10 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Monday, 25 April 2016

10 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan selamat pagi Isnin. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah SWT. Terima kasih Allah, syukur dengan nikmat yang tidak terhingga. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang terbaik walaupun di mana anda berada. Aamiin =)

Ok hari ni saya nak kongsikan 10 tips untuk memulakan perniagaan. Semoga bermanfaat untuk semua inshaAllah =)


1. Buat dengan penuh minat

Setelah anda pilih perniagaan yang anda nak mulakan, pastikan anda minat dengan apa yang akan anda lakukan. Ini penting kerana anda akan memperuntukkan masa dan tenaga yang sangat banyak untuk memulakan dan membangunkan perniagaan. Jadi amat penting untuk anda mempunyai minat yang mendalam dengan apa yang anda lakukan. Bila anda minat dengan apa yang anda lakukan, anda tetap kuat dan sabar walau seteruk mana sekalipun perjalanan bisnes anda.

2. Mulakan semasa masih bekerja  
Kenapa anda perlu memulakan bisnes semasa anda masih bekerja? Ok, sejujurnya berapa lama anda boleh bertahan tanpa wang? Sudah tentu tidak lama kan. Lebih-lebih lagi jika anda dah biasa ada pendapatan sendiri. Perlu anda ingat, perniagaan yang bakal anda bangunkan akan mengambil sedikit masa sebelum ia mula menghasilkan keuntungan.

ok tips yang seterusnya akan bersambung ya.. inshaAllah =)

Umar dah bangun =)

Jumpa lagi nanti ya 

No comments:

Post a Comment