Thursday, 28 January 2016

10 KESILAPAN BISNES KECIL

Teks      : Fb page - NOBISHA
Gambar :

Kesilapan #1. Gagal validate idea sebelum buat pelaburan dalam bisnes. Bagaimana validate idea? Buat carian di internet. Tanya mereka di sekeliling, dapatkan pandangan kritikal. Keluarkan produk (atau perkhidmatan) sedikit dan cuba jual, sekiranya ada sambutan barulah buat pelaburan besar.

Kesilapan #2. Gagal buat penyesuaian kepada kehendak pelanggan. Kesilapan paling besar ialah merasakan idea kitalah paling hebat. Apabila pelanggan berikan maklumbalas, kita tutup telinga.

Kesilapan #3. Belum pun bisnes sedia ada stabil, sudah buka bisnes baru. Akhirnya gagal berikan tumpuan. Bisnes permulaan perlukan banyak perhatian.

Kesilapan #4. Beri tumpuan kepada pendapatan (revenue), bukan keuntungan. Pendapatan besar belum tentu untung besar. Adakala wang masuk banyak tetapi bisnes rugi.

Kesilapan #5. Beri terlalu banyak tumpuan kepada pengeluaran sehingga abaikan pemasaran. Malah, melihat pemasaran sebagai kos, bukannya pelaburan.

Kesilapan #6. Melakukan kesemua perkara sendiri dan gagal delegate tugas tersebut dengan anggapan orang lain tidak mampu melakukan sehebat diri sendiri.

Kesilapan #7. Gagal meraikan kejayaan-kejayaan kecil, hanya fokus kepada masalah. Akhirnya, kecewa.

Kesilapan #8. Tenggelam dengan "bekerja" sehingga gagal membangunkan bisnes. Akhirnya, kita jadi pekerja, bukan usahawan.

Kesilapan #9. Bantuan. Bantuan. Bantuan. Kalau asyik bercakap soal bantuan (dan salahkan orang lain kerana kita tak dapat bantuan), baik jangan jadi usahawan.

Kesilapan #10. Terpengaruh dengan statistik sehingga lupa bahawa setiap bisnes adalah unik dan tidak sama. Apabila kita baca 80% bisnes tak menjadi dan bungkus dalam 18 bulan pertama, kita ambil statistik itu untuk justifikasi kenapa kita perlu tutup bisnes sekarang!


 *Semoga bermanfaat untuk kita semua inshaAllah. Terima kasih kepada penulis asal atas perkongsian.

#‎malaysia‬ ‪#‎usahawan‬ ‪#‎bisnes‬

10 TIPS MEMULAKAN BISNES SEWAKTU BEKERJA

Teks      : Fb page - NOBISHA
Gambar :

Anda ada idea bisnes dan ingin berhenti kerja? Nanti dulu. Bukan semua bisnes berikan pulangan serta-merta. Mulakan bisnes sewaktu anda masih bekerja.

1. Mulakan seperti bayi belajar merangkak. Mulakan sedikit demi sedikit. Bukan semua bisnes boleh dilancarkan serta-merta. Banyak aktiviti awal bisnes boleh dimulakan sewaktu anda masih ada kerja lain, tanpa mengganggu kerja itu. Contoh: pendaftaran syarikat, mencari barang untuk pengeluaran (raw material), validate idea bisnes atau membangunkan website.

2. Belajar berkorban masa. Bangun awal sebelum solat Subuh untuk membalas email atau WhatsApp berkaitan bisnes. Gunakan masa makan tengah hari untuk bertemu supplier.

3. Usah bakar jambatan dengan majikan sedia ada. Walaupun anda sudah memulakan bisnes, anda masih ada tanggungjawab kepada pekerjaan sekarang. Usah gunakan masa kerja untuk buat bisnes. Semak semula terma non-disclosure agreement (NDA) atau conflict of interest. Pastikan anda patuh kepada kesemua terma tersebut.

4. Validate. Validate. Validate. Uji. Uji. Uji. Pastikan anda validate dan uji idea, produk atau perkhidmatan. Tentukan ia diterima oleh pelanggan sebelum anda melancarkan besar-besaran dan berhenti kerja.

