Bengkel Mudahnya WAHM Online (Bahagian 3) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 30 December 2016

Bengkel Mudahnya WAHM Online (Bahagian 3)

Alhamdulillah ni antara gambar semasa bengkel dijalankan. Seronok pula bila teringatkan kenangan semasa hadiri bengkel. Bersemangat betul masa tu =)

Puan Khairunnisa ialah antara ibu yang telah berjaya membina kerjaya dari rumah secara atas talian. Sangat 'inspired' dengan kejayaan beliau!

Walaupun kerjaya saya yang dahulu agak sukar untuk dilakukan secara online. Tapi inshaAllah bidangnya luas. InshaAllah saya akan usahakan suatu hari nanti =)

Selain itu, semasa di bengkel saya juga berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan baru. Ada di antara mereka yang bekerja sebagai doktor perubatan, jurutera, arkitek, peguam, pelajar PHD dan macam-macam bidang lagi. Semuanya mempunyai hasrat yang sama iaitu kembali bekerja dari rumah. 

InshaAllah semoga dipermudahkan yang penting rajin mencari ilmu, jangan putus asa dan sentiasa berdoa semoga Allah SWT tunjukkan dan permudahkan jalan. 

Bak kata Puan Khairunnisa, "Utamakan yang utama kelak Allah SWT pasti permudahkan urusan kita yang lain pula".
















Man Jadda Wa Jadda..

''Barangsiapa yang bersungguh-sungguh maka dia akan berhasil, Insya Allah!"


Salam sayang,
Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment