Bengkel Mudahnya WAHM Online (Bahagian 2) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 30 December 2016

Bengkel Mudahnya WAHM Online (Bahagian 2)

Assalamualaikum semua. Memandangkan lagi beberapa hari je kita dah  nak masuk tahun baru kan. Macam mana dengan wishlist tahun 2016 anda? Tercapai? Atau kena carry forward lagi ke tahun baru?

Alhamdulillah. Wishlist saya untuk tahun 2016 ada yang tercapai, ada yang belum tercapai. Sejak hamilkan anak yang kedua, bermula dengan alahan sehingga sekarang, saya pun tak boleh nak 'full throttle'. Sebab Umar perlukan perhatian saya dan saya pun perlu jaga kesihatan. Saya nak luangkan masa lebih dengan Umar sebelum hadirnya adik Umar. 

Jadi hari ni hari mengimbas kenangan bengkel yang saya hadiri hampir setahun yang lalu. 



Alhamdulillah semasa di bengkel, Pn Khairunnisa telah banyak berkongsi dengan kami kisah suka dan duka, cabaran semasa mula bergelar WAHM. 





Saya akui, saya sendiri pernah bekerja dengan gaji yang agak besar dan dah ditahap gaji yang stabil. Memilih untuk bekerja sendiri bukan perkara yang mudah. Seperti yang kita tahu, bila bekerja sendiri, tak ada lagi gaji masuk ke akaun bank setiap 25 hari bulan. 

Segalanya perlu diusahakan sendiri. Kalau rajin, dapat lah duit lebih. Rezeki Allah SWT yang tentukan. Kena banyak berdoa dan bergantung sepenuhnya kepada yang memberi rezeki iaitu Allah SWT.

Tapi saya sarankan jika anda ada impian untuk behenti kerja. Mulalah membina pendapatan sampingan dahulu. Kalau tidak, boleh mati kutu juga awal-awal kalau tiada sumber pendapatan yang masuk. Ok nanti saya kongsikan lagi tips-tips untuk bergelar WAHM ye.

Ok ini antara perkongsian semasa kami hadiri bengkel. Puan Khairunisa telah berkongsi dengan kami mengenai;

1. Pendedahan langkah demi langkah  bekerja dari rumah 100% di atas talian (online)

2. Membantu mencari fokus bidang pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah 
    mengikut individu.

3. Masih boleh melakukan pekerjaan yang sama seperti dengan "Majikan 
    Dahulu" atau seperti kelulusan yang diperolehi walaupun daripada rumah.

4. Perkongsian teknik perancangan kerja dari rumah.

5. Memberikan motivasi dan matlamat kenapa perlu bekerja dari rumah.

InshaAllah jika berkesempatan, saya akan ulas dengan lebih lanjut. Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya.

Salam sayang,
Ummi Nazihah






No comments:

Post a Comment