5. Tentukan sasaran yang realistik. Pada peringkat permulaan, buat sasaran harian, mingguan dan bulanan.
Sasaran harian lebih bersifat things to do. Contoh: balas email. Sasaran mingguan ialah aktiviti yang tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Contoh: design website. Sasaran bulanan adalah milestone. Contoh: pelancaran website pada bulan pertama, mula jualan pada bulan ketiga, berhenti kerja dan berbisnes sepenuh masa pada bulan keenam, dan mengambil staf pertama pada bulan ketujuh.

6. Sewaktu bekerja, anda ada pendapatan. Gunakan pendapatan ini untuk melabur dalam bisnes. Dengan cara itu, anda tidak perlu membuat pinjaman modal.

7. Sekiranya sesuai, dapatkan rakan kongsi. Rakan kongsi yang baik boleh membawa bersama-samanya skil yang anda tidak ada. Dia juga boleh berikan anda semangat tatkala anda memerlukannya.

8. Usah habiskan masa bercerita hal-hal yang tidak produktif dan tidak ada kaitan dengan bisnes di media sosial dan WhatsApp. Kesemua ini adalah aktiviti membazir masa dan menghilangkan tumpuan kepada bisnes. Biarlah orang politik cakap politik. Kita cakap bisnes.

9. Sewaktu bekerja anda tidak ada banyak masa. Outsource sebanyak mungkin. Dengan cara ini, anda ada masa membangunkan bisnes dan tidak terikat dengan kerja-kerja yang menghabiskan masa dan memberikan pulangan yang sedikit.

10. Pastikan bisnes anda mula memberikan pendapatan sebelum berhenti kerja.


*semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua InshaAllah. Terima kasih kepada penulis asal atas perkongsian.

#‎usahawan‬ ‪#‎bisnes‬

Wednesday, 6 January 2016

REZEKI

"Rezeki itu ialah apa yang kita nikmati"
 
Sihat itu rezeki,
Bahagia itu rezeki,

Banyak masa juga rezeki,
Disayangi juga rezeki,
Tak putus duit itu rezeki,
Dapat apa-apa yang baik pun rezeki.


-Buku #BisnesCaraKami

TIPS JADI KAYA - KAMI CABAR Anda!

Teks : Puan Felinna

KAMI CABAR Anda!

TIPS jadi kaya dalam masa 3 hari :

Kak Fel nak kongsi ilmu pagi ini agar boleh menyedut banyak kebaikan dan aura positif.

Awak ada masalah kewangan? Keluarga? kawan-kawan? Hidup tak tenteram, tak tenang. Nak cari jalan keluar?

Ok kak Fel nak buat pertandingan mudah. Siapa buat tips ni dan selepas 3 hari dah dapat kesan inbox kak Fel utk tuntut hadiah. Ada satu grand prize bagi siapa yg paling best cerita dia!
 

Kongsi dengan kawan-kawan tips ni agar mereka juga boleh jadi kaya dalam masa 3 hari.(Teknik menjemput rezeki adalah dengan berkongsi peluang dan rezeki)

Lakukan ini HARI INI!

1) Bangun pagi ni , usap muka cakap terima kasih Allah. Usap seluruh badan dan bernafas dalam-dalam ucap terima kasih Allah lepas tu senyum.

2) Cukup waktu, mulakan dengan solat dhuha, buat 2 rakat kemudian 2 rakaat lagi. (4 rakaat)

3) Hari ni tanam dalam diri tak mahu sembang dengan kawan pejabat pasal orang lain, tak mahu baca atau tulis yg bukan-bukan. Nak zikir dan sebut nama Allah saja. Sebut ulang-ulang (boleh jadi sebak tau)

3) Pergi makan tengah hari nanti kalau ada makanan lebih bungkus bagi kucing jalanan.

4) Solat zuhur, asar, maghrib, isya' di awal waktu, habis solat terus berdoa. Bersembang minta kat Allah agar nak kaya dunia akhirat. Minta sungguh-sungguh. Lepas tu cakap terima kasih berkali-kali kat Allah sebab bagi kita tumpang di dunia.

5) Hari ni tekad, kalau ada sesiapa minta sedekah beri, walau hanya 50 sen.

6) Telepon mak dan ayah, bersembang dan tanya khabar walau 5 minit.

