SOHO impian - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Monday, 16 May 2016

SOHO impian

SOHO impian =)





Assalamualaikum. Sekarang tepat pukul 1:10 pagi. Sementara Umar dan abi dah lena diulit mimpi. Ummi terus di SOHO kecil ummi mencari info di alam maya.
SOHO? Apa tu? SOHO bermaksud "small office home office"
Bisnes SOHO tidak memerlukan kita mengeluarkan modal yang besar dan dapat dilakukan dari bilik tidur, meja makan, ruang tamu rumah, ataupun dari bilik hostel di kolej penginapan. Pendek kata, kat mana-mana pun boleh la. Kan?
Sekarang ni ramai usahawan berpeluang mengurus SOHO seperti gaya CEO syarikat gergasi dunia. 
Kadang-kadang terfikir kenapa la masa 7 tahun dekat UPM dulu tak terdedah dengan perniagaan internet ni. Kan best kalau habis je kelas dan kuliah, dari bilik kat kolej je pun boleh urus bisnes macam seorang CEO =)
Tapi bak kata pepatah Inggeris, 'better late than never' kan? So inshaAllah masih belum terlambat. Rezeki Allah SWT tu luas.
Saya sedang menunggu pihak PTS restock buku "Urus Sendiri SOHO Anda" ni. InshaAllah nak beli sebagai koleksi =)

Dalam hidup ni tak salah kan kita pasang angan-angan dan impian. Selagi kita mampu impikan sesuatu, inshaAllah kita dapat capai. Yang penting usaha.
Ok jumpa lagi di entri seterusnya =)
psssttt.. Ada yang nak bisnes tapi tak ada modal? Atau nak cantik sebelum raya? Jom dapatkan PERLAKING daripada saya. Saya stokis berdaftar tau. Kalau berminat whatsapp 0173552065 laju-laju, jom sama-sama kita bina impian =)

No comments:

Post a Comment