Renungan bersama... - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Monday, 19 December 2016

Renungan bersama...

Assalamualaikum semua

Malam ni saya nak tulis sesuatu yang nampak kecil tapi penting untuk kita renungkan. Jom sama-sama kita renungkan.

Nak tahu masa depan atau zaman anak-anak kita.

Tengok drama yang disajikan di media massa kini.

Kenapa? Kerana disitu juga kehidupan kita bermula.

Adegan bercinta, bersentuhan, berpelukkan di antara bukan muhrim.

Pergaulan bebas remaja.

Masalah sosial.

Mak mertua menjerit ke menantu.

Menantu menjerit ke mertua.

Herdik tengking mainan hidup.

Skandal suami dan isteri orang.

Skandal di tempat kerja.

Suami / isteri curang.

Dan macam-macam lagi...

Drama juga memberi impak besar dalam diri dan kehidupan seharian kita.

Takut tak? Takutkan...

Jadi pilihlah apa yang nak dipertontonkan pada zuriat kita.

Sama-sama lah kita pelihara keluarga dan keturunan kita. Semoga Allah SWT pelihara dan lindungi kita semua inshaAllah. Aamiin..

Salam sayang,
Nazihah Zulkifli

No comments:

Post a Comment