Bercuti di Melaka - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Sunday, 16 October 2016

Bercuti di Melaka

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Apa khabar semua? Semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik, dan juga dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT inshaAllah.

Alhamdulillah hari ni saya berlintas langsung dari Melaka. Bercuti selama 3 hari di Melaka kerana menghadiri kenduri kahwin bekas rakan sepejabat suami semasa berkhidmat di Kolej Risda Melaka suatu masa dulu.

Jadi dah alang-alang ke Melaka kami mengambil keputusan untuk bercuti untuk sambutan hari ulang tahun yang ke-2 anak sulung kami, Umar.

Happy becoming birthday, Sayang ummi! Birthday Umar 17 Oktober nanti. Lagi sehari.

Ok nanti untuk post seterusnya saya akan ‘review’ serba sedikit percutian kami kali ni. Kami memilih untuk menginap di The Shore Hotel & Residences, Melaka.


Permandangan dari bilik hotel yang kami menginap

Permandangan malam Bandaraya Melaka dari Tingkat 31, The Shore Hotel & Residences


Jumpa lagi di entri seterusnya InshaAllah.

Salam sayang,

Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment