INSTABABYFEST vol. 1 - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 26 April 2016

INSTABABYFEST vol. 1

Assalamualaikum 

Alhamdulillah tinggal berapa hari saja lagi INSTABABYFEST Vol. 1 akan berlangsung. Tolong doakan acara yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang ya! =)

Sebenarnya semenjak memulakan perniagaan online, ini merupakan acara yang ke-4 saya sertai booth. Alhamdulillah.

Sebenarnya apa yang saya cari ialah pengalaman, pengalaman yang sangat berharga, yang tidak boleh dibeli dengan duit. Walaupun menjalankan perniagaan dia atas talian (secara online) jika diberi peluang kenapa kita tak ambil peluang menjual secara offline kan? Selain tu dapat juga kita meluaskan lagi networking dengan berkenalan dengan usahawan yang lain =)

InshaAllah jika ada masa saya akan coretkan pengalaman-pengalaman saya semasa sertai booth yang lain. Semoga bermanfaat untuk pembaca yang ingin memulakan bisnes sendiri. 

Kepada yang berada berdekatan Shah Alam, jemput singgah ya! Ada lebih 70 penjual online IG akan menjual pelbagai jenis barang keperluan ibu dan anak =)







No comments:

Post a Comment