Pages

Tuesday, 31 May 2016

Membina Keluarga Profazz (HUMAIRA)

“Buku ini menceritakan pengalaman 30 tahun seorang ibu mendidik 5 orang anak lelaki menjadi huffaz Al-Quran dan dalam masa yang sama mereka juga memiliki bidang kerjaya profesional masing-masing seperti doktor perubatan, peguam,pengurus syarikat dan jurulatih motivasi. Pengalaman-pengalaman ini dihimpunkan dalam sebuah naskhah wajib baca ”20 Tip & Rahsia Membina keluarga PROFAZZ”






Berminat untuk dapatkan buku yang ini? Anda boleh klik sini

Jom jadi ibu bapa yang berilmu! lahirkan generasi celik Al-Quran inshaAllah.. Aamiin =) 

Monday, 30 May 2016

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi

Sinopsis

Keistimewaan Buku Ini:

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.

- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.

- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.

- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.




















Berminat untuk dapatkan buku ni? ok mommies boleh klik sini

Jom jadi ibu bapa yang berilmu! =)
 

Sunday, 29 May 2016

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam





Pendidikan berlangsung sepanjang hayat. Ia bermula daripada pemilihan calon suami dan isteri ataupun bakal bapa dan ibu sehingga ke liang lahad. Justeru, pendidikan bermula dari rumah dan guru yang pertama adalah ibu. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam adalah jawapan kepada persoalan para ibu bapa yang mahu memastikan permata hati mereka membesar dalam didikan sempurna yang disarankan Islam.

Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam menekankan enam aspek utama dalam pendidikan anak-anak merangkumi aspek rohani, kognitif, bahasa, emosi, jasadi dan sosialisasi. Keenam-enam aspek ini perlu difahami oleh ibu bapa dan dipraktikkan sepanjang proses perkembangan anak-anak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan menyeluruh yang merangkumi aspek duniawi dan ukhrawi.

Pendidikan awal anak adalah peletakan batu asas yang penting supaya keseluruhan sistem pendidikannya bergerak pada orbit yang betul berpaksikan prinsip tauhid. Hasrat pendidikan awal anak adalah penyemaian benih bermutu bagi menjadikan keredaan Allah sebagai puncak pencapaian pendidikan dan destinasi terakhir perjalanan manusia. Buku ini memberi fokus kepada peringkat pendidikan terawal anak secara sistematik dan praktikal. Lebih awal persiapan dibuat, lebih besar potensi bagi mencapai kejayaan.

Berminat untuk dapatkan buku ini? Untuk pembelian, anda boleh klik sini

Friday, 27 May 2016

Melatih Anak Menjadi Genius




Setiap ibu bapa pasti mendambakan anak yang cerdas, kreatif, optimis, dan genius! Melalui sifat genius, anak-anak dapat membesar sebagai individu yang berjaya, positif, dan kaya dengan ilmu akademik mahupun sosial. Malah, mereka pasti dapat menjadi insan yang lebih hebat pada masa hadapan.

Melalui buku ini, pembaca memperoleh:
  • Perkara-perkara yang perlu diketahui sebelum mendidik anak.
  • Tip mencintai buku gaya Hamka.
  • Cara menangani ‘mental block’ berserta tip mencungkil bakat hebat pada setiap anak.
  • Rahsia belajar sendiri gaya al-Makhzumi dan as-Suyuthi.
  • Mengenali Teori W-I-R-E-S, iaitu teori lima jenis memori manusia.
  • Mengetahui lapan strategi menggalakkan pemikiran secara produktif.
  • Mendalami langkah MASTER, iaitu langkah asas menjadi pakar dalam setiap bidang.
  • Menangani rasa panik apabila perkembangan anak tidak ‘sepantas’ orang lain.

Melatih Anak Menjadi Genius dapat mendorong menjadi diri sendiri berbekalkan keupayaan semula jadi.
Malah, mencipta suasana genius dengan terperinci, mudah difahami, dan praktikal!
Berminat untuk dapatkan buku ini? Untuk pembelian, anda boleh klik sini

Thursday, 26 May 2016

Creative Parenting Today

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif
yang menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zamannya.
Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dan melakukan perubahan positif.
Asuhan ibu bapa yang kreatif menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih
menarik, tidak bosan, malah wujud suasana yang membahagiakan.

"Imaginasi kreatif lebih penting daripada menghimpunkan banyak pengetahuan."
-Albert Einstein

Berminat untuk dapatkan buku ini? Untuk pembelian, anda boleh klik sini


Screaming-Free Parenting


Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.
"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."
Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.
Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:
  • Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.
  • Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
  • Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.
Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.

===================================================================
Review
Anak-anak sukar mendengar nasihat kita, namun mereka tidak pernah untuk gagal meniru perbuatan kita. Itulah kuasa tindakan yang lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding kata nasihat semata-mata. Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak memahami hakikat ini. Mereka sentiasa yakin, semakin panjang bebelan, semakin kuat jeritan, dan semakin tegas larangan mereka, anak-anak pasti akan mendengar kata-kata mereka.
Jeritan dan tengkingan ibu bapa bukan sahaja mencederakan emosi, malah akan menambah stres kepada anak-anak. Jiwa yang tertekan akan memberontak dan anak-anak semakin sukar untuk dikawal. Ibu bapa juga akan menjadi semakin bingung. Semakin kuat jeritan mereka, semakin kuat anak-anak melawan. Itulah situasi mencabar yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.
Dengan bantuan buku “Screaming-Free Parenting, jeritan akan digantikan dengan kata-kata yang lembut dan mampu menyentuh hati anak-anak. Bebelan panjang pula akan ditukar dengan tindakan yang cukup ringkas, namun sangat bermakna untuk anak-anak. Pukulan dan cubitan geram pula akan diubah kepada sentuhan yang lembut lagi menenangkan jiwa. 
Dengan menghimpunkan kajian dan teknik yang terbukti berkesan oleh pakar kekeluargaan, buku ini adalah manual terbaik untuk mendidik anak-anak secara kreatif dan penuh kasih sayang tanpa perlu bersusah payah menjerit atau membebel panjang. Buku ini akan membantu mengoptimumkan keupayaan semula jadi seorang pendidik dalam diri setiap ibu dan bapa. Mereka akan menjadi guru yang baik dan kawan yang paling rapat dengan anak-anak.
Sebarkan kebahagiaan dalam rumah tangga dengan teknik mendidik yang berkesan. Pastikan ketenangan rumah tangga tidak diganggu dengan jeritan yang membingitkan telinga dan menyakitkan hati. Insya Allah, dengan mengaplikasikan teknik mendidik dalam buku ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia.

 ===================================================================


Berminat untuk dapatkan buku ini? Untuk pembelian, anda boleh klik sini

Perhatian untuk pengusaha homestay seluruh Malaysia!



Mahu iklankan homestay tetapi tidak tahu dimana?

Mahu iklankan homestay secara berterusan sepanjang tahun?

Jangan risau, KAMI pasukan pemasaran online surirumah bernaung AKADEMI BEKERJA DI RUMAH (ABDR) mahu membantu =)
 

BERIKLAN dengan kami kerana :

✔ Kami ada satu DIREKTORI IKLAN yang menyenaraikan homestay di Malaysia


✔ Kami mempunyai JARINGAN BLOGGER yang akan membantu mempromosikan sepanjang tahun.


✔ Bayaran untuk tapak iklan hanya SEKALI tanpa perlu perbaharuinya lagi.
(Tawaran ini terhad sehingga tarikh tamat dinyatakan)


✔ BONUS 1: 

   Harga tapak kekal hanya RM150 sahaja untuk dua tempat iklan.

✔ Bonus 2: 

   Temuramah untuk pengusaha yang mahu berkongsi dalam ebook mula bisnes homestay.

Selagi mana ebook ini terjual maka berterusan homestay diiklankan.


Hubungi kami untuk daftar iklan homestay kalian.


WhatsApps 0173552065 atau email saya di nazihah.zulkifli@gmail.com =) 

Monday, 23 May 2016

Kenali 8 Jenis Bakat Anak Kita

Assalamualaikum semua pembaca, sahabat hebat. Apa khabar? Selamat hari Isnin permulaan minggu. Semoga semuanya bersemangat untuk memulakan minggu yang baru dengan semangat yang baru. InshaAllah =)

Ok hari ni saya nak kongsikan sedikit nota berkenaan 8 jenis bakat anak kita menurut buku Multiple Intelligence, tulisan Howard Gardner.  

Kenapa kita perlu tahu bakat anak-anak kita? Ok sebagai ibu dan bapa menjadi tanggungjawab kita untuk kenal anak masing-masingkan? Kita  adalah guru pertama anak-anak tersayang. Tak kan kita nak serahkan 100% hanya pada guru untuk ajar anak kita. Guru mungkin boleh ajar yang asas untuk general atau secara umum untuk semua pelajar tanpa mengira bakat anak-anak, yang selebihnya ibu bapa yang perlu kenal pasti bakat dan kecenderungan aktiviti dan minat anak. Ok?

Tak sabarnya tunggu jurnal si cilik saya sampai. Yeay! =)

Anda boleh juga dapatkan penulisan mengenai 8 jenis bakat anak di dalam Jurnal Si Cilik. (Boleh dapatkan daripada saya untuk tempahan Jurnal Si Cilik klik sini)

Ok di dalam buku ini menerangkan bakat yang ada dalam diri anak kita boleh jadi lebih daripada 1 atau 2 daripada 8 jenis bakat. Lihat di mana kekuatan mereka, daripada situ kita sebagai ibu dan bapa perlu gilap dan kembangkan.

Sebagai ibu bapa, berikut adalah cadangan yang boleh dikongsikan :
1. Kenal pasti bakat anak-anak ke arah mana.
2. Catat kecenderungan aktiviti dan minat mereka dan buat analisa.
3. Kembangkan bakat mereka dengan memberi pendedahan kepada sesuatu aktiviti berkaitan mengikut cadangan keperluan seperti di dalam nota.
4. Sekiranya kecenderungan mereka bertukar, ulang 1 hingga 3.



Jom kenali bakat anak-anak kita =)

Semoga bermanfaat!

Nak order boleh whatsApp saya tau di nombor 0173552065

Ok jumpa lagi di entri seterusnya! =)

Sunday, 22 May 2016

Teknik Mengajar Anak Al-Quran Seawal Usia

Assalamualaikum dan selamat pagi untuk semua pembaca yang disayangi. Didoakan anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Selamat berhujung minggu bersama insan tersayang. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya.

Ok hari ni saya nak kongsikan perkongsian dari seorang ibu hebat iaitu Puan Fatimah Mohamad Adi mengenai cara beliau mengajar Al-Quran kepada anak-anaknya. Semoga hasil perkongsian beliau mampu memberi inspirasi untuk kita semua InshaAllah. 

Selamat membaca. Semoga bermanfaat =)
_________________________________________________________________


Bismillahi rahmani rahim...

Untuk ibu-ibu hebat, kawan-kawan yang dikasihi sekalian. InsyaAllah di post ini, sebagaimana permintaan sahabat-sahabat berkaitan post lepas, saya akan share sedikit sebanyak apa yang saya praktikkan di rumah bersama-sama anak-anak, Thoriq dan Fateh di rumah.

Untuk pengetahuan, Ahmad Thoriq berumur 3tahun 8bulan, dan Ahmad Fateh berumur 1tahun 4bulan. Intensif pengajaran dan hafazan lebih khusus kepada Thoriq yang hanya mula bercakap sekitar December 2015 yang lepas. Sehingga kini belum pun petah dan masih pelat. Pun begitu, Thoriq hampir menghafaz 15 surah. Alhamdulillah biiznillah. Ahmad Fateh pula lebih kepada pengenalan dan pengecaman huruf-huruf hijaiyah.

