Semangat Tahun Baru 2017 - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Saturday, 31 December 2016

Semangat Tahun Baru 2017

Assalamualaikum semua. Tengah buat apa tu? Lagi berapa jam je kita dah nak masuk tahun baru ni. Anda buat apa hari terakhir tahun 2016?

Saya buat kerja sambil baca buku Puan Dila Mubarak. Bagi semangat sikit nak masuk tahun baru kan.

Hari ni 'me time' saya, Umar ikut abi (suami saya) pergi jalan. Quality time untuk mereka berdua la. Quality time untuk saya juga berehat dan memanjakan diri. Encik suami mula mengambil alih untuk lebih rapat dengan Umar, best friend gitu =)

Ye la tak lama lagi Umar dah nak dapat adik kan. Jadi untuk elak culture shock untuk dia menerima kehadiran orang baru dalam hidup dia. Abi lah insan yang paling sesuai untuk ada bersama Umar temani dia bila saya melahirkan dan berpantang nanti. Tumpuan saya kepada Umar dah tak boleh 100% macam sekarang. So Encik Suami yang perlu memainkan peranan. Terima kasih Encik Suami. Love u!

Ok memandangkan esok tahun baru, saya tertarik untuk berkongsi gambar kat bawah ni =)

1 tahun kita ada 365 peluang.

Jadi jangan putus asa dan teruskan berusaha. Satu peluang terlepas, kita usahakan lagi. 

Kita sentiasa ada peluang, yang penting never give up =)

Ok saya nak ambil kesempatan ni nak ucapkan selamat tahun baru untuk semua bloggers yang sudi singgah blog saya walau di mana anda berada.

Semoga kita menjadi insan lebih hebat dan berjaya di dunia dan akhirat inshaAllah aamiin.

Opps sebelum tu, dalam 365 peluang tu... Jangan lupa peluang untuk memulakan simpanan emas ye. Tak banyak pun tak apa. Mulakan 1 gram 1 bulan bersamaan dengan anggaran tabungan RM6 / hari.

Nak mula simpan emas, jangan lupa hubungi saya sebagai introducer anda ye hihihi...

Jumpa lagi di lain entri inshaAllah.

Salam sayang,

Ummi Nazihah
Authorised Public Gold Dealer
PG044627  

No comments:

Post a Comment