Apa nak buat lepas dapat untung ASB? - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 3 January 2017

Apa nak buat lepas dapat untung ASB?


Assalamualaikum semua. Hari ni ramai yang kongsi di FB mengenai aktiviti ke pejabat pos untuk cek dividen ASB yang baru keluar. Anda dah cek? Saya pun teringin nak cek sebab dividen 2 tahun lepas pun belum cek lagi. Tapi biar la reda dulu, sekarang mesti ramai yang nak cek dividen ASB masing-masing. Tak larat rasanya nak beratur panjang. Lagi-lagi tengah hamil ni. Nak pengsan rasa berdiri lama-lama.

Apa plan anda lepas dapat dividen nanti? Dah ada plan nak shopping ke? Bila dapat untung, kena 'reinvest' tau. Bukan belanjakan keuntungan tu. Kalau belanjakan keuntungan tu, hakikatnya kita semakin miskin. Seperti yang Tuan Mohd Zulkifli terangkan semasa seminar yang lepas, walaupun duit kita dalam akaun nombornya kekal, hakikatnya nilainya menyusut tau.

Kalau simpan duit dalam ASB RM10,000 sejak 5 tahun lepas, tetapi setiap kali dapat dividen dihabiskan, sebenarnya kita semakin miskin, bukannya "kekal".

Walaupun nombor RM10,000 tu kekal dalam akaun kita, tapi kuasa belinya sudah jatuh. RM10,000 sekarang tak sama dengan RM10,000 pada 5 tahun lepas. Betul tak?

Jadi bila dapat dividen ASB atau Tabung Haji, 'reinvest' hasil dividen tu ataupun guna duit tu untuk beli emas. Kenapa beli emas? Supaya nilai kekayaan kita kekal dalam bentuk emas.

Harga emas 999.9 hari ni RM179/gram. Nak alihkan keuntungan dalam bentuk emas fizikal? Boleh hubungi saya. 

Salam sayang,

Ummi Nazihah
Authorised Public Gold Dealer
PG044627  
+6018 467 3225

No comments:

Post a Comment