Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 3) - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 22 December 2016

Kesan menengking dan memarahi anak, berjuta sel otak anak rosak? (Bahagian 3)

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Apa khabar semua? Harapnya semua sentiasa sihat dan dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.  Terima kasih sudi singgah ke blog saya. InshaAllah hari ni saya akan sambung lagi kupasan mengenai kesan menengking dan memarahi anak.




Dalam post yang sebelum ni saya ada kongsikan mengenai kesan buruk yang akan merosakkan berjuta sel-sel otak anak kita. Namun bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan fungsi organ penting akan terganggu seperti hati, jantung dan lain-lain.

Seperti yang kita tahu, teriakan dan bentakan akan menghasilkan gelombang suara. Yang ni kita semua memang tahu kan? Saya yakin hampir semua orang tahu mengenainya. Yang masih belum kita tahu ialah, bentakan yang disertai emosi seperti marah akan menghasilkan suatu gelombang baru.

Emosi negatif seperti marah mempunyai gelombang khas yang merupakan gelombang yang dipancarkan dari otak dan gelombang ini dapat bergabung dengan gelombang suara orang yang menjerit. Jadi, gabungan gelombang suara dan gelombang emosi marah ini menghasilkan gelombang ketiga dengan kesan yang khusus. Fuhh.. berbelit-belit nak fahamkan kan?

Ok apa pulak kesan gelombang ketiga ni? Nak tahu jom teruskan pembacaan.

Kesan dari gelombang ketiga ini adalah sifat destruktif (memusnahkan) terhadap sel-sel otak orang yang dituju. Dengan hanya satu kali bentakan saja, sejumlah sel-sel otak orang yang dijadikan target akan mengalami kerosakan, sama ada dia mendengar suara atau pun tidak. Nampakkan betapa besar kesan menjerit, menengking, bentakan dan sebagainya. Cuba bayangkan kesannya kepada anak kecil.

Kesan kerosakan pada sel-sel otak akan lebih besar pada anak-anak yang dijadikan sasaran bentakan. Remaja dan orang dewasa yang menerima bentakan juga boleh mengalami kerosakan pada sel-sel otak namun kesan yang dialami tidaklah sebesar anak-anak, tetapi kerosakan tetap boleh terjadi.

MashaAllah cuba bayangkan kalau kita sentiasa berada dalam suasana yang selalu dikelilingi oleh orang yang suka marah-marah atau keluarga yang bermasalah yang sering bergaduh, majikan yang suka marah di tempat kerja. Mohon dihindarkan dari aura-aura negatif semua ni inshaAllah. Aamiin.

Selain itu kan, bentakan dan marah yang keterlaluan juga akan meninggalkan kesan jangka panjang dalam diri individu. Ini dapat dilihat pada orang-orang yang sering mengalami bentakan di masa lalunya. Mereka akan lebih banyak mengelamun serta lambat dalam memahami sesuatu.

Orang-orang ini biasanya mudah menunjukkan emosi negatif seperti marah, panik atau sedih. Mereka seringkali mengalami stress sehingga terjadinya tekanan dalam hidup, kerana kesulitan memahami masalah yang mereka hadapi. Semuanya terjadi akibat dari sel-sel otaknya yang kurang aktif  dari yang sepatutnya.

Nampakkan kesan buruk yang dialami mangsa akan dibawa mangsa seumur hidupnya jika tidak dirawat emosi mereka. Mangsa mungkin akan menjadi insan yang kurang keyakinan diri, rasa tak dihargai, pemendam rasa, susah untuk meluahkan rasa, diri mereka mudah memberontak dan macam-macam lagi yang negatif.

Kalau kita pernah melaluinya, adakah kita nak anak kita alami benda yang sama seumur hidupnya? InshaAllah masih belum terlambat untuk lakukan perubahan. Ingat kita bukan hanya mencorak kehidupan atau masa depan anak kita, tapi generasi kita.

Ok, inshaAllah dalam post yang akan datang saya akan buat rumusan atau kesimpulan mengenai topik ini.

Sampai sini dulu, nak siap untuk temujanji di klinik kesihatan petang ni. InshaAllah kita jumpa lagi di entri seterusnya. Assalamualaikum.

Salam sayang,

Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment