Sunday, 16 October 2016

Bercuti di Melaka

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar semua? Semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik, dan juga dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT inshaAllah.

Alhamdulillah hari ni saya berlintas langsung dari Melaka. Bercuti selama 3 hari di Melaka kerana menghadiri kenduri kahwin bekas rakan sepejabat suami semasa berkhidmat di Kolej Risda Melaka suatu masa dulu.

Jadi dah alang-alang ke Melaka kami mengambil keputusan untuk bercuti untuk sambutan hari ulang tahun yang ke-2 anak sulung kami, Umar.

Happy becoming birthday, Sayang ummi! Birthday Umar 17 Oktober nanti. Lagi sehari.

Ok nanti untuk post seterusnya saya akan ‘review’ serba sedikit percutian kami kali ni. Kami memilih untuk menginap di The Shore Hotel & Residences, Melaka.


Permandangan dari bilik hotel yang kami menginap

Permandangan malam Bandaraya Melaka dari Tingkat 31, The Shore Hotel & Residences


Jumpa lagi di entri seterusnya InshaAllah.

Salam sayang,

Ummi Nazihah

Saturday, 15 October 2016

Durian

Assalamualaikum semua..

Setelah lama menyepi kini kembali lagi mengintai blog yang disayangi ni. Sekali muncul dengan entri bertajuk 'Durian' pulak tu. Hihihihi..

Para bloggers semua apa khabar? diharapkan sihat sejahtera inshaAllah aamiin. Alhamdulillah saya pun bertambah sihat cuma tak larat kadang-kadang. Alhamdulillah kandungan pun dah 5 bulan. Sekejap je kan. Pejam celik, pejam celik lagi 4 bulan je bakal melahirkan seorang khalifah di muka bumi inshaAllah. Tolong doakan semuanya selamat dan dipermudahkan ye :)

ok berbalik semula kepada tajuk entri saya kali ini. Ok kita masukkan sekeping dua gambar durian dulu ok :)





Waaaahhh nyum nyum nyum.. nampak sedapkan? lagi-lagi kalau durian Musang King.. Hurm..

Ehh Umar dah bangun la..Ok setakat tu dulu.. nanti saya sambung lagi untuk entri seterusnya ok :)


Salam sayang,

Nazihah Zulkifli

Saturday, 1 October 2016

AWAL MUHARRAM - DOA AKHIR & AWAL TAHUN


Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun” 



Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata : “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
 

'