7) Bangun pukul 3.30 pagi. Buat tahajjud 2 rakaat kemudian ambil masa termenung fikir salah diri, kenapa ujian datang kat aku, mungkin aku pernah buat salah. Buang ego dan kaji sedalamnya. Apa salah silap kita. Kalau tak jumpa, mohon Allah SWT tunjukkan.

Ulang selama 3 hari berturut turut.

InshaAllah di hari ke 3 akan ada jalan keluar dan kita akan jadi kaya! 


Siapa berani sahut cabaran ni?

#SharingDariPuanFelinna
#Bisnescarakami

FIRST BUSY BAG

Assalamualaikum semua

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat InshaAllah. Ok hari saya akan kongsikan maklumat produk yang sangat laris di kedai online saya. Alhamdulillah setakat ni maklumbalas yang diterima daripada ibubapa yang membeli First Busy Bag ni sangat baik. Jadi di entri ini saya kongsikan info mengenai First Busy Bag ye :)





Di dalamnya ada 6 aktiviti 

1. Sorting ABC : Suai padan huruf besar dengan huruf kecil pada sorting mat. 
2. Stick shaping : Menyusun stick warna mengikut pola pada kad.
3. Matching kad : suai padan gambar buah yang sama.
4. Sorting color dan shape : Suai padan kepingan geometri berdasarkan warna dan bentuk. 
5. Counting : Menghitung gambar pada kad kemudian menjawab dengan pengepit baju. 
6. Caterpillar : Menyusun butang mengikut pola kad caterpillar. 





Aktiviti 1 : ABC Ini adalah aktiviti suai padan antara abjad huruf besar dengan abjad huruf kecil. Selain itu permainan ini dapat digunakan untuk permainan menyusun kata. 

Spesifikasi: Jenis bahan : Art Carton Saiz sorting mat bergambar abjad huruf kecil : 21 x 16 cm Kepingan abjad huruf besar terdiri dari 26 huruf. 






Aktiviti 2 : Caterpillar Permainan ini adalah permainan menyusun pola butang mengikut urutan warna pada kad caterpillar yang tersedia. 

Tahap pertama : anak-anak belajar menyusun batang di atas kad. 
Tahap kedua : Anak-anak cuba menyusun butang bukan dia atas kad dengan tujuan menjadikan kad sebagai contoh pola warna. 
Tahap ketiga : Anak-anak cuba menyusun butang tanpa melihat kadnya untuk menguji daya ingatannya. Butang yang digunakan dalam permainan ini juga dapat digunakan dalam aktiviti ‘Sorting’ (klasifikasi warna) dan aktiviti mengira. 

Spesifikasi: 5 keping kad Caterpillar (bahan art carton) 40 biji butang aneka warna 




Aktiviti 3 : Counting Mengira dapat dilakukan sambil bermain, salah satunya dengan kad-kad ini. Setelah selesai mengira angka, anak-anak dapat mengepit angka yang sesuai jumlahnya. Menarik bukan? Sambil bermain, berhitung, anak-anak juga menggunakan motor halus mereka apabila menggunakan penyepit kayu yang sesuai dengan ukuran tangan anak. 

Spesifikasi : 4 kad mengira (bahan art carton) 4 penyepit kayu 






Aktiviti 4 : Matching cards Aktiviti ini adalah aktiviti suai padan dua kad gambar yang sama. Anak-anak memilih kad secara rawak beserta pasangan gambarnya. Selain itu kad ini juga dapat digunakan untuk bermain Memory Game, iaitu permainan menutup kad dalam posisi terbalik, di mana anak-anak akan membuka satu per satu kad mengikut pasangannnya. Selain itu kita juga boleh memperkenalkan kepada anak-anak pelbagai jenis buah-buahan dan rasanya. 

Spesifikasi: 12 kad bergambar buah (bahan art carton) 







Aktiviti 5 : Sorting Permainan ini adalah permainan suai padan bentuk geometri sesuai dengan bentuknya atau sesuai dengan warnanya. Anak-anak juga dapat menggunakan sorting mat tersebut untuk suai padan mainan, blok, lego, butang dan lain-lain. Kepingan bentuk geometri juga dapat digunakan untuk permainan mereka bentuk.

