Seminar Emas PG - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Wednesday, 28 December 2016

Seminar Emas PG

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Alhamdulillah baru berkesempatan menulis di blog setelah 3 hari bercuti bersama keluarga.

Alhamdulillah saya berkesempatan mengikuti seminar emas Public Gold pada hari Sabtu yang lepas. Kursus ini telah diadakan di Sahabat Mumtaz Training & Consultancy pada 24 Disember 2016 (Sabtu) pukul 10.30 pg - 12.30 tengah hari.

Tiada yuran yang dikenakan kerana seminar ini percuma untuk semua yang nak belajar cara memanfaatkan emas dalam membina kekayaan. Saya tak melepaskan peluang untuk menghadiri seminar ini kerana saya juga merupakan seorang dealer Public Gold tapi belum pernah menghadiri mana-mana seminar sebelum ni, kerana komitmen kerja suatu masa dulu dan juga anak yang masih kecil (fully breastfeed) agak mencabar untuk ditinggalkan dalam jangka masa yang lama (sebenarnya diri sendiri yang tak sanggup tinggal anak kecil).


Alhamdulillah banyak ilmu yang kami perolehi semasa seminar. InshaAllah jika berkesempatan saya akan hadiri lagi seminar pada masa akan datang untuk tambah ilmu tentang emas. Nanti bolehlah saya tulis entri-entri yang bermanfaat mengenai ilmu emas. Doakan ye =)


Kalau anda nak tahu Tuan Mohd Zulkifli Shafie ni terkenal tau melalui perkongsian beliau tentang ilmu emas dan kewangan. Beliau ada terbitkan buku yang bertajuk 'Zero Hutang' sebelum ni. 



Saya dah memiliki buku ni dan alhamdulillah dah habis baca pun. Jadi saya pun ambil peluang untuk dapatkan tandatangan eksklusif daripada penulis =)

Ok nanti saya upload gambar yang telah ditandatangani beliau ye. InshaAllah.

Ok sampai sini dulu, jumpa lagi di lain entri ye.

Salam sayang,
Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment