Pages

Thursday, 8 October 2015

Kemahiran Pergerakan Motor Kasar

Entri 20

Teks       : Nazihah Zulkifli

Gambar : Carian Google

Assalamualaikum. Selamat tengah hari semua ibu bapa cemerlang :)

Ok hari ni kami akan kongsikan maksud kemahiran motor kasar untuk bayi dan kanak-kanak. Sebagai ibubapa kita perlu tahu apa itu kemahiran motor kasar dan juga kemahiran motor halus. Ini penting untuk kita pantau perkembangan anak tersayang. Perkembangan motor kasar merujuk kepada kebolehan anak mengawal perlakuan dan pergerakan yang membolehkannya menerokai persekitaran. Kemahiran ini berkaitan kemampuan dan juga kebolehan anak menggunakan otot-otot besar atau otot kasar mereka seperti otot pada bahagian leher, tangan, kaki dan sebagainya. Kemahiran ini membolehkan anak bergerak seperti berjalan, merangkak, meniarap dan sebagainya. Gerakan ini ialah gerakan yang pertama dikuasai oleh anak ketika dilahirkan yang dikenali juga sebagai pantulan. Apabila anak berusia sebulan, kebanyakan pantulan berubah menjadi pergerakan terkawal. InshaAllah kami akan kongsikan lagi info untuk post yang akan datang.

Jumpa lagi di entri seterusnya InshaAllah :)

Pendidikan awal anak bermula dari rumah dan ibubapa ialah guru mereka yang pertama :)

Sunday, 4 October 2015

Tip Mudah Rangsang Anak Bijak


Entri 19

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang.. Ok hari ini saya akan kongsikan tip mudah untuk rangsang anak bijak. Semoga menjadi panduan kita bersama inshaAllah :)

Tip mudah rangsang anak bijak

#1
Ibu bapa hendaklah rajin berbual dengan bayi kerana ia membantu membina kemahiran bertutur dengan lebih pantas.

#2
Ibu bapa juga perlu rajin baca buku. Walaupun bayi anda masih belum faham tetapi ia membantu merangsang koordinasi mata dan telinga.

#3
Selain itu ibu bapa hendaklah memperkenalkan bayi kepada alam. Ia merupakan pelajaran asas sebuah kehidupan. Ibu bapa boleh memperkenalkan bunga, kucing, burung atau apa saja pada anak-anak.

#4 
Bermain dengan warna. Si kecil boleh belajar warna daripada pelbagai objek di sekelilingnya.

#5
Ibu dan bapa juga boleh mula mengajar bayi untuk mengira. Sambil dukung bayi, ajar bayi anda kira dari nombor 1 hingga 10 sambil bergurau senda. Pastikan bayi berada dalam keadaan ceria supaya ibu bapa dan bayi dapat menikmati saat itu dengan baik.

Selamat mencuba! Jumpa lagi di entri seterusnya :)

Salam sayang,
Nazihah Zulkifli
4 Oktober 2015
5:18pm

Anak syurgaku...

Entri 18

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Nazihah Zulkifli

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kembali bersiaran setelah berapa hari tidak kemaskini blog :)

Alhamdulillah kesihatan saya dan anak bertambah baik setelah seminggu lebih tidak sihat. Mungkin disebabkan kesan jerebu yang agak teruk melanda Banting Selangor. 

Kesian Umar, lebih 5 hari batuk, selsema dan muntah setiap kali selepas makan dan minum. Merengek-rengek tidak selesa bila tak dapat bernafas dengan baik.

Tetapi sesuatu yang buat saya terharu... Alhamdulillah sejak Umar tak sihat... selepas saja Umar batuk dan muntah.. mulut kecilnya tidak berhenti menyebut "Allah... Allah... Allah..." 

MashaAllah... mula-mula saya ingat saya salah dengar... lalu saya panggil encik suami untuk dengar sekali... Memang ternyata Umar menyebut "Allah".... Saya ingat Umar tak tertanggung dengan kesihatan yang ditanggung... tapi tidak.. sambil tersenyum dia masih terus ulang kalimah "Allah..."...

Ya Allah... Alhamdullilah... Pada usia 11 Bulan Umar sudah menyebut Allah... Ummi sangat gembira dengan pencapaian Umar :)

Saya terus galakkan Umar untuk menyebut AllahuAkhbar... Ternyata Umar mampu menyebut kalimah itu juga :)

Saya ada bertanyakan kepada pengasuh Umar (Mama Ina), dan pengasuh Umar, juga ada mengatakan yang Umar sering ikut Mama Ina menyebut  kalimah "Allah" dan "AllahuAkhbar"... Alhamdullillah... permulaan dan pencapaian yang baik.. Alhamdulillah :)

Jadi.. sebagai ibu bapa... kita hendaklah beri contoh yang baik untuk anak-anak tersayang.. kerana mereka sedang memerhati segala tindak tanduk kita... semoga kita menjadi teladan yang baik untuk mereka inshaAllah...

*Ummi dan Abi sentiasa doakan Umar jadi anak soleh musleh sayang... berjaya di dunia dan akhirat... InshaAllah... Aamiin...

Ok semua.. jumpa lagi dia entri yang akan datang ya :)

Salam Sayang,

Nazihah Zulkifli
4 Oktober 2015
4:38pm   
 

'