Screaming-Free Parenting - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 26 May 2016

Screaming-Free Parenting


Seorang sasterawan terkenal menceritakan bahawa pada setiap malam, dia selalu membawakan air minuman ke bilik tidur anak-anaknya.
"Teguh, beginilah salah satu cara saya menghormati anak-anak..."
Inilah ungkapan rasa kasih sayang yang melimpah daripada seorang ayah yang tulus. Kesan yang tidak akan dilupakan oleh anak-anak sehingga dewasa kelak.
Bagaimana dengan anda? Ayuh, kita raih rasa cinta anak-anak. Berdasarkan pengalamannya bersama anak-anak, Teguh Iman Perdana menawarkan:
  • Menawarkan kaedah khusus untuk meraih hati anak.
  • Mengupas tentang mitos-mitos dan paradigma yang mengelirukan dalam pola mendidik anak-anak.
  • Memberikan cara yang jitu tentang mengasuh dan mendidik anak tanpa perlu marah.
Dengan adanya buku ini, ibu bapa dapat merasakan nikmatnya menjalani peranan sebagai ibu bapa dalam mengasuh dan mendidik anak-anak dengan cara yang bebas daripada emosi negatif. Buku ini memberikan cara mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang, kreatif, ceria, dan persahabatan, bukan dengan teriakan dan ancaman.

===================================================================
Review
Anak-anak sukar mendengar nasihat kita, namun mereka tidak pernah untuk gagal meniru perbuatan kita. Itulah kuasa tindakan yang lebih banyak mempengaruhi anak-anak berbanding kata nasihat semata-mata. Tetapi, ramai ibu bapa yang tidak memahami hakikat ini. Mereka sentiasa yakin, semakin panjang bebelan, semakin kuat jeritan, dan semakin tegas larangan mereka, anak-anak pasti akan mendengar kata-kata mereka.
Jeritan dan tengkingan ibu bapa bukan sahaja mencederakan emosi, malah akan menambah stres kepada anak-anak. Jiwa yang tertekan akan memberontak dan anak-anak semakin sukar untuk dikawal. Ibu bapa juga akan menjadi semakin bingung. Semakin kuat jeritan mereka, semakin kuat anak-anak melawan. Itulah situasi mencabar yang dihadapi oleh ibu bapa dalam proses mendidik dan membesarkan anak-anak.
Dengan bantuan buku “Screaming-Free Parenting, jeritan akan digantikan dengan kata-kata yang lembut dan mampu menyentuh hati anak-anak. Bebelan panjang pula akan ditukar dengan tindakan yang cukup ringkas, namun sangat bermakna untuk anak-anak. Pukulan dan cubitan geram pula akan diubah kepada sentuhan yang lembut lagi menenangkan jiwa. 
Dengan menghimpunkan kajian dan teknik yang terbukti berkesan oleh pakar kekeluargaan, buku ini adalah manual terbaik untuk mendidik anak-anak secara kreatif dan penuh kasih sayang tanpa perlu bersusah payah menjerit atau membebel panjang. Buku ini akan membantu mengoptimumkan keupayaan semula jadi seorang pendidik dalam diri setiap ibu dan bapa. Mereka akan menjadi guru yang baik dan kawan yang paling rapat dengan anak-anak.
Sebarkan kebahagiaan dalam rumah tangga dengan teknik mendidik yang berkesan. Pastikan ketenangan rumah tangga tidak diganggu dengan jeritan yang membingitkan telinga dan menyakitkan hati. Insya Allah, dengan mengaplikasikan teknik mendidik dalam buku ini, anak-anak akan membahagiakan ibu bapa dan memberi manfaat yang besar untuk seluruh dunia.

 ===================================================================


Berminat untuk dapatkan buku ini? Untuk pembelian, anda boleh klik sini

No comments:

Post a Comment