Kenapa blog masih relevan? - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 5 January 2017

Kenapa blog masih relevan?

Assalamualaikum semua. Ok hari ni saya nak kongsikan kenapa blog masih relevan untuk kita menjual. Ada yang nak tau? Ada yang berminat nak belajar buat blog?

Kenapa blog masih relevan?

Kerana selagi adanya talian internet, selagi itulah blog anda akan wujud.  Walaupun mungkin anda dah lama tak update, tetap akan ada carian sekiranya blog anda ada maklumat yang diperlukan.

Seperti yang kita tahu blog tak ada algorithma seperti FB dan Instagram. Algorithma FB dan Instagram selalu berubah-ubah. Jadi nampakkan yang blog tak akan terjejas melainkanlah kalau owner FB dan instagram beli Google juga satu hari nanti.  

Oleh itu untuk peniaga online, saya sarankan anda WAJIB ada blog. Saya ulangi anda WAJIB ada blog. Sekiranya satu hari nanti FB atau instagram terhapus, macam mana bisnes anda? Ingat lagi Friendster? Friendster kan dah berkubur.

Untuk pengetahuan anda, masih ada lagi golongan yang tidak celik FB / Instagram / Twitter. Contohnya saya la. Hihihi. Masa saya kerja dulu manalah ada masa nak buka Fb dan instagram ni. Tak tau pun ada orang berniaga kat FB dan instagram. Kawan-kawan semua dikalangan orang yang 'makan gaji' jadi kat wall atau news feed tak ada yang menjual. 

Jadi sebenarnya masih ada orang yang tak celik FB dan instagram untuk membeli. Mereka ini masih lagi menggunakan khidmat 'Google' untuk membuat carian produk / servis.  Blog adalah sasaran utama mereka. Nampak tak peluang kat situ?

Jadi jom belajar macam mana nak buat blog. Kita mulakan dari langkah asas sehingga terbinanya sebuah blog yang berfokus. Pendaftaran untuk ambilan Januari 2017 dah dibuka. Terhad untuk 10 orang sahaja tau.

Berminat? Daftar segera!

------------------------------------------------------------------------------------------

Panggilan buat suri

Kelas Asas BLOG BISNES? 
 
Sesi Januari 10.1.2017 hingga 30.1.2017

Latihan penulisan 44 entri selama 20 hari.
Terbuka untuk 10 tempat EKSKLUSIF sahaja.
 

Kelas adalah secara ONLINE.



Sila email : pnnazihahzulkifli@gmail.com atau SMS/WatsApp : 018-4673225 untuk maklumat lanjut.


No comments:

Post a Comment