AURA EMAS vs DUIT - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Saturday, 31 December 2016

AURA EMAS vs DUIT

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu dengan keluarga tersayang. Hari ni merupakan hari terakhir dalam tahun 2016, esok kita dah masuk tahun baru, so macam mana rancangan untuk tahun 2017? Dah mula merancang?

Ok antara rancangan saya untuk tahun 2017, saya nak mula menyimpan emas semula inshaAllah. InshaAllah sedikit wang pendapatan sekurang-kurangnya 10% saya akan peruntukkan untuk emas. InshaAllah semoga dipermudahkan.


Jadi hari ni saya nak kongsikan kenapa kita perlu mula buat simpanan dalam bentuk emas bukan wang fiat. Berikut merupakan antara sebab mengapa kita kena simpan emas. 

Jom baca =)

1) Emas boleh mengelak kebocoran wang

Seperti yang kita tahu apabila wang disimpan dalam bentuk tunai ianya mudah untuk dibelanjakan walaupun untuk barang yang kurang perlu. Betul tak? Pernah alami? Hihihi. Betulkan, bila ada je wang atau duit lebih kita mesti fikir, nak beli apa ye? Ada je benda yang nak di beli kan? Lagi-lagi kita yang perempuan ni. Barang sendiri la, barang anak la. Macam-macam =) 

Tapi apabila kita tukar wang dalam bentuk emas, fikiran kita lebih cenderung untuk simpan emas tersebut. Ini secara tak langsung keinginan kita untuk berbelanja dapat dihadkan. Betul tau. Kalau tak percaya, anda boleh cuba. Lepas dah cuba akan ketagih nak beli pula lagi. Kumpul dan terus kumpul.  


2)Emas Untung disimpan untuk jangka panjang

Emas jika disimpan lebih lama maka lebih baik kerana nilai emas ni naik dalam jangka panjang. Saya mula beli emas tahun 2014, alhamdulillah memang harga emas sekarang lebih tinggi daripada masa saya beli dulu. 

Saya ulang, emas ni untuk simpanan jangka masa panjang tau. Bukan dalam jangka masa pendek. Jadi kalau anda nak kaya cepat, hari ni beli esok nak kaya, jangan beli emas. 

Nanti anda kecewa pula, sebab kemungkinan anda rugi tu ada. Sebab harga emas boleh jatuh. Tapi tak banyak la. Akan naik semula nanti. Yang penting emas ni untuk simpanan yang dilupakan.  Biar la beberapa tahun dulu, biar harga emas tu naik. Waktu tu baru anda akan tersenyum lebar. Hihihi. 


3)Emas boleh dijadikan pusingan modal

Selain itu emas juga boleh dijadikan pusingan modal. Macam mana tu? Ok. Contohnya untuk kegunaan perniagaan, jika anda perlukan tunai boleh dapatkan pinjaman di pajak gadai islam ataupun arrahnu dengan mencagarkan emas yang dimiliki. Bila anda dah ada tunai anda boleh tebus semula apabila sudah beroleh keuntungan melalui perniagaan.

Haaa.. best kan? Apa lagi. Jom la mula simpan duit kita tukar kepada emas. Ok sampai sini dulu ye. InshaAllah nanti saya kongsikan lagi info-info mengenai emas. 

Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya. 

Salam sayang, 

Nazihah Zulkifli a.k.a Ummi Nazihah 
Authorised Public Gold Dealer PG044627
018 467 3225

No comments:

Post a Comment