SELAMATKAH BAYI MENGIGIT TEETHER? - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Saturday, 12 March 2016

SELAMATKAH BAYI MENGIGIT TEETHER?



Teether dikatakan boleh mengurangkan kegatalan gusi yang dialami oleh si kecil yang mula hendak tumbuh gigi. Bayi suka menggigit gusi ataupun sesuatu untuk menghilangkan rasa tidak selesa tersebut. 

Ketika fasa ini bayi biasanya akan memasukkan objek yang dapat dipegang ke dalam mulutnya. Bayi juga akan mengeluarkan air liur dalam jumlah lebih daripada biasa. 

Teether sememangnya dicipta bagi membantu mengurangkan kegatalan gusi bayi. Bayi boleh menggigit teether tersebut bagi meredakan ketidakselesaan yang dialami.

Adakah selamat jika memberikan teether kepada bayi?

Jangan bimbang kerana teether selamat digunakan oleh bayi. Ini kerana si kecil boleh menggigit teether yang memang dicipta khusus untuk kegunaan gusi bayi. Gigi bayi juga sememangnya memerlukan rangsangan kerana baru mula hendak tumbuh.

Teether boleh merangsang pertumbuhan gigi bayi, benarkah?

Memang benar, tetapi seperti yang kita sedia maklum, pertumbuhan gigi si kecil sememangnya sudah ada ‘jadualnya’ sendiri. Gigi susu anak anda pasti akan tumbuh sepenuhnya sehingga dia mencecah usia dua tahun.

Dengan menggigit teether, bayi akan terlatih melakukan pergerakan motorik. Selain membantunya tidak menggigit gusi, anak juga akan belajar menggenggam dan menggerakkan tangannya.

Apabila memilih teether untuk si kecil, pastikan ia diperbuat daripada bahan silikon yang lembut dan selamat digigit. Jangan pilih yang bahannya mudah berkarat. Jangan juga memilih teether yang menyerap air ludah kerana ia akan meninggalkan bau.
 

Pastikan juga anda sentiasa membersihkan teether agar tidak ada kuman yang berkumpul di situ.

Sumber : PaMa

No comments:

Post a Comment