CABARAN 1 HARI 1 ENTRI - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 23 December 2016

CABARAN 1 HARI 1 ENTRI


Assalamualaikum. Hai. Alhamdulillah baru berkesempatan untuk update blog hari ni. Ok seperti tajuk post kali ni, 'CABARAN 1 HARI 1 ENTRI' (Hihihi) =)

Ok secara jujurnya saya bukanlah seorang yang suka menulis dan menonjol di media sosial. Kalau tengok FB saya pun, akaun saya lebih banyak share info dengan cara share info dari FB orang lain yang saya rasa bermanfaat dan sesuai untuk dijadikan rujukan. 

Saya bukanlah seorang yang suka meluahkan rasa di media sosial. Tak selesa untuk berkongsi kisah kehidupan bersama khalayak ramai. Namun disebabkan saya memilih untuk bekerja dari rumah secara online. 

Saya rasa  sudah tiba masanya saya tonjolkan diri untuk sahabat atau pelanggan dan juga bakal pelanggan kenali serba sedikit mengenai diri saya kan? Orang kata 'personal branding' gitu.  

Memandangkan sekarang pun ramai 'scammers' yang mengambil kesempatan. Jadi untuk mewujudkan 'trust' bakal pelanggan, saya perlu tunjuk yang saya memang betul-betul wujud.

Salah seorang yang menjadi sumber inspirasi saya iaitu Puan Khairunnisa Hamzah pernah cakap kadang-kadang kita tak tahu, dengan cara menonjolkan diri mungkin kadang-kadang ia membawa kepada tuah. Tuah yang kita tidak tahu apa di hadapan sana. Kalau ada niat yang tertentu, malu tu tak akan pernah diheran. Niatkan untuk membantu dan menyampaikan sesuatu pada yang lain pula.

Melihat kepada kejayaan beliau, sangat terinspirasi, jadi saya rasa dah sampai masa saya keluar dari 'comfort zone'. Biarpun masih merangkak-rangkak untuk menulis. Tapi inshaAllah siapa tahu 5 tahun akan datang kan? Hihihi... tak salah berangan-angan dulu. Angan-angan tu kan percuma =)

Jadi sebagai permulaan, tugasan atau cabarannya ialah sekurang-kurangnya 1 hari 1 entri inshaAllah. Tolong doakan ye saya terus diberi ilham untuk berkongsi dan istiqamah menulis.

Ok, sampai sini dulu. Jumpa lagi di lain entri inshaAllah. Assalamualaikum.

Salam sayang,
Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment