BINA HUBUNGAN DENGAN PEMILIK HATI - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Wednesday, 11 May 2016

BINA HUBUNGAN DENGAN PEMILIK HATI

Saya mendoakan semua sahabat yang singgah ke blog saya dan membaca status ini akan melalui hari ini dengan penuh kegembiraan dan mudah-mudahan akan dikurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka. InshaAllah aamiin =)

Assalamualaikum selamat pagi sahabat hebat!



Dalam apa juga urusan harian kita, berurusan dengan makhluk Allah SWT, jangan berhenti berdoa semoga urusan kita dipermudahkan. Segala pergantungan hanya pada Allah SWT.  

Hanya Allah SWT yang memegang dan menguasai hati manusia. Sebagai penjual yang bekerja sendiri, kalau kita nak orang mudah berjual beli dengan kita, mudah nak close sale, binalah hubungan yang baik dengan pemilik hati seluruh manusia, iaitu Allah SWT. 

Peruntukan masa untuk berbicara dengan Allah. Elakkan tergesa-gesa. Tenang dalam semua perkara. Orang yang tenang pasti akan menang.

InshaAllah semoga segala urusan kita dia dunia dan akhirat akan dipermudahkan inshaAllah =)

Salam sayang,

Nazihah Zulkifli
www.ummihoneysouq.com

 

No comments:

Post a Comment