Mengenai Thoriq khususnya, ada yang pm dan call bertanya "bila Tim start ajar Thoriq?". "Susah tak Tim nak start?". "Macam mana nak buat untuk anak participate?". "Anak kan kecil lagi dan tak faham pun lagi?". "Tak awal sangat ke Tim?".
____________________________________________________

Ini MOTIVASI saya.

"Sebaik-baik kalian adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya" - HR Bukhari, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah.

"Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan al-Quran kerana mengingatiKu dan meminta kepadaKu, nescaya Aku berikan selebih-lebih baik daripada semua orang yng meminta kepadaKu. Dan kebaikan Kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas semua makhlukNya" - HR Tirmidzi.

"Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat nanti sebagai syafi' (pemberi syafa'at) bagi yang membacanya" -HR Muslim.
_____________________________________________________
 
Banyak sekali manfaat belajar Al-Quran yang disebutkan oleh Nabi di dalam hadith, tidak terhitung.

Bahasa paling mudah, saya jadi CEMBURU, SENTAP dan TERPESONA.

Tidakkah beruntungnya seorang ibu tatkala anaknya beroleh kefahaman al-Quran di tangannya? Tidakkan beruntung seorang ibu bilamana anaknya membaca al-Fatihah di seluruh kehidupannya di dalam solatnya hasil didikan sang ibu? Tidakkah beruntung ibu yang melahirkan anak-anak pencinta al-Quran yang kemudiannya berusaha memahami ayatnya dan mengajari yang lain untuk mengagungkan Tuhannya?
CASH CREDIT ke akaun sang ibu. Ya, ini motivasi saya.
Saya cemburu pada ustaz/ustazah kalau merekalah yang mendapat cash credit ini. Saya mahu masuk dalam golongan orang yang mengajarkan al-Quran ini. Yang terdekat adalah anak-anak sebagai murid saya. Ini yang saya dengar dan mula-mula belajar dari Puan @Lina Karim Islamic Parenting Network sekitar Sept.2012 yang lalu. Antara seminar awal yang saya hadiri.

Sebelum dapat Thoriq lagi, saya berminat untuk mengajar anak seawal mungkin, tapi hilang sumber di mana nak mula? Saya dah terbakar nak mula, tapi tak tahu perkara mula yang perlu dibuat? Pusing-pusing akhirnya back to square one.

Berbekalkan MOTIVASI ini, saya terus buat saja. Sedikit-demi-sedikit, berterusan. Ya, BERTERUSAN dan ISTIQAMAH di sini key factor bagi sang ibu. Dengan apa yang saya lalui bersama Thoriq sejak lahirnya 2012, sekarang prosesnya lebih mudah dan cepat. Jadi rujukan sendiri untuk Fateh dan anak-anak yang seterusnya, insyaAllah.

TEKNIK YANG KAMI PRAKTIKKAN DI RUMAH:

1. Dedahkan bacaan al-Quran bagi anak
 
2. Pengulangan ayat sebanyak dan sekerap mungkin
 
3. Tasmi' ayat -- ini sudah masuk bab testing memori anak. Ada beberapa kaedah yang boleh Ibu buat untuk bantu kuatkan dan sekaligus menguji memori si anak
-tunjukkan visual ayat
-betulkan sebutan
-pengulangan tanpa urutan ayat
-chunking words
-penceritaan mengenai surah dan ayat
 
4. Ulang step 2 dan 3 secara berterusan dan kreatif dalam aplikasikan pengulangan surah untuk galakkan anak participate.
Ini rumusan yang boleh saya simpulkan berdasarkan apa yang kami lakukan di rumah, bukan sekadar bercakap semata-mata. Saya detailkan target hafalan anak saya dengan jadual dan target surah. Sila rujuk gambar di bawah.
Alhamdulillah. Sebenarnya teknik ini sangat mudah ibu-ibu sekalian.
_____________________________________________________

Mari saya detailkan.

FASA 1: SEMAIAN MINAT ANAK

STEP-1: Saya mula dengan mengajak suami ke Court Mammoth untuk BELIKAN CD/DVD/USB PLAYER di rumah. Di situ seninya isteri untuk bagi hint kepada suami, inilah yang kita akan buat untuk anak-anak kita. Inilah projek akhirat kita. Nak bagi ada role suami. Nak bagi ada creditnya suami dalam menjayakan pendidikan al-Quran di rumah, walaupun pada hakikatnya akan banyak sang Ibu yang bergelut sendiri.

STEP-2: Saya mula PASANG BACAAN al-Quran di rumah dengan selection hanya pada juzuk30. Tapi saya terfikir sendiri banyaknya. Berat la pula. Jadi saya groupkan kumpulan surah-surah di dalam juzuk 30. Akhirnya saya buka 24hours nonstop 10 surah pendek yang saya targetkan dahulu di rumah. Sampaikan kadang-kadang 'menerima' teguran sentap dari suami, sampai bila ni nak buka? Mmm..saya terfikir sendiri. Thoriq baru berumur sekitar 4-6 bulan ketika itu.

STEP-3: Saya mula jadikan RUMAH SEBAGAI TADIKA. Tak kira rumah di KL atau rumah sewa di Johor ketika itu, seluruh rumah kami ditransform menjadi sebuah tadika. Lekat di sana sini huruf hijaiyah, itu biasa. Ini bagi mencambahkan minat Thoriq dengan huruf-huruf al-Quran. Bagusnya peranan printer Epson saya menjadi saham akhirat kami. Rumah di seluruh corok di bilik-bilik, cabinet dapur, hatta di depan toilet dilekatkan dengan huruf hijaiyah dan du'a-du'a untuk Thoriq tengok dan pegang. Perangai ni saya bawa sampai ke Jepun masa suami ditukarkan ke sana untuk setahun. Thoriq sudah berumur 1tahun 8bulan ketika ini. Inilah juga yang saya amalkan kini bagi Fateh.

STEP-4: Saya mula BUAT KIT. Segala macam kit saya mula buat ketika ini. Ada juga terlari sekejap fokus pendidikan al-Quran Thoriq, bukan setakat hijaiyah, abc, math, pengelasan nama-nama haiwan dan benda mula saya buat dalam bentuk kit. Handy dan mudah kerana ketika ini kami banyak travelling dengan flight dan bas.
_________________________________________________

FASA 2: ANAK MULA KELUARKAN HASIL

STEP-5: Selesai urusan di Jepun dan Johor, saya kembali ke rumah kami di KL. Saya mulakan kembali PEMASANGAN PLAYER bacaan al-Quran 24hours nonstop. Sampai kadang-kadang saya terganggu kerana saya belajar dan menulis thesis di malam hari. Ada ketikanya di sini saya mula culas dengan diri, saya on-off kan bacaan untuk kepentingan sendiri. Pada masa yang sama, saya masih berusaha mencari kaedah yang bersesuaian dengan Thoriq sesuai dengan umurnya yang menghampiri 3tahun lebih ketika ini.

STEP-6: Akhirnya, sekitar September 2015 yang lepas saya mula gantikan player dengan saya SENDIRI BACAKAN SURAH-SURAH yang mahu anak hafaz pada setiap malam. Berulang-ulang. Saya nekad surah baru saya akan bacakan bagi anak hampir 10x dalam sehari. Ada ketikanya hampir 5x pada satu-satu masa, khususnya ketika slot tidur malam. Bayangkan betapa anak saya harus mendengar saya membaca dan betapa saya gigih membacakan walaupun anak ajak bersembang benda-benda lain. Pun begitu, anak tetap tekun mendengar ketika ini kerana dia sudah biasa mendengar di ruang rumah di sepanjang hari ketika bermain. WALLAHI, proses pengajaran ketika ini menjadi sangat mudah dan cepat. Thoriq juga ketika ini sudah mula humming words dalam ayat yang didengarnya dengan bahasa pelatnya.

STEP-7: Guna ALAT BANTU MENGAJAR. Sekitar Januari lepas, Allah memudahkan usaha saya dengan menemukan saya dengan ibu-ibu hebat yang telah jauh ke hadapan. Alhamdulillah. Saya mula mengikuti fb Puan Zaiton Abd Rahman. Saya terapkan kaedah beliau untuk anak istimewanya syamil dalam membuat kit al-Quran yang handy dan visual untuk Thoriq. Saya juga adaptasi penggunaan player di rumah dengan iQuran Apps di dalam smartphone. Lebih handy dan trendy di dalam kereta ketika travelling bersama. Sekitar Mac yang lepas, Allah bantu dengan menemukan saya pula dengan Puan Siti Aminah Anakku Alhafiz untuk enhance imaginasi anak menggunakan kaedah penceritaaan. Ini, saya masih dalam proses belajar secara intensif. Pun begitu, saya teruskan saja buat dengan melukis gambar binatang yang ada di dalam al-Quran, khususnya dalam Juzuk30. Saya juga menggunakn siri zaky and friends dalam memasukkan unsur penceritaan. Ada lebih kurang 5-6 surah yng diceritakan secara graphic dalam bentuk video yang menarik. Tidak lama selepas itu, saya berjumpa dengan radio mini al-Quran, yang kini menjadi alternatif untuk Thoriq membuat ulangkaji bacaannya. Sama ada melalui HS saya, player di rumah ketika bermain atau radio mini ketika tidur malam.

Pun begitu, bacaan saya tetap menjadi request Thoriq untuk tasmi' sebelum tidur malam.

STEP-8: APLIKASIKAN KREATIVITI untuk terus menggalakkan anak participate dalam proses hafalan dan pembacaan. Ini perlu usaha-sama suami dan ahli keluarga terdekat. Saya mula pelbagaikan bacaan tasmi' Thoriq dalam situasi ketika mana Thoriq minta untuk dibukakan movie haiwan kesukaannya, minta makan ais-cream, minta vitamin, nak ke rumah nenek, atau ketika minta untuk dibacakan buku-buku yang dipilihnya di rak library rumah. Saya terus-terang kepada keluarga untuk sama-sama membantu mentasmi' bacaan Thoriq pada ketika mana mereka bersama Thoriq, hatta ketika Thoriq cuba-cuba untuk mengacah mengambil smartphone mak-ayah saudaranya. Alhamdulillah ibu mertua, mak dan k.ipar yang sentiasa bersama seringkali membantu melancarkan bacaan Thoriq.

Beginilah rutin kami seharian di rumah.
_____________________________________________________

Saya tidak terlepas dari amarah, letih dan kecewa dalam mendidik anak mengajarkan al-Quran. Saya masih terus belajar dan mencuba untuk anak. Saya masih mahu termotivasi dan mencabar bagi menjadi guru pertama yang mengajarkan anak-anak saya al-Quran bermula di rumah. Itulah fitrahnya manusia, bila lelah, akan terjatuh. Namun, sesudah jatuh insyaAllah akan terus-terusan menjayakan usahanya. Cukuplah motivasi Allah redha menjadi asbab utama untuk terus menjadikan projek Akhirat ini hidup di dalam kehidupan dan rumah kami, dan kita.

Jika dinilai semula, anak saya baru mendapat beberapa surah sahaja sejak bermula teknik Fasa2 sejak Oktober lepas. Sudah hampir 7 bulan berlalu. Apa yang ingin saya kongsikan di sini lebih kepada sistem yang kami amalkan di rumah. Speed anak berbeza-beza. Ada yang cepat dan ada yang slow. Bergantung kreatif ibu dan respon si anak. Untuk anak saya, Alhamdulillah nampak sekarang makin berminat, jadi proses menjadi lebih cepat dan mudah. Sekarang anak menghafaz 2-3 surah sekaligus dalam satu-satu masa. Mungkin sudah ada ibu-ibu yang sudah pun bermula dengan anak masing-masing. Tahniah saya ucapkan. Mari kita terus istiqamah. Saya yakin anak-anak menjadi genius dan kreatif dengan dekatnya al-quran di hati mereka. 

Apa yang ingin saya tekankan di sini, buat kawan-kawan dan ibu-ibu hebat sekalian. Never too late. Ia terlambat jika tidak dimulakan dari sekarang, sesudah kita diberikan hidayah dan ilmu. Anak-anak kita dan generasi muda sekarang hidup membesar dalam suasana kerosakan yang masuk direct ke dalam rumah kita. Gelas yang tidak diisi sebaiknya, nescaya akan dipenuhi juga. Begitu juga, anak-anak kita yang dilahirkan dengan segala potensi yang ada padanya, jika tidak diisi dan digilap, PASTI akan ada yang menggilapkan bakatnya oleh yang lain. 

Post ini bukan bertujuan meraih populariti kerana banyaknya bilangan surah hfalan anak. Ia bukan satu perbandingan atau perlumbaaan anak siapakah yang lebih baik, banyak atau bagus bacaannya. Sebab kita tak akan mampu tahu masa depan anak-anak kita. Tapi kita mampu berusaha dan berikhtiar. Saya pernah terjumpa ibu yang anaknya sudah menghafaz hampir lebih 25surah juzuk30 walaupun baru berumur 2tahun lebih. Begitu juga anak puan lina karim dan puan siti aminah yang mampu menghafazsurah2 panjang seawal usia. Anak buah sedang berusaha menghafaz juzuk 28 di kala umurnya kini baru 7 tahun. Kita pulangkan natijah semula kepada Allah. Mari kita tekankan usaha kita ini sebagai Projek Akhirat kita bermula di rumah.

Akhir kata, saya suka untuk membawakan kata-kata Yusuf Qardhawi sebagai motivasi terusan buat semua. Sungguhlah, "Ibu adalah Rabbatul bait", yakni pengurus dan pengatur kepada rumahtangga dalam segala segi. Adalah FARDHU bagi ibu tersebut untuk menjalankan tugasnya mendidik dan mengasuh anak-anak di bawah jagaannya dengan segala daya dan potensi yang ada. Dan fardhu di sini membawa maksud wajib ke atas sang Ibu.

Makanya, sama-samalah kita usahakan, moga kita mampu melahirkan anak-anak pencinta al-Quran. Bukan setakat menghafaz, kita perlu naik ke level seterusnya yaitu faham dan amal juga. Satu hajat saya, jika post ini berguna, inshaAllah pohon panjangkan. Ingatlah, "Life without al-Quran, has no Light" dalam kehidupan kita sehari-harian. Moga Allah membantu kita semua ibu-ibu Malaysia dalam melahirkan generasi cintakan al-Quran.

Moga post ini bermanfaat buat kawan-kawan yang bertanya dan pm saya. Moga ia juga bermanfaat buat ibu-ibu yang masih mencari arah. InsyaAllah.

P/S: Saya belanja beberapa photo yang mungkin berguna untuk dijadikan rujukan.

Moga Allah redha,
Fatimah Mohamad Adi
16hb Mei 2016


Teknik visual yang saya terapkan untuk kuatkan hafalan anak. Sambil menghafaz, sambil tengok macam mana rupanya ayat yang sedang dibaca dan dihafaz itu.


iQuran apps yang saya gunakan di rumah. Handy dan trendy. Boleh direct download dari appstore. Ia free apps. Terima kasih pada puan Zaiton Abd Rahman atas sharing cara penggunaannya.


Mini radio, alat bantu mengajar terbaru kesukaan Thoriq. Sekarang peranan Ibu untuk pick-kan nombor surah. Thoriq akan tekan nombor dan start tasmi'. Terima kasih pada ummu mus'ab Halwatul Raudha Abd Karim sebab intro this. Allah juga mengizinkannya.

