Jurnal Si Cilik - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 20 December 2016

Jurnal Si Cilik

Assalamualaikum. Ok tadi saya ada tulis pos mengenai jurnal si cilik kan?

Ok ni sinopsis jurnal si cilik. Jemput baca dulu ye.

Jurnal si cilik merupakan sebuah jurnal atau diari yang menyediakan ruang untuk ibu ayah mencatat semua memori yang berkaitan dengan si cilik mereka.


Di samping itu, ibu ayah juga dapat mencatat setiap perubahan dan perkembangan atau apa-apa bentuk pencapaian untuk disimpan sebagai kenangan manis atau permasalahan yang ingin dikenalpasti supaya dapat mencari solusi seterusnya.

Dalam jurnal ini memuatkan beberapa nota ringkas seperti,
+ 4 pendidikan mengikut sunnah Rasulullah
+ Doa kecemerlangan keluarga
+ Carta perkembangan anak-anak 0-6 tahun
+ Jadual 8 jenis bakat anak-anak
+ Idea belajar di rumah
+ Bahan bantuan mengajar
+ Contoh penekanan pembelajaran
+ 6 perkara yang perlu ibu ayah tahu
+ Beberapa kata-kata inspirasi daripada ikon
+ Ruang untuk catatan bonda dan contengan si cilik









Jurnal ini sekaligus memberi ruang kepada ibu ayah untuk merancang pembelajaran anak-anak mengikut bulanan dan dapat menganalisa dan kenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka.

Perancangan dalam pendidikan anak-anak adalah amat penting dalam tujuan membudayakan keluarga kita. Rutin harian yang dijalankan dapat menilai anak kita bagus daripada pelbagai aspek.

Daripada penilaian yang dibuat, sekurang-kurangnya memberi gambaran dan idea bagi ibu ayah menetapkan tindakan seterusnya.

Jangan biarkan momen-momen itu terlepas begitu sahaja.

HARGA RM35
POS RM8 SM / RM11 SS

Ok kalau berminat boleh buat tempahan dengan mengisi borang tempahan di sini atau hubungi saya melalui WhatsApp 018 467 3225 ye.

No comments:

Post a Comment