Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 1) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Monday, 19 December 2016

Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 1)

Assalamualaikum semua sahabat blogger yang beriman. Apa khabar? Semoga sentiasa sihat dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Ok hari ni saya nak kongsikan sedikit penulisan hasil pembacaan mengenai hasil kajian kesan memarahi anak-anak.




Alhamdulillah kali pertama saya mendengar mengenai kajian ini ialah ketika menghadiri salah satu seminar parenting yang dikendalikan oleh Puan Nazrah pada tahun 2015. Seminar itu merupakan seminar keibubapaan pertama yang saya dan suami sertai. Umar pun ikut tau masa tu.

Sebagai ibu bapa, anda tahu atau pernah dengar tak di dalam setiap kepala seorang anak terdapat lebih dari 10 bilion sel otak yang tumbuh?

Anda tahu tak dengan hanya satu bentakan atau makian mampu membunuh lebih dari 1 juta sel otak pada waktu itu. Ya Allah alangkah bagusnya kalau semua ibubapa tahu pasal ni kan?

Malah dengan satu cubitan atau pukulan mampu membunuh lebih dari 10 juta sel otak pada waktu itu juga. Astaghfirullah.. minta-minta kita semua mampu bersabar dengan karenah anak syurga semua. Sebaliknya, satu pujian atau pelukan akan membangun kecerdasan lebih dari 10 bilion sel otak pada waktu itu juga.

Haaa dahsyat kan? Kalau kita ibu bapa yang tak ada ilmu dan kesedaran. Nampak tak implikasi tindakan kita sama ada sengaja atau tak sengaja kat anak-anak?

Memang tak dinafikan kita manusia biasa ada mase emosi kita tak stabil, kita penat, stress dengan kehidupan seharian. Tapi kalau kita berilmu inshaAllah setiap tindakan kita masih terkawal kan? Jadi cari dan galilah ilmu keibubapaan sebanyak mungkin semoga kita semua menjadi ibubapa yang prihatin inshaAllah.

Kita mungkin bukan ibu bapa yang terbaik tetapi kita cuba jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak tersayang inshaAllah.

Ok sampai sini dulu, inshaAllah saya akan sambung lagi dengan kupasan seterusnya inshaAllah.

Sahabat bloggers semua tolong doakan saya dan bayi dalam kandungan sihat ye. Alhamdulillah kandungan dah memasuki minggu yang ke 30. Sekejap je rasa, semoga segalanya dipermudahkan sehingga ke proses kelahiran inshaAllah.

Ok jumpa lagi di entri seterusnya inshaAllah.

Salam sayang,

Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment