Pages

Wednesday, 25 November 2015

Cara Untuk Membantu Anak Suka Membaca

Entri 23

Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah baru berkesempatan mengemaskini blog. ok hari ni saya nak kongsikan cara untuk membantu anak supaya suka membaca :)

Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk membantu anak supaya suka membaca antaranya ialah;


    1. Menggalakkan anak anda untuk bermain dengan buku kain.

    2. Menunjukkan gambar di dalam buku kain dan menyebut nama objek.
    
    3. Nyanyikan lagu kanak-kanak yang terdapat dalam buku.




4. Mempelbagaikan ton suara anda, membuat wajah yang kelakar, atau membuat gaya-gaya tertentu ketika membacakan buku kepada anak anda adalah cara yang berkesan untuk merangsang minatnya terhadap buku dan juga cerita anda. Yang penting ibu dan anak dalam mood yang ceria.



    5. Bacakan buku untuk anak anda sekerap mungkin. Namun jangan mengambil masa yang terlalu lama.



   6.  Buku lembut yang diperbuat dari kain (softbook/clothbook) adalah pilihan yang baik untuk mengelakkan buku dari cepat koyak atau rosak. Selain itu buku kain ini juga selamat kerana anda tidak perlu risau anak anda akan tertelan cebisan kertas.


Selamat mencuba ibu cemerlang sekalian. Semoga berjaya. Jangan putus asa ya! ;)  

Friday, 6 November 2015

Jadikan Kami Ibubapa Penyayang

Entri : 22

Teks : Nazihah Zulkifli

Gambar : Carian google


Assalamualaikum pembaca budiman

Terima kasih sudi singgah ke blog saya. Alhamdulillah  di pagi hari Jumaat yang mulia ini. Semoga kita memperbanyakkan amalan-amalan sunat hari Jumaat inshaAllah. Sambil berselawat jangan lupa untuk berdoa juga ya =)

Kerana pada hari Jumaat ada satu masa doa adalah makbul, jadi jom semua kita berdoa. 


'Ya Allah jadikanlah kami ibubapa yang penyayang. Jauhilah kami dari memukul anak kami tanpa belas kasihan. Jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dalam mendidik anak-anak kami. Hiasilah peribadi anak kami dengan akhlak yang baik seperti akhlak Nabi Muhammad SAW. Lembutkanlah hati kami, hati anak-anak kami. Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah, anak yang mendengar kata. Ya Allah jauhilah kami dari mengabaikan tanggungjawab amanah mu ini ya Allah. Jadikanlah anak kami sebagai penyelamat kami dari seksa api neraka. Amiin… Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan zuriat kepada kami…'

Monday, 2 November 2015

Tahukah ibu semua?


Entri 21
Teks     : Nazihah Zulkifli
Gambar : Carian Google   
Assalamualaikum semua ibu bapa cemerlang.. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk mengemaskini blog setelah agak lama blog terbiar sepi =)

Beberapa minggu lepas kesihatan Umar agak kurang baik, mungkin kesan jerebu yang melanda negara kita. Perhatian diberikan kepada anak kecil yang satu. Susut sedikit badan Umar setelah mengalami demam, batuk dan selsema yang agak teruk. Hampir 3 minggu baru lah kesihatan nya bertambah baik seperti sedia kala.. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT.

Ok kini saya kembali untuk mengemaskini blog dan juga menyiapkan tugasan yang tergendala.. inshaAllah..

Ok hari ini saya akan kongsikan mengenai cara untuk menghentikan tantrum anak. Tahukah ibu semua, salah satu cara paling berkesan untuk menghentikan tantrum pada anak adalah dengan memberinya pelukan . Mengapa pelukan?
Pelukkan yang penuh kelembutan dan kasih sayang merupakan salah satu cara membantu menyelesaikan masalah, terutama dalam kalangan anak yang berperilaku unik. Beri anak pelukan minima lapan kali sehari untuk memberikan tenaga positif sehingga anak boleh mengoptimakan potensi yang dimilikinya. 

Anak-anak perlukan kasih sayang dan perhatian kita. Berikan mereka pelukkan dan kata-kata semangat secukupnya, pasti dapat meningkatkan keyakinan diri mereka. Pastikan kita berada di sisi mereka di kala suka dan duka. Lihatlah hasilnya nanti =)

Selamat mencuba ya =)

InshaAllah jumpa lagi di entri seterusnya.

Salam sayang,

Nazihah Zulkifli
2 November 2015
9:30 malam





 

'