Seminar Parenting - Bengkel Anak Mukmin - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Wednesday, 21 December 2016

Seminar Parenting - Bengkel Anak Mukmin

Assalamualaikum semua. Ok dalam beberapa post yang lepas saya ada sebut mengenai bengkel keibubapaan yang saya hadiri bersama suami dan Umar. Bengkel ini yang dikendalikan oleh Puan Nazrah Abdul Aziz.


InshaAllah jika berkesempatan, saya akan tulis post yang lebih terperinci mengenai bengkel tersebut.

Apa perincian bengkel? Mesti mommies semua nak tau kan? Ok, saya senaraikan secara ringkas apa perincian bengkel.

Semasa di bengkel tersebut, kami para peserta diterangkan mengenai :-

- Mengapa perlu merangsang otak anak?

- Apakah kepentingannya?

- Bila otak anak boleh mula dirangsang?

- Di mana tempat yang sesuai?

- Siapa yang boleh melakukannya?

- Bagaimana caranya?

- Apakah yang akan dipelajari?


Selain itu, kami juga diterangkan mengenai beberapa aktiviti yang sesuai dilakukan untuk anak-anak. Demonstrasi dan latihan praktikal juga dilakukan. Antaranya ialah;

- Teknik urutan bayi

- Aktiviti rangsangan deria

- Aktiviti rangsangan kemahiran motor halus (fine motor skill)

- Aktiviti rangsangan kemahiran motor kasar (gross motor skill)

- Aktiviti vestibular untuk daya keseimbangan

- Aktiviti fizikal di dalam dan luar rumah

- Aktiviti fizikal yang praktikal dan mudah untuk dilakukan

Ok setakat ini dulu ye. Ada masa saya ulas dengan lebih lanjut lagi perkongsian seminar tersebut. InshaAllah. Tolongkan doa kan ye =)

Jumpa lagi di entri seterusnya.

Salam sayang,
Ummi Nazihah



No comments:

Post a Comment