Menulis biar sampai jadi ladang akhirat - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Sunday, 1 January 2017

Menulis biar sampai jadi ladang akhirat



Alang-alang menulis biar sampai jadi ladang akhirat InshaAllah.

Menulislah perkara yang baik-baik moga kebaikan diterima.

Menulis dan berkongsi pengalaman bermanfaat agar dapat disebar lebih luas.

Menulis dan berkongsilah ilmu agar ia berterusan walaupun kita telah tiada.

Menulis dan berkongsi pengalaman, kemahiran semoga ia mampu menjadi tali air berterusan walaupun kita telah pergi ke negeri yang abadi.

Menulis dengan ikhlas semoga ia sampai pada khalayak yang mampu menggunakannya untuk kebaikan.

Jangan pernah penat untuk menulis. Tulis dan terus menulis.

Moga jadi perkongsian yang bermanfaat, dakwah dan juga perjuangan, walaupun kita hanya seorang surirumah.

Gunakan kemudahan yang ada sebagai ladang tuaian kita di sana nanti. InsyaAllah. Aamiin...

Salam sayang,
Ummi Nazihah
Suri Saudagar Emas

No comments:

Post a Comment