Spesifikasi : 2 jenis sorting mat : Klasifikasi bentuk dan klasifikasi warna berukuran 15 x 15cm (Bahan art carton) 16 kepingan bentuk geometri (4 bentuk dengan 4 warna) 





Aktiviti 6 : Stick shaping Permainan ini adalah permaian menyusun batang aiskrim berwarna menjadi bentuk-bentuk sesuai dengan contoh pada kad. Susunan mengikut posisi batang dan warna. 

Spesifikasi : 6 kad contoh bentuk batang aiskrim (bahan art carton) Saiz 8.5cm x 8.5cm Set batang aiskrim aneka warna. 

Kalau anda berminat untuk dapatkan First Busy Bag untuk anak-anak tersayang, boleh hubungi saya ya whatApps 0173552065 :)

Friday, 1 January 2016

BISNES CARA KAMI

Bersembang dengan sorang kawan, dulunya perniagaan beliau sangat maju, kini semua hilang sekelip mata. Dari jutawan kini dah hilang semuanya.

Tengok kepada kawan ni, baik orgnya solat terjaga, aurat ditutup rapi. Fel yakin Allah SWT menguji beliau, saat beliau susah tapi masih berserah pada Allah SWT, Allah SWT sedang sediakan hadiah terbaik di depan.

Fel pun pernah rasa kejatuhan, sungguh kita ni tak selalu kat atas, tak perlu rasa seronok, kita hebat, kita kaya, kita glamer, benda tu Allah SWT nak tarik bila-bila masa saja.

Macam kisah di Makkah, se gah pembangunan di sana, seakan kerdil bila ditimpa ribut taufan dan pasir, tiada satu bangunan pun yg mampu nampak gah lagi saat tu.

Tanya diri, siapa aku nak lawan kuasa Allah SWT, aku degil-degil tak nak ikut perintah Allah SWT ni, aku nak tunjuk hebat kat siapa? Jika orang yang menjaga solat dan aurat Allah SWT uji dengan dahsyat pun menangis kerana tak kuat, agak-agak kita bagaimana saat Allah SWT hantar peringatan kerana kelalaian kita?

Hidup kena selalu tunduk, tunduk sampai cecah lantai lebih bagus, supaya kita nampak kotoran yg ada dengan jelas.

#tipsfelinnanadea
#bisnescarakami

Berminat nak miliki buku yang best ni? Jom whatApps saya tau :)

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum

Hari ini 1 Jan 2016. Pasti masing-masing sibuk dengan azam tahun baru kan? Azam tahun lepas macam mana? Semua tercapai ke? Alhamdulillah kalau semua tercapai kan. Mana yang belum tercapai, kita usaha kuat lagi ye :)

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua yang sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni. Pagi tadi saya sempat tengok siaran di TV3 dan mendengar beberapa pepatah dan nasihat dari seorang Ustaz.

Antara perkongsiannya ialah di dalam hidup kita ada 3 jenis manusia yang berhadapan dengan kejayaan:

1 - Mereka mencipta kejayaan
2 - Mereka melihat kejayaan
3 - Mereka mengkritik kejayaan

Anda jenis yang mana? Jom kita nilai diri masing-masing. Kita mugkin tergolong dalam salah satu dari 3 manusia di atas. Yang pasti paling ramai adalah jenis orang yang melihat kejayaan-kejayaan orang lain. Paling teruk adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa tetapi sibuk mengkritik kejayaan orang lain. Yang nampak di matanya ada sahaja yang tidak kena dan yang buruk belaka. Pastikan kita tak tergolong dalam jenis orang macam ni ye.

Jadi di awal tahun ini, jom kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya kita menjadi jenis orang yang nombor 1. Semoga kita di antara orang yang mencipta kejayaan. Kenapa? Kerana dengan mencipta kejayaan itu banyak kebaikan yang boleh kita sumbangkan kepada orang lain samada dari sudut kewangan, ilmu, inspirasi, sikap dan suasana yang positif.

Bukan hanya menjadi orang yang bersangka buruk, suka mengeluh, termenung bila melihat kejayaan orang lain. Lebih teruk jika hanya suka mengkritik. Minta dijauhkan semua yang negatif seperti itu. Semoga kita semua dikelilingi oleh insan-insan yang positif :)

Teruskan memasang angan-angan kerana selagi kita mampu bayangkan, bermakna inshaAllah kita mampu capai angan-angan itu. InshaAllah :)





 

'