Pages

Thursday, 24 March 2016

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini)



Assalamualaikum semua. Alhamdulillah lama tak kemaskini blog. Ok hari buku yang diidamkan selama ni dah selamat sampai petang tadi. Tak sabar nak baca untuk tambah ilmu =)

InshaAllah dah habis baca nanti saya kongsikan ilmu-ilmu bisnes daripada Puan Guru kita iaitu Puan Ainon Mohd. Tapi kalau kawan-kawan nak dapatkan buku ni, boleh beli sekarang. Buku ni laris macam goreng pisang tau. Cetakan yang lepas pun dah habis dalam berapa hari saja. 

Ok di bawah ni sedikit penerangan mengenai buku Mulakan Bisnes Sendiri.

Buku ini dikemas kini daripada segi bahasa dan susun atur bagi meningkatkan penampilan dan kualitinya. Buku ini memberi panduan dan tip kepada sesiapa sahaja yang berminat memulakan perniagaan sendiri. Antara perkara menarik yang disentuh di dalam buku ini seperti bagaimana memilih calon isteri untuk usahawan, bagaimana memilih syarikat dan sektor bisnes, bagaimana memilih rakan kongsi dan bagaimana syarikat dirompak dan perkara baik yang membahayakan.




Untuk dapatkan buku ini anda boleh klik link di bawah ye. Cepat tau sebelum habis =)

klik di sini 


Jumpa lagi di entri berikutnya =)

Friday, 18 March 2016

Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan zuriat kepada kami...

Ya Allah jadikanlah kami ibubapa yang penyayang. Jauhilah kami dari memukul anak kami tanpa belas kasihan. Jadikanlah kami ibu bapa yang sabar dalam mendidik anak-anak kami. Hiasilah peribadi anak kami dengan akhlak yang baik seperti akhlak Nabi Muhammad SAW. Lembutkanlah hati kami, hati anak-anak kami. Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah, anak yang mendengar kata. Ya Allah jauhilah kami dari mengabaikan tanggungjawab amanah mu ini ya Allah. Jadikanlah anak kami sebagai penyelamat kami dari seksa api neraka. Amiin… Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan zuriat kepada kami…



Malaysia Islamic Children's Fair 2015 Alhamdulillah, pada tahun ini Allah memberi keizinan kepada My Baby Can Read menyertai Pesta Kanak-kanak Sedunia peringkat negeri Selangor di SACC Convention Centre selama tiga hari bermula 27-29 November 2015. Satu pengalaman yang baru menyertai acara yang besar dengan kerjasama vendor yang lain di bawah pengurusan Baby_edu Shop.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Malaysia Islamic Children's Fair 2015 Alhamdulillah, pada tahun ini Allah memberi keizinan kepada My Baby Can Read menyertai Pesta Kanak-kanak Sedunia peringkat negeri Selangor di SACC Convention Centre selama tiga hari bermula 27-29 November 2015. Satu pengalaman yang baru menyertai acara yang besar dengan kerjasama vendor yang lain di bawah pengurusan Baby_edu Shop.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

Saturday, 12 March 2016

SELAMATKAH BAYI MENGIGIT TEETHER?



Teether dikatakan boleh mengurangkan kegatalan gusi yang dialami oleh si kecil yang mula hendak tumbuh gigi. Bayi suka menggigit gusi ataupun sesuatu untuk menghilangkan rasa tidak selesa tersebut. 

Ketika fasa ini bayi biasanya akan memasukkan objek yang dapat dipegang ke dalam mulutnya. Bayi juga akan mengeluarkan air liur dalam jumlah lebih daripada biasa. 

Teether sememangnya dicipta bagi membantu mengurangkan kegatalan gusi bayi. Bayi boleh menggigit teether tersebut bagi meredakan ketidakselesaan yang dialami.

Adakah selamat jika memberikan teether kepada bayi?

Jangan bimbang kerana teether selamat digunakan oleh bayi. Ini kerana si kecil boleh menggigit teether yang memang dicipta khusus untuk kegunaan gusi bayi. Gigi bayi juga sememangnya memerlukan rangsangan kerana baru mula hendak tumbuh.

Teether boleh merangsang pertumbuhan gigi bayi, benarkah?

Memang benar, tetapi seperti yang kita sedia maklum, pertumbuhan gigi si kecil sememangnya sudah ada ‘jadualnya’ sendiri. Gigi susu anak anda pasti akan tumbuh sepenuhnya sehingga dia mencecah usia dua tahun.

Dengan menggigit teether, bayi akan terlatih melakukan pergerakan motorik. Selain membantunya tidak menggigit gusi, anak juga akan belajar menggenggam dan menggerakkan tangannya.

Apabila memilih teether untuk si kecil, pastikan ia diperbuat daripada bahan silikon yang lembut dan selamat digigit. Jangan pilih yang bahannya mudah berkarat. Jangan juga memilih teether yang menyerap air ludah kerana ia akan meninggalkan bau.
 

Pastikan juga anda sentiasa membersihkan teether agar tidak ada kuman yang berkumpul di situ.

Sumber : PaMa
 

'