Selamat Tahun Baru 2016 - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum

Hari ini 1 Jan 2016. Pasti masing-masing sibuk dengan azam tahun baru kan? Azam tahun lepas macam mana? Semua tercapai ke? Alhamdulillah kalau semua tercapai kan. Mana yang belum tercapai, kita usaha kuat lagi ye :)

Saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua yang sudi singgah kat blog saya yang tak seberapa ni. Pagi tadi saya sempat tengok siaran di TV3 dan mendengar beberapa pepatah dan nasihat dari seorang Ustaz.

Antara perkongsiannya ialah di dalam hidup kita ada 3 jenis manusia yang berhadapan dengan kejayaan:

1 - Mereka mencipta kejayaan
2 - Mereka melihat kejayaan
3 - Mereka mengkritik kejayaan

Anda jenis yang mana? Jom kita nilai diri masing-masing. Kita mugkin tergolong dalam salah satu dari 3 manusia di atas. Yang pasti paling ramai adalah jenis orang yang melihat kejayaan-kejayaan orang lain. Paling teruk adalah mereka yang tidak berbuat apa-apa tetapi sibuk mengkritik kejayaan orang lain. Yang nampak di matanya ada sahaja yang tidak kena dan yang buruk belaka. Pastikan kita tak tergolong dalam jenis orang macam ni ye.

Jadi di awal tahun ini, jom kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT supaya kita menjadi jenis orang yang nombor 1. Semoga kita di antara orang yang mencipta kejayaan. Kenapa? Kerana dengan mencipta kejayaan itu banyak kebaikan yang boleh kita sumbangkan kepada orang lain samada dari sudut kewangan, ilmu, inspirasi, sikap dan suasana yang positif.

Bukan hanya menjadi orang yang bersangka buruk, suka mengeluh, termenung bila melihat kejayaan orang lain. Lebih teruk jika hanya suka mengkritik. Minta dijauhkan semua yang negatif seperti itu. Semoga kita semua dikelilingi oleh insan-insan yang positif :)

Teruskan memasang angan-angan kerana selagi kita mampu bayangkan, bermakna inshaAllah kita mampu capai angan-angan itu. InshaAllah :)





No comments:

Post a Comment