Lama menyepi - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 30 September 2016

Lama menyepi

Assalamualaikum

Comel kan??

Apa khabar semua? Alhamdulillah baru berkesempatan nak update blog. Lamanya menyepi. Dah bersawang berabuk pun blog ni.. huhu.. post terakhir pun ucap Salam Ramadhan.. post raya pun tak ada. Apapun, terima kasih semua yang masih sudi singgah blog saya yang tak seberapa ni :)

Harapnya saya doakan semua blogger yang singgah ke blog saya berada dalam keadaan sihat walafiat inshaAllah aamiin.

Ok sebenarnya lama menyepi disebabkan keadaan kesihatan yang tak berapa baik sepanjang lebih kurang 3 - 4 bulan lepas. Macam-macam yang terjadi sebenarnya. Alhamdulillah, si khalifah kecil masih selamat di dalam rahim sehingga kini aamiin (Tolong doakan semoga kandungan saya dipermudahkan sehingga ke proses melahirkan nanti ye).

Tapi alhamdulillah sekarang kesihatan bertambah baik, muntah dan mabuk dah kurang. Selera makan bertambah baik. Cuma masih penat dan tak larat. Tapi kalau nak dibandingkan dengan pengalaman masa mengandungkan Umar dulu, kandungan kali ni lebih mudah. Masa mengandungkan Umar dulu, sampai 7 bulan mabuk, muntah, muka pucat je selera makan pun tak ada. Sampaikan 3 bulan pertama doktor sarankan ambil cuti tanpa gaji.

Bila masuk kerja, alhamdulillah bos semua memahami dan benarkan saya berhenti outstation buat sementara. Cuma fokus kepada office work. Ye la kan walaupun ni merupakan kandungan anak yang ke 2. Tapi ni merupakan kandungan saya yang ke 4. 2 kandungan sebelum ni keguguran lepas balik outstation dari Kedah dan Teluk Intan. 

Ok la, terpanjang pula post ni. Sebenarnya saya dah tak sabar-sabar nak menulis blog dari 16 September lagi. Tapi baru hari ni berkesempatan. InshaAllah kita jumpa lagi di entri seterusnya inshaAllah :)


Salam sayang,
Nazihah Zulkifli

No comments:

Post a Comment