Tip Untuk Usahawan - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Monday, 18 April 2016

Tip Untuk Usahawan

Bismillah 



Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Selamat hari Isnin. Selamat bekerja bagi yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Saya doakan anda semua terus bersemangat untuk memulakan minggu ni =)

Ok hari ni saya akan kongsikan tip untuk usahawan atau sesiapa sahaja pun boleh gunakan tip ni. Bagaimana nak menjadi lebih baik dari minggu lepas?

Ok untuk menjadi lebih baik atau terbaik, kita mesti sentiasa buat perkara baru. Kerana kalau kita setiasa melakukan rutin biasa sahaja tapi mengharapkan sesuatu yang luar biasa seumpama mimpi dalam mimpi. Betul tak?

Di sini saya kongsikan antara contoh 10 perkara untuk jadikan kita lebih baik.

1. Hadirkan diri seminar ilmu
2. Simpan duit setiap hari
3. Baca sebuah buku
4. Cari seorang kawan baru atau lebih
5. Buat satu atau tambah perkara baik setiap hari
6. Buang satu atau lebih perkara negatif setiap hari
7. Tukar pakaian baru
8. Sedekah setiap hari
9. Buat perkara baru yang sudah belajar
10. Pergi bercuti

Untuk memperbaiki diri ataupun kehidupan kita, semuanya terpulang kepada diri sendiri. orang lain mungkin boleh bantu dengan memberi nasihat ataupun dorongan. Namun perubahan berlaku melalui hasil yang kita buat. Jika nak masa depan yang cemerlang, kita mestilah bertindak mengikut apa yang kita nak kan?

Yang penting kita tetapkan matlamat dengan jelas dan barulah kita nampak dan boleh buat plan apa yang nak kita buat. 

Contoh;

Plan Kewangan
Aku nak dalam tempoh setahun, aku mesti ada RM50,000.

Plan Tindakan
Aku mesti simpan RM137 sehari.

Lain Usahawan, lain matlamatnya. Pilih yang mana nak kita capai.
Usahawan tak ada matlamat umpama memandu kenderaan tanpa stereng. Membahayakan diri sendiri & orang lain.

Tetapkan matlamat yang jelas, mulakan bergerak ke sana. Siapa buat, dialah yang dapat. Dengan izin ALLAH. 

Semoga kita semua mampu menjadi lebih baik daripada semalam inshaAllah.. aamiin =)

Jumpa lagi di entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment