Saturday, 26 September 2015

Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap (Kesimpulan)

Entri 17

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang. Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang. Alhamdulillah saya dah kongsikan beberapa tip untuk menggalakkan anak atau bayi bercakap. InshaAllah saya akan melakukan penambahbaikkan lagi pada post-post yang lepas. InshaAllah ;)

Ok daripada hasil yang dikongsikan, kesimpualan yang boleh dibuat ialah ibu dan bapa perlu banyak berkomunikasi dengan anak-anak untuk merangsang dan menggalakkan mereka bercakap. Pasti ada ibu dan bapa akan kata, "Bagaimana pula kalau kami memang orangnya jenis tak banyak cakap?".
Tak mengapa, demi anak-anak kita, kita banyakkan lah cakap untuk menggalakkan mereka bercakap. Untuk mendapatkan kejayaan, pengorbanan itu perlu kan? :)



Selain daripada itu, ibu dan bapa perlu berjuang untuk menggunakan bahasa yang baik, bukan menggunakan bahasa kasar, bukan marah-marah, mengherdik, menghina, mencaci dan sebagainya yang negatif. Semua ini lebih mudah bila kita sentiasa ingatkan diri untuk lebih tenang dan banyak bersabar.


Semoga kita dapat jadikan semua di atas sebagai rutin. InshaAllah kita sama -sama doakan ya. Setiap daripada kita pasti ada bahagian ujiian masing-masing dalam membesarkan anak-anak tersayang.

Semoga kita sentiasa berusaha untuk menjadi ibu bapa yang baik. Belajar dan terus belajar untuk menambah ilmu. Sama-sama kita doakan agar kita berjaya dan istiqomah dalam menjaga amanah Allah SWT ini inshaAllah ;)

Ok sampai sini dulu ya... Jumpa lagi di lain entri InshaAllah.

Wassalam.

Salam Sayang,
Nazihah Zulkifli
26 September 2015
12:25 pagi

Friday, 25 September 2015

Bila Bayi Kita Sudah Mula Pandai Berjalan



Entri 16

Teks : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua pembaca. Salam Jumaat penghulu segala hari... Jom perbanyakkan selawat dan amalan-amalan sunat hari Jumaat.

Hari ini saya ambil cuti separuh hari memandangkan Umar tak sihat sejak beberapa hari lepas. Umar demam, batuk dan selsema. Kesian dia, pagi ni saja dah 4 kali muntah. Apa yang dia makan dan minum, lepas batuk mesti keluar balik. Ummi doa Umar cepat sembuh ya. Aamiin.

Sedar tak sedar Umar dah 11 bulan. Bila bayi kita dah mula pandai berjalan, ibu dan bapa akan teruja sangat kan? Rasa macam tak percaya anak kita dah besar!
Umar pun dah boleh berdiri. Alhamdulillah :)

Ok dalam post kali ini saya kongsikan 2 tip bila anak dah mula berjalan :)

Tip

1.  Apabila anak sudah mula membuat langkah pertamanya, berikan dia 
    semangat.

2.  Biarkan si kecil tidak berkasut sekerap mungkin. Dia perlukan kasut hanya
    apabila berjalan-jalan di luar rumah sahaja

Tak sabar nak lihat perkembangan Umar yang seterusnya InshaAllah. Jumpa lagi di lain entri ya! :)

Anak Adalah Anugerah..

Entri 13

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar  : Carian Google

Comelnya dia… sayangilah anak-anak anda kerana dia amanah dariNya. Kalau rasa nak marah / pukul bila si kecil agak nakal, cepat-cepat istighfar ye. Ingatlah susah senang semasa mengandungkan dan juga melahirkan anak syurga ini :)





   


Thursday, 24 September 2015

Tip 8 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 15

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google


Tip 8

Perasan tak dekat mana-mana pun kita boleh lihat fenomena gadget. Dekat kedai makan atau mana-mana saja. Baik suami, isteri atau anak-anak, semua sibuk layan gadget masing-masing. Sedihkan.. Jadi sebagai ibu dan bapa kita kena ubah kebiasaan ibu dan bapa dari banyak bergadget. Ini semua untuk kebaikan,  demi anak-anak dan keluarga kita. Bila kita seronok dengan komunikasi di alam maya, kita tidak akan dapat meluangkan masa dan cinta untuk banyak bercakap dgn anak-anak kita. Itulah pengorbanan. Demi masa depan mereka. Perubahan perlu dilakukan. Ayuh, mulakan sekarang demi yang tersayang. Selamat mencuba! :)

Tip 7 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 14

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google


Tip 7

Ulangan. Apa pentingnya ulangan? Ibu dan bapa boleh mengulang perkataan-perkataan harian dalam perbualan seharian dengan anak-anak. Kita boleh mulakan ulangan perkatan harian sebanyak yang mungkin. Di antara perkataan yang boleh diulang ialah seperti ibu, ayah, mandi, makan, susu, tidur, doa, solat dan lain-lain lagi. Pastikan mereka nampak perbuatan dan sebutan itu serentak dan dilakukan berulang kali.

Selamat mencuba! :)

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Entri 12
Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google


Assalamualaikum semua.. Selamat Hari Raya Aidiladha.. Semoga di hari yang mulia ini, saya, anda dan semua umat Nabi Muhammad SAW dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.. InshaAllah...

Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanpa pengorbanan tiadalah kejayaan. Kejayaan akan dimiliki oleh mereka yang sanggup berkorban harta, masa, keselesaan, tenaga, jiwa, nafsu, dan wajib berani melakukan tindakan yang boleh menjadikan diri anda kaya dan berjaya dunia akhirat. Aamiin InsyaAllah.. :)


Ikhlas dari kami sekeluarga,
Nazihah Zulkifli
Samsudin Abdul Rahim
Muhammad Umar Hanzalah
24 September 2015
2:55 petang

Wednesday, 23 September 2015

Tip 6 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 11

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google

Tip 6

Bina suasana yang ransang mereka bercakap. Permainan permainan yang mereka ada, kita main sama sama,bagi idea,tanya mereka,bukan cakap sepatah dua, tapi wujudkan semangat masa cakap dengan mereka.


Tuesday, 22 September 2015

Tip 5 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 10

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua.. Ok malam ini saya akan kongsikan tip yang seterusnya :)

Sambil layan anak main, ummi tulis post ringkas untuk manfaat ibu bapa cemerlang di luar sana inshaAllah :)

Tip 5

Salah satu cara untuk menggalakkan anak bercakap ialah dengan melibatkan mereka dangan aktiviti harian kita. Contohnya ketika ibu sedang buat persiapan untuk memasak, kacau telur, sapu butter di roti, masukkan baju dalam mesin basuh, sidai baju di ampaian, sapu sampah, siram pokok, lipat baju dan lain-lain aktiviti lagi. Semasa membuat aktiviti ini semua, kita boleh bercakap dengan mereka, minta pendapat, pandangan dan idea mereka. Seperti tip yang sebelum ini, ibu dan bapa boleh pelbagaikan intonasi dan wujudkan keseronokan semasa aktiviti dijalankan. Berbual dan cakap sebanyak mungkin dengan mereka. Anak-anak akan rasa keperluan dan keseronokan berkomunikasi bila ibu dan bapa sudi melayan dan mendengar celoteh mereka :)

Ok, selamat mencuba! Jumpa lagi di entri seterusnya inshaAllah...

Wassalam.


Tip 4 : Cara Menggalakkan Bayi / Anak Bercakap


Entri 9

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua.. Maaf sudah berapa hari saya tak kemaskini blog. InshaAllah saya akan kongsikan tip yang seterusnya untuk menggalakkan anak atau bayi bercakap :)


Tip 4

Ibu dan bapa boleh terlibat sama bermain dengan anak-anak. Ibu bapa boleh mainkan peranan seperti : main masak-masak, jual-jual, apa-apa saja. Tetapi inu dan bapa ambil watak semasa main. Pelbagaikan suara dan intonasi. Sekali sekala buat lawak untuk mewujudkan suasana yang ceria dan menggembirakan.Anak-anak pasti terhibur dan teruja. Sekaligus akan merangsang mereka untuk terus bercakap.

Selamat mencuba! :)

Thursday, 17 September 2015

Perkembangan Mengikut Usia – 1 BULAN

Entri #4

Teks     : Nazihah Zulkifli 
Gambar : Nazihah Zulkifli dan carian google


Assalamualaikum… Ok untuk entri kali ini saya akan kongsikan perkembangan bayi berusia 1 bulan.
Memerhatikan bayi membesar adalah pengalaman yang menakjubkan dan melucukan bagi ibu bapa terutamanya bayi ibu bapa yang pertama kali melaluinya. Ibu bapa pasti teruja melihat perkembangan yang tersayang. Bersedialah menanti dan merakam detik-detik pertama kali bayi anda tersenyum, pertama kali bayi anda meniarap dan lain-lain lagi.
Namun, perkembangan bayi tidak sama antara satu sama lain. Jadi ibu bapa jangan sedih atau kecewa jika perkembangan anak anda tidak sama dengan anak-anak orang lain. Yang penting kita sebagai ibu bapa prihatin terhadap perkembangan anak-anak kita. Jika terdapat sebarang tanda-tanda yang tidak normal, tindakan segera perlu diambil dengan membawa mereka berjumpa dengan pihak yang bertauliah untuk pemeriksaan lanjut.. Semoga kita sama-sama menjadi ibu dan bapa yang prihatin ye =)
Ok berikut adalah perkembangan sikecil pada usia 1 bulan =)

- Bayi diam apabila mendengar suara.
- Bayi melihat dan mengekori pergerakan objek di hadapannya.
- Tangan bayi telah mampu menggenggam dengan kuat.
- Bayi akan merenung ibu bapa apabila ibu bapabercakap dengannya.
- Bayi boleh mengangkat kepalanya buat seketika.
- Bayi melihat corak hitam dan putih.
- Bayi menghasilkan suara di dalam tekak.
- Bayi menoleh kepala kiri dan kanan apabila berbaring.
- Bayi menangis untuk menunjukkan perasaan kurang selesa.


Terasa rindu kenangan semasa Umar berusia sebulan. Ya Allah… cepatnya masa berlalu.. Hari ini genap Umar berusia 11 bulan.. Ummi sentiasa rindukan kenangan bersama Umar… Semoga membesar menjadi anak bijak dan soleh Muhammad Umar Hanzalah.. Ummi doakan Umar berjaya di dunia dan akhirat.. InshaAllah.. Aamiin =)

Ok, buat para pembaca nantikan entri seterusnya ya =)

Wassalam

Salam sayang,
Nazihah Zulkifli
17 September 2015
8:00 am

Tip 3 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 8
Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google
Tip 3
Banyakkan membuat projek atau aktiviti dengan anak. Kalau anak yang dah berumur 1 tahun, ibu bapa dah boleh buat eksperimen sambil bermain. Kenapa perlu buat eksperimen??? Ok, sebab pada usia lebih dari 1 tahun, bila kita buat projek, ini akan menggalakkan semangat ingin tahu mereka dan galakkan mereka rasa ingin berkomunikasi kerana mereka mahu suarakan pendapat, soalan dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung ini akan menghasilkan komunikasi 2 hala. Perbendaharaan kata anak-anak juga akan bertambah. InshaAllah. Yang penting... Play... Learn and grow... Ok, Selamat mencuba! ;)

Tip 2 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap



Entri 7
Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google
Tip 2
Kurangkan ipad, gadget dan tv, sebaliknya aktifkan perbualan 2 hala antara ibu bapa dan anak. Ini memang perlukan usaha. Gantikan dengan suatu yang lebih menarik buat anak-anak. Sebab penggunaan gadget tanpa kawalan akan mengurangkan interaksi 2 hala. Selamat mencuba!

Tip 1 : Cara Menggalakkan Anak / Bayi Bercakap

Entri 6

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar   : Carian Google

Tip 1

Ibu dan bapa boleh merangsang anak untuk mula bercakap sejak mereka lahir. Tidak perlu tunggu sehingga anak berumur 1 atau 2 tahun. Biasakan bercakap dengan anak-anak kerana mereka perlukan persediaan utk bercakap jauh lebih awal dari waktu sepatutnya dia bercakap. Sewaktu pakaikan baju, tukar pampers, mandi, minum susu atau apa saja aktiviti bersama. Ibu dan bapa boleh gunakan peluang ini untuk bercakap dengan anak. Terangkan apa yang sedang kita lakukan. Wujudkan suasana yang ceria dan tenang. Semoga ibu, bapa dan anak sama-sama menikmati masa yang berharga itu. Selamat mencuba! :)

Bila Bayi Mula Tumbuh Gigi

Entri #5
Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian google


Bila bayi dah mula tumbuh gigi, dia akan rasa tidak selesa, air liur banyak meleleh,  mudah menangis tanpa sebab terutama waktu malam, demam yang rendah dan gusi yang bengkak.
Untuk mengurangkan rasa sakit gusi, ibu bapa dicadangkan membeli “teething ring” yang diperbuat daripada plastic lembut.
Bayi boleh gigit “teething ring” supaya gusi dapat membenarkan gigi keluar dengan mudah.
Tips dikongsi daripada blog Dr Zubaidi Hj Ahmad


Wednesday, 16 September 2015

Hak Anak Ke Atas Orang Tuanya..


Entri #3

Teks       : Nazihah Zulkifli
Gambar  : Carian Google 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya sebahagian daripada hak anak ke atas orang tuanya ialah memberi nama yang baik, mengajarnya tulis baca dan menikahnya jika (anaknya itu) sudah dewasa."
(Hadis riwayat Ibn Hajat dan al-Baihaqi daripada Abu Hurairah)

Selamat Hari Malaysia 2015


Entri #2

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google 

Selamat Hari Malaysia 2015 diucapkan kepada semua. Semoga Allah SWT lindungi negara kita yang tercinta daripada sebarang malapetaka, bencana dan juga musibah. Diharapkan juga ekonomi dan mata wang semakin pulih dan semoga negara ditakbir oleh pemimpin yang adil. InshaAllah. Aamiin...

 

'