Jaya dan bersekolah di Sekolah Rendah SS 19 Subang Jaya, Selangor. Fuhhh kerap betul bertukar sekolah dulu kannn. Heee.

Alhamdulillah setelah tamat UPSR, Kak Jiha menyambung pengajian di Sekolah Menengah Seafield Subang Jaya sebelum diterima masuk ke salah sebuah sekolah berasrama penuh di Pulau Pinang. Setelah tamat SPM, Kak Jiha telah diterima masuk ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan meneruskan pengajian selama 7 tahun iaitu 3 tahun diperingkat diploma dan 4 tahun di peringkat ijazah sarjana muda. 

Rezeki untuk memasuki alam pekerjaan agak cepat. Alhamdulillah Kak Jiha di panggil untuk menghadiri temuduga dan seterusnya diminta melaporkan diri setelah tamat latihan industri.


Pada tahun 2009, bermulalah episod baru dalam hidup Kak Jiha di mana Kak Jiha telah memulakan kerjaya di salah sebuah syarikat perladangan. Pada tahun yang sama juga Kak Jiha menamatkan zaman bujang. Perkenalan selama 6 tahun di UPM berakhir dengan ikatan yang sah pada 17 Mei 2009. Namun seminggu selepas pernikahan, suami mendapat tawaran bekerja di sebuah Kolej Universiti di Melaka sebagai pensyarah. Bermulalah episod hidup kami sebagai pasangan jarak jauh.


Tugasan Kak Jiha memerlukan Kak Jiha bekerja di luar kawasan. Rutin harian Kak Jiha bukan sahaja di pejabat tetapi Kak Jiha juga lebih banyak menghabiskan masa di luar kawasan terutamanya di Kedah. Kerana tidak tinggal bersama suami dan kami hanya berjumpa pada hujung minggu. Kak Jiha banyak habiskan masa kerja di luar kawasan dan akan berjumpa dengan suami pada setiap hujung minggu.


Kerana tuntutan kerja juga dan keadaan kami yang duduk berasingan, kami merancang untuk dapatkan cahaya mata. Alhamdulillah, pada tahun 2014 Kak Jiha disahkan hamil untuk kali ke-3 setelah mengalami keguguran selama 2 kali pada tahun 2012 dan juga 2013. Pada masa yang sama suami juga mendapat tawaran kerja baru di PKNS Shah Alam. 

Kegembiraan kami hanya Allah SWT yang tahu setelah penantian kehadiran cahaya mata selama 3 tahun. Benarlah kami merancang tetapi Allah swt sebaik-baik perancang, Dia lebih tahu apa dan bila masa yang terbaik untuk hamba-hambaNYa. Atas nasihat pihak doktor, Kak Jiha perlu kurangkan pemanduan jarak jauh kerana pengalaman keguguran sebelum ini.


Disebabkan oleh kekangan masa, Kak Jiha lebih suka membeli secara ‘onlline’, kerana pada Kak Jiha ianya lebih mudah dan menjimatkan masa, semuanya boleh diselesaikan di hujung jari sahaja. Kak Jiha banyak membeli pakaian kerja, bahan bacaan dan hampir kesemua barang keperluan bayi Kak Jiha dibeli secara online. 

Kerana minat saya membeli secara online, ada kawan-kawan pejabat yang cadangkan supaya Kak Jiha turut berniaga secara online. Namun ketika itu, hati masih belum terdetik dan tiada keyakinan untuk mencari pendapatan sampingan. Mungkin juga kerana keadaan kerja tidak begitu memberi tekanan dan keadaan ekonomi juga agak baik, niat untuk mencari pendapatan sampingan atau berhenti kerja seolah-olah terpendam begitu sahaja.


Namun semasa Kak Jiha mula melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran anak sulung, Kak Jiha dapat rasakan saya sangat minat dengan barang-barang penyusuan badan, bukan itu sahaja Kak Jiha turut membeli dan kumpul bahan bacaan mengenai ilmu penyusuan dan juga keibubapaan. Ketika itu juga Kak Jiha telah berazam dan menyimpan impian untuk menyusukan anak sulung Kak Jiha sehingga dia berumur 2 tahun inshaAllah. Kak Jiha yakin semua ibu mahukan yang terbaik untuk anak yang dikasihi.


Ketika Kak Jiha masih di dalam pantang juga Kak Jiha telah mula membeli produk-produk pendidikan awal bayi. Antara produk yang awal Kak Jiha beli ialah produk seperti softbook, flashcard, Holy quran apple learning, ipad alquran dan macam-macam lagi. Timbul pula minat untuk mendalami pendidikan awal bayi dan kanak-kanak. Sejak itu Kak Jiha mula sedar yang Kak Jiha juga amat meminati ilmu penyusuan dan pendidikan awal bayi dan kanak-kanak.


Dengan izin Allah SWT, Kak Jiha mula mencari peluang untuk memulakan perniagaan terutamanya barangan keperluan bayi, kanak-kanak dan ibu dengan menyertai program dropship. Kak Jiha turut mendaftarkan perniagaan dengan SSM dengan nama Ummi Honey Souq Enterprise. Namun, bekerja sambil berniaga sangat mencabar kekuatan minda dan fizikal.


Namun suamilah insan yang sentiasa membantu dan berkongsi idea-idea dalam memulakan perniagaan kami. Sokongan dan dorongan dari suami sangat-sangat membantu. Kak Jiha mula mencari bahan bacaan untuk dijadikan rujukan. Selain itu Kak Jiha juga mula menyertai seminar dan kumpulan sokongan yang berkaitan untuk menambah ilmu.


Bagaimana Kak Jiha mendapat tahu tentang Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) ? Semuanya bermula apabila Kak Jiha terjumpa dengan buku yang sangat menarik minat Kak Jiha ketika itu iaitu buku BEKERJA & BERNIAGA : PANDUAN KEJAYAAN UNTUK SURI hasil tulisan Puan Azura Abdullah. Kak Jiha mula ikuti Puan Azura Abdullah di FB nya dan menghantar ‘pm’ menyatakan minat untuk mendapat buku hasil tulisannya itu. Daripada FB Puan Azura Abdullah Kak Jiha jumpa Pn Masayu Ahmad dan yang lain-lain. Tetapi ketika itu hati masih belum terbuka untuk menyertai ABDR.


Rencana Allah itu Maha Luas, pada suatu hari Kak Jiha menerima ‘friend request’ daripada Puan Anys Idayu Zakaria di Facebook. Sebelum itu Kak Jiha telah banyak menghabiskan duit membeli ebook untuk memulakan perniagaan, namun ketika itu tidak terlintas di fikiran untuk berblog walaupun ebook sudah berada di tangan. Alhamdulillah, ditemukan dengan Puan Anys yang sering berkongsi mengenai pemasaran online melalui blog sangat menarik perhatian dan minat Kak Jiha, lalu Kak Jiha memberanikan diri untuk menghubungi Puan Anys dan bertanyakan tentang ABDR. Sedikit demi sedikit, Kak Jiha mula mengumpul maklumat tentang ABDR.


InshaAllah Kak Jiha akan menjadikan ABDR sebagai salah satu platform untuk Kak Jiha mencari dan berkongsi ilmu keibubapaan, pendidikan awal bayi dan kanak-kanak, ilmu penyusuan (breastfeeding) dan juga bisnes online. 

Seterusnya membuka ruang untuk Kak Jiha menjana pendapatan dari rumah sambil menjaga dan mendidik sendiri anak-anak, amanah Allah dunia dan akhirat. Menjadi impian setiap ibu untuk membentuk anak-anak menjadi hamba Allah yang taat dan berperibadi tinggi. Kak Jiha berharap bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang lebih berpengalaman dapat dijadikan pembakar semangat dan panduan yang berguna di dunia dan akhirat yang kekal abadi. Terima kasih untuk semua yang sudi memberi tunjuk ajar dan menerima diri ini seadanya terutama Puan Anys Idayu Zakaria.


InshaAllah Kak Jiha mempunyai impian dan Kak Jiha berharap impian Kak Jiha itu akan dipermudahkan Allah SWT. Aamiin inshaAllah. Buat masa ini Kak Jiha akan cuba mencari ilmu sebanyak yang mungkin dan berkongsi bersama teman-teman yang singgah di blog Kak Jiha ini. Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat bersama dan kebaikan kepada kita semua. InshaAllah.


Kak Jiha bukanlah orang yang pakar dan berpengalaman luas di dalam bidang penulisan. Namun, Kak Jiha akan kongsikan maklumat dari hasil pembacaan dan carian dari pelbagai sumber. Sebarang komen dan maklumbalas dari para pembaca amat Kak Jiha alu-alukan agar sama-sama kita mendapat manfaatnya. 

Doakan agar penulisan ini mendatangkan manfaat seterusnya dapat menjadi pencen kubur Kak Jiha di sana kelak. Aamiin. Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatan olehNya.


Salam perkenalan dari Kak Jiha. Jumpa di entri seterusnya :)

Wassalam.



Salam sayang,
Nazihah Zulkifli
16 September 2015
1:06 am


 

'