Idea hias ruang conteng anak - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Saturday, 31 December 2016

Idea hias ruang conteng anak

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Google / Pinterest

Assalamualaikum. Nak tanya sikit ni. Rumah anda ada kesan contengan anak-anak tak kat dinding? Haaa... Umar pun pernah conteng dinding dan pintu bilik. Conteng dengan pen marker merah lagi.

Tapi umminya maintain cool ok. Ummi memang cuba maintain cool dengan Umar, sebab ummi nak Umar membesar dengan suasana yang positif. Screaming free parenting gitu approachnya. Semoga istiqamah la wahai ummi.

Ok sebenarnya bukan apa, ummi tak marah sebab bila anak-anak menconteng mereka sebenarnya sedang mengasah bakat dan juga kreativiti. Kanak-kanak usia dua hingga tiga tahun memang suka menconteng. Pantang jumpa pen, pensel, pensel warna, mula la dia nak menulis dan melukis.

Kita sebagai ibu yang bijak jangan la pula pergi sergah atau halang anak-anak menconteng ye. Sebaliknya kita galakkan anak-anak menconteng atas white / black board wallpaper.

White / black board wallpaper ni boleh ditampal kat mana-mana permukaan yang rata. Jadi anda boleh la tampal kat tempat yang mereka suka conteng.

Jadikan sudut atau ruang khas untuk mereka berimaginasi dan mengasah bakat, mana tahu rupanya anak kita ni bakal pelukis terkenal. Haaa... rezeki tu.

Anda pun tak perlu la nak susah-susah sental dinding. Anak-anak boleh mengasah bakat kat white / black board wallpaper ni. Lepas dah siap anda boleh la simpan hasil lukisan mereka tu untuk dijadikan kenangan. 

Teringat pula masa kami kecil dulu, mak saya memang sediakan fail khas untuk simpan hasil lukisan kami. Ye la, satu hari nanti kita mesti akan rindukan momen ni kan.

Anak tak selamanya kecil. Semuanya akan menjadi kenangan terindah suatu hari nanti. Jadi hargailah momen ini.

Ok, jom jamu mata dulu. Mana tahu boleh dapat idea untuk hias nanti. 


















Ok, sehingga berjumpa lagi di lain entri ye.

Salam sayang,
Ummi Nazihah



No comments:

Post a Comment