Buku Mama Dil - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 29 December 2016

Buku Mama Dil

Assalamualaikum semua sahabat. Alhamdulillah hari ni lewat sikit update blog. Sahabat semua apa khabar? Sihat? Semoga sentiasa sihat hendaknya. Lagi berapa hari je kita dah nak masuk tahun baru kan? Jadi kenalah bersemangat kan? Walau apapun cabaran yang mendatang, kita kenalah berusaha sehabis baik inshaAllah.

Ok nak memulakan tahun baru ni, saya ambil 'feel' dan semangat baru sikit. Saya pun belilah sesuatu yang boleh sedikit sebanyak bagi semangat kat saya =) (Hihihi)

Ok semalam bayar alhamdulillah dah sampai hari ni. Nak tau apa yang saya beli? Jom 'scroll' ke bawah =)









Yeay! Buku Mama Dil dah sampai. Tqvm Mama Dil bagi beg dan juga tuala. Buku ni baru berapa hari je dilancarkan. Jadi saya ambil peluang nak dapatkan juga untuk naskah peribadi.

Anda semua kenal siapa Puan Dila Mubarak ni? Dia merupakan pengasas produk Mama Dil. Seorang yang telah berjaya. Daripada hanya seorang suri rumah biasa-biasa beliau berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya. Alhamdulillah sangat 'inspired' dengan kejayaan beliau.

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai kejayaan beliau. Bolehlah ikuti Fb beliau atau dapatkan buku Mama Dil.

Ok, tak sabar nak baca dah ni. Semoga kita semua terinspirasi dengan kejayaan insan-insan yang telah berjaya. Bak pesanan Puan Dila di buku yang eksklusif ditandatanganinya' "Never Give Up Allah Sentiasa Ada!". InshaAllah semua boleh berjaya kalau kita berusaha dan tidak berputus asa.

Ok sampai sini dulu, jumpa lagi di lain entri inshaAllah =)

Salam sayang,
Ummi Nazihah 

No comments:

Post a Comment