Didik Anak Connect dengan Allah! - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Sunday, 25 December 2016

Didik Anak Connect dengan Allah!

"Mama, siapa Allah? Kenapa mama cakap kita kena selalu sayang Allah? Allah itu keluarga kita ke?"

Sebagai ibu bapa, apakah jawapan yang terbaik perlu diberikan si kecil ini supaya rasa cinta pada Ilahi bukan setakat di bibir sahaja tapi jiwa dan nuraninya juga penuh dengan rasa cinta pada Ilahi?


Tetapi sebelum menyemai benih cinta ini pada anak-anak. ibu bapa perlu bersedia dan menyiapkan diri dengan dua perkara.

1. Ilmu - ini kerana penerimaan anak bukan sahaja berbeza, malahan adakalanya apa yang ibubapa sampaikan tidak terjangkau oleh pemikiran anak.

2. Contoh - perlu bersedia menjadi model dan duta terbaik kepada anak untuk mengenalkan Allah.

Ingin tahu lebih lanjut bagaimana untuk menggunakan intereaksi sehari-hari kita kepada sesuatu yang sentiasa mengaitkan dengan Allah?

Buku ini sangat banyak dialog penulis dengan anaknya yang sekaligus memberikan kita idea tips bagaimana untuk membantu anak Connect dengan Allah.Ia menghimpunkan kisah pengalaman sebenar penulis 'memperkenalkan' Allah kepada anak-anaknya sehingga mereka benar-benar bergantung dan beriman kepada-Nya.

Ia membantu ibu bapa mengajak anak-anak benar-benar berhubung dengan Allah. Bukan sekadar teori, tetapi dilengkapkan juga dengan tips praktikal daripada pengalaman penulis sendiri.

Jadi, mereka bukan sekadar belajar di dalam kelas pendidikan Islam sahaja, tetapi dalam kehidupan seharian, mereka sentiasa belajar mengenal Allah.

Cara membantu menguatkan kepercayaan anak kepada Allah dalam buku ini, amat penting untuk kita selami. Ini kerana mengenal Allah ini bukan sekadar menghafal sifat Allah, menghafal rukun iman sahaja.

Tetapi ia adalah satu yang harus di muhasabahkan dan dikaitkan dengan kehidupan sehari-harian agar kita dan anak-anak semakin faham dan menjiwainya.

Buku ini adalah buku best seller kami.











Dapatkan segera buku Didik Anak Connect dengan Allah!

Harga buku RM30 SM / RM33 SS

Untuk tempahan :-
1. Screen shot gambar produk
2. Nyatakan kuantiti dan
3. WhatsApp 018 467 3225

No comments:

Post a Comment