Beringat jika sayangkan anak anda ! - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 3 January 2017

Beringat jika sayangkan anak anda !

Teks      : Nazihah Zulkifli
Gambar : Google 

 
Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya semua sihat walafiat. Alhamdulillah hari ramai yang dah mula bekerja dan tak kurang juga ramai yang mula menghantar anak ke sekolah. News feed FB pun penuh dengan ibu bapa yang berkongsi gambar anak masing-masing memulakan alam tadika atau persekolahan. Mesti teruja kan tengok aksi si comel.

Tapi kena sentiasa beringat ye! Dalam keterujaan kita berkongsi gambar anak-anak, tanpa kita sedar kita dah dedahkan mereka kepada bahaya.

Kenapa saya cakap macam tu? Kena beringat dalam list friend FB kita tu memang kita pasti ke semuanya kita kenal?

Kita kena sentiasa beringat. Kita tak tahu siapa yang sedang memerhati. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Bahaya tau !

Kalau ada kawan-kawan yang bertanya soalan di komen, contohnya anak sekolah kat mana dan lain-lain lagi. Seboleh-bolehnya elakkan jawab di public yang membolehkan semua orang baca dan secara tak langsung mendedahkan lokasi anak-anak kita.

Jadilah ibubapa yg bijak dan prihatin ya !

Ok saya ambil kesempatan ni untuk ucapkan selamat mengutip ilmu baru anak-anak bijak! =)
 
Ok jumpa lagi di entri seterusnya inshaAllah.
 
Salam sayang,
Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment