Apa itu LVA dan HVA? - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 21 April 2016

Apa itu LVA dan HVA?




Alhamdulillah terima kasih Tuan Mohd Firdaus Jailan atau lebih dikenali sebagai TF @ Tukang Fikir dan team atas perkongsian ilmu bisnes yang sangat bermanfaat untuk saya yang baru menceburi bisnes. Ok so dekat sini saya listkan hasil perkongsian mengenai LVA dan juga HVA.

OK sebelum tu.. HVA dan LVA.. apa tu? OK dalam bisnes ada 2 jenis aktiviti yang sering kita lakukan yang dikenali sebagai 'Low Value Activity' dan 'High Value Activity'. Saya akan listkan secara ringkas apa itu HVA dan LVA. Penting utk kita tau apa itu HVA dan LVA kalau kita nak terus berdaya saing dalam perniagaan.

LVA - Low Value Activity
- bermaksud apa sahaja aktiviti yang kita lakukan tapi tidak menyumbang kepada perniagaan secara direct.
- Contoh : sembang kosong dalam whatsapp atau telegram, Tengok TV, tengok wayang dan sebagainya.

HVA - High Value Activity
- adalah sesuatu yang kita buat membawa keuntungan kepada perniagaan kita secara langsung. HVA boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :

No 1. SALES
- apa sahaja aktiviti yang boleh menyumbangkan kepada sales adalah aktiviti HVA, ini termasuklah aktiviti seperti - follow up pelanggan lama, balas PM pelanggan, balas email dan sebagainya.

No 2. MARKETING
- segala aktiviti yang berkaitan dengan marketing adalah HVA. contoh - ambil gambar produk, post gambar produk, edar flyers, buat iklan dan sebagainya.

No 3. NETWORKING
- ini sangat penting untuk dilakukan oleh usahawan, usahawan tidak boleh bergerak sendiri, perlu ada circle networking.

#seminarbermulakosong
#ummihoneysouq
#GSLmatdik

No comments:

Post a Comment