SIMPAN & LUPA - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Wednesday, 28 December 2016

SIMPAN & LUPA

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Google / Internet


Alhamdulillah hari ni viral di FB gambar tabungan seorang individu ni. Beliau menabung si hijau (RM5), si biru (RM1) dan juga duit syiling. Setiap orang ada cara tersendiri nak disiplinkan diri menyimpan duit. Saya dulu pun masa kerja rajin menabung RM20 (si oren) dan RM5 (si hijau).



Untuk disiplinkan diri, saya akan kenakan denda jika saya menggunakan dua duit tersebut dengan membayar 2 kali ganda nilai duit tersebut. 

Sekarang saya masih juga amalkan disiplin yang sama yang penting menabung perlu diteruskan. Betul tak?




Tapi dulu, saya tak tunggu sampai setahun untuk simpan dalam bank. Saya akan masukkan setiap bulan dalam ASB atau tukar kepada belian emas. 

Kenapa saya tak tunggu setahun?


Seperti yang kita tau bila cukup setahun, nilainya dah makin merosot. Jadi lebih baik bila cukup je sebulan, tukar je duit tu dalam bentuk emas.

Sekarang kalau kita simpan RM6 sehari, sebulan kita dah boleh dapat 1 gram emas.

Kenapa emas? InshaAllah nanti saya kongsikan lagi ya =)

Salam sayang,
Ummi Nazihah
Dealer Public Gold

No comments:

Post a Comment