Ini contoh jadual hafalan yang saya buat di rumah untuk monitor bacaan dan hafalan Thoriq. Saya dapat contoh schedule dalam format excel dari seorang ayah yang sangat strict dalam hafalan ketiga-tiga anaknya di rumah. Jika berminat, boleh saya sharekan dan panjangkan pahala ayah tadi.


Contoh simple jadual ikut monthly yang saya buat untuk Thoriq. Ini jadual yang xupdate dibuat awal Januari lepas. yang terkini, lebih updated mengikut kebolehan Thoriq dalam pantas menghafaz. Kini, 1 surah boleh dihafaz seawal 1-2 hari sahaja. So, jadual ini hanya tinggal general monitoring system bagi saya.

Ini contoh simple jadual yang dikongsikan oleh ayah tadi. Encik ni, saya terjumpa masa googling.

Jurnal Si Cilik

Jurnal si cilik merupakan sebuah jurnal atau diari yang menyediakan ruang untuk ibu ayah mencatat semua memori yang berkaitan dengan si cilik mereka. 

Di samping itu, ibu ayah juga dapat mencatat setiap perubahan dan perkembangan atau apa-apa bentuk pencapaian untuk disimpan sebagai kenangan manis atau permasalahan yang ingin dikenalpasti supaya dapat mencari solusi seterusnya.

Dalam jurnal ini memuatkan beberapa nota ringkas seperti,

  • 4 pendidikan mengikut sunnah Rasulullah
  • Doa kecemerlangan keluarga
  • Carta perkembangan anak-anak 0-6 tahun
  • Jadual 8 jenis bakat anak-anak
  • Idea belajar di rumah
  • Bahan bantuan mengajar
  • Contoh penekanan pembelajaran
  • 6 perkara yang perlu ibu ayah tahu
  • Beberapa kata-kata inspirasi daripada ikon 
  • Ruang untuk catatan bonda dan contengan si cilik












Jurnal ini sekaligus memberi ruang kepada ibu ayah untuk merancang pembelajaran anak-anak mengikut bulanan dan dapat menganalisa dan kenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka.

Perancangan dalam pendidikan anak-anak adalah amat penting dalam tujuan membudayakan keluarga kita. Rutin harian yang dijalankan dapat menilai anak kita bagus daripada pelbagai aspek.

Daripada penilaian yang dibuat, sekurang-kurangnya memberi gambaran dan idea bagi ibu ayah menetapkan tindakan seterusnya.

Jangan biarkan momen-momen itu terlepas begitu sahaja.
Untuk tempahan boleh WhatsApp ke nombor 0173552065



Friday, 20 May 2016

Peluang kerja sambilan dgn upah lumayan??


Assalamualaikum. Hai. Ada lagi bloggers yang belum tidur? 

Saya pun belum tidur, malam je la masa saya nak buat kerja sikit sementara Umar nyenyak tidur. Ok sambil-sambil tu update blog sikit.

Ok kalau dikalangan bloggers, sistem AFFILIATE tidak asing lagi kan? AFFILIATE adalah salah satu cara untuk tambah pendapatan pasif dengan cara yang mudah.

Ada yang nak join tak? Jom la join AFFILIATE myFad. MyFad ni  syarikat pengiklanan online di Fb. Baru je dirasmikan jadi tak ramai yang tau mengenai MyFad ni. So ada peluang la untuk orang-orang yang register awal kan?

Ok berminat? Ok kalau berminat jom la register! Sekarang tau =)

Caranya ialah daftar percuma dengan syarikat pengiklanan myfAd melalui link klik sini

Anda boleh membaca semua “Terms & Conditions”, FAQ dan lain-lain di website atau FB page myFad.
 

Sekian, terima kasih.
‪#‎YouShareYouGain‬

Just register (free of charge) with myfAd online advertising company through this link click here

You may read all FAQs, Terms & Conditions at the website and also Fb page.
Thank You.


#YouShareYouGain

 

'