Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 2) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 20 December 2016

Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 2)

Assalamualaikum bloggers budiman. Apa khabar semua? Semoga semuanya sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Terlebih dahulu, terima kasih sudi singgah ke blog saya. Ok, seperti yang dijanjikan hari ni saya akan sambung lagi penulisan mengenai kesan buruk menengking dan memarahi anak.


Pada post yang lepas, saya ada berkongsi mengenai kesan akibat menengking dan memarahi anak. Seperti yang kita tahu, hasil daripada beberapa artikel dan penelitian ada menyebutkan bahawa, satu bentakan boleh merosakkan berjuta sel-sel otak anak kita.

Jadi di dalam post yang ini pula saya akan kongsikan kajian yang telah dilakukan oleh salah seorang ibu yang bernama Lise Gliot. Beliau telah melakukan kajian sendiri keatas anaknya. Puan Nazrah juga telah berkongsi dengan kami hasil kajian ini semasa kami menghadiri seminar beliau. Alhamdulillah. Beruntung rasanya bila mengetahui hal ini ketika anak kami masih kecil.

Lise Gliot mendapati bahawa anak kecil yang masih dalam pertumbuhan otaknya iaitu pada masa ‘golden age’ atau  pada usia 2-3 tahun pertama (red), suara keras dan membentak yang keluar dari ibu bapa dapat menggugurkan sel otak yang sedang tumbuh. Astaghfirullah.. Semoga kita dapat bersabar dalam membesarkan dan mendidik anak-anak tersayang tanpa marah-marah.

Sebaliknya kajian menunjukkan ketika ibu memberikan belaian lembut sambil menyusukan anaknya, rangkaian otak terbentuk indah. MashaAllah hebatkan? Jadi ibu-ibu semua rajin-rajin la belai, peluk dan cium anak-anak tersayang ye. Banyak manfaatnya untuk si anak.

Selain itu, Lise Gliot juga telah melakukan penelitian sendiri pada anaknya dengan memasang kabel perakam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer. Apa yang lebih menakjubkan ialah beliau dapat lihat sendiri setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya.

Hasilnya sangat luar biasa. Beliau dapat lihat ketika beliau menyusukan anaknya, terbentuk rangkaian indah. Namun sewaktu dia terkejut dan sedikit bersuara keras pada anaknya, rangkaian otak yang indah menggelembung seperti balon pecah dan terjadi perubahan warna. MasyaAllah Ini baru teriakan kan? Belum cubitan atau pukulan lagi.

Cuba kita bayangkan macam mana perkembangan emosi anak-anak yang dibesarkan dengan suasana yang negatif? Penderaan emosi dan juga penderaan fizikal. Bayangkan macam mana dengan perkembangan anak yang didera?

Jadi jelaskan pengaruh marah terhadap anak sangat mempengaruhi perkembangan otak anak. Sebagai ibu bapa kita kena banyak bersabar dan sentiasa ingat jika kita marah secara tidak terkawal, ia mungkin akan mengganggu perkembangan otak anak itu sendiri. Maka sebagai ibu bapa kita harus berhati-hati dalam memarahi anak. Pilihlah pendekatan yang terbaik. Nabi Muhammad SAW pun ada memberi garis panduan bagaimana untuk kita layani anak-anak mengikut usia mereka.

Ok. Jadi banyak-banyak la kita renung dan muhasabah diri. Macam mana kita melayani anak-anak sebelum ni? Mungkin juga kita pernah dibesarkan dengan suasana yang negatif ketika kita masih kecil. Mungkin ibubapa kita ketika itu masih belum cakna mengenai pentingnya ilmu keibupaan. 

Namun, masih belum terlambat untuk kita berubah. Cari ilmu keibubapaan sebanyak mungkin semoga dengan ilmu yang kita ada, kita dapat membesarkan zuriat amanah Allah SWT ini dengan lebih baik inshaAllah.

Secara jujurnya saya bersyukur sangat diberi kesempatan menghadiri seminar yang dianjurkan oleh Puan Nazrah dan dapat info ini sejak Umar kecil lagi. Jadi dapatlah saya ingatkan diri sentiasa bila rasa diri dah mula nak hilang sabar.

Ok sampai sini dulu, inshaAllah saya akan sambung lagi sedikit penulisan mengenai kesan menengking dan memarahi anak yang akan memberi kesan kepada organ penting anak.

Sehingga berjumpa lagi di lain entri inshaAllah. Ingat, kita bukan ibu bapa yang terbaik tapi kita berusaha untuk menjadi ibu bapa yang tebaik untuk anak-anak tersayang inshaAllah.

Salam sayang,

Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment