10 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN (sambungan) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 6 May 2016

10 TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN (sambungan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk bernafas di atas muka bumi Allah SWT. Terima kasih Allah, syukur dengan nikmat yang tidak terhingga. Saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang terbaik walaupun di mana anda berada. InshaAllah Aamiin =)

Ok hari ni saya nak sambung perkongsian 10 tips untuk memulakan perniagaan. Semoga bermanfaat untuk semua inshaAllah =)


1. Buat dengan penuh minat
Setelah anda pilih perniagaan yang anda nak mulakan, pastikan anda minat dengan apa yang akan anda lakukan. Ini penting kerana anda akan memperuntukkan masa dan tenaga yang sangat banyak untuk memulakan dan membangunkan perniagaan. Jadi amat penting untuk anda mempunyai minat yang mendalam dengan apa yang anda lakukan. Bila anda minat dengan apa yang anda lakukan, anda tetap kuat dan sabar walau seteruk mana sekalipun perjalanan perniagaan anda.

2. Mulakan semasa masih bekerja
Kenapa anda perlu memulakan perniagaan semasa anda masih bekerja? Ok, sejujurnya berapa lama anda boleh bertahan tanpa wang? Sudah tentu tidak lama kan. Lebih-lebih lagi jika anda dah biasa ada pendapatan sendiri. Perlu anda ingat, perniagaan yang bakal anda bangunkan akan mengambil sedikit masa sebelum ia mula menghasilkan keuntungan.

3. Jangan jalankan perniagaan seorang diri
Kenapa anda tidak boleh jalankan perniagaan seorang diri? Dalam perniagaan anda perlukan pasukan yang kuat untuk memulakan perniagaan. Pasukan yang boleh mendengar dan berkongsi idea dengan anda adalah amat diperluakn untuk kelangsungan perniagaan anda. Sebagai contoh kita boleh lihat bangsa cina yang menjalankan perniagaan. Mereka menjalankan perniagaan secara berjemaah. Pepatah juga ada menyebut, "If you want to go fast, go alone. But if you want to go far, go together". Betulkan? So untuk kuat dan bertahan lama dalam perniagaan networking sangatlah penting =)




  
4. Dahulukan bab mencari klien
Ok sebelum memilih perniagaan yang anda ingin jalankan sebaiknya lakukan studi atau 'BMC' atau Business Model Canvas. Cari channel pemasaran untuk perniagaan anda sebelum anda pilih perniagaan yang ingin dijalankan. Kenapa? Jangan tunggu sehingga anda ada kedai atau pejabat yang lengkap sebelum anda mendapat pelanggan, kerana perniagaan anda tidak akan hidup tanpa pelanggan. Oleh sebab itu wujudkan jaringan dan juga wujudkan data pelanggan sebelum perniagaan anda bermula secara rasmi. 

Ok setakat ini dulu ya.. InshaAllah saya akan sambung lagi 6 tips.. Tunggu ya =)












No comments:

Post a Comment