Kenapa perlu FOKUS dan KONSISTEN - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Sunday, 8 May 2016

Kenapa perlu FOKUS dan KONSISTEN

Assalamualaikum selamat pagi sahabat hebat! Semoga hari ini banyak kebaikan yang akan dilakukan. 

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu atau bakal bergelar ibu =)

Apa aktiviti anda semua hari ni? Semoga apa pun aktiviti kita hari ni, banyak masa diluangkan bersama famili ya! ye la hujung minggu je kan masa berharga bersama keluarga. Jadi manfaatkan masa sebaik yang mungkin =)

Ok hari ni saya nak kongsikan kenapa kita perlu FOKUS dan KONSISTEN dalam hidup. Terutamanya untuk kita yang WAHM kan. Sebab kita yang menentukan pendapatan kita. Jadi kalau kita tak FOKUS dan KONSISTEN macam mana nak dapat duit kan? =)

OK cakap memang senang tapi nak buat dan istiqomah tu yang mencabar tu. Tapi saya doakan kita semua mampu lakukan inshaAllah =)

1. Perlu ada matlamat yang jelas - KPI
OK seperti juga kita bekerja makan gaji. Tiap-tiap tahun kita akan tetapkan KPI yang nak dicapai. Jadi walaupun kita bekerja sendiri, kita mesti ada KPI harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan. Maksudnya KPI jangkamasa pendek dan juga jangkamasa panjang. Supaya lebih jelas apa yang kita nak capai.

2. Pilih produk yang mempunyai komisyen tinggi
Kenapa kita perlu pilih produk yang mempunyai komisyen tinnggi? Ok, sangat penting tau kita pilih produk yang mempunyai komisyen tinggi. Salah satunya agar pelaburan masa setiap hari adalah berbaloi. Nanti saya terangkan lagi dengan lebih mendalam ya =)

Pastikan kita buat latih tubi RM100 bersih sehari. Iaitu pendapatan bersih dari aktiviti harian wajib minima RM100. Kemudian naikkan lagi atau gandakan kepada RM200. Jangan terlalu lama berada dalam KPI yang sama.

Pecahkan kitaran zon selesa, berjuang untuk capai matlamat baru setiap hari. RM100 bersih bersamaan dengan RM3000 minima untuk pencapaian bulan. Selagi tak capai, selagi itu buat.
 
Apa yang membezakan fokus dengan kecelaruan?
 



Kecelaruan adalah kita mudah terpengaruh dengan sekitar yang membawa kita membazir masa. Apabila kita fokus, kita tidak kisah pun keadaan sekeliling, hanya bertindakbalas dengan rakan-rakan yang aktif dan positif sahaja.

Lupakan dan delete terus sahabat pasif, dendam atau negatif =)

Ok jumpa lagi di entri seterusnya! =) 

No comments:

Post a Comment