Tips motivasi untuk suri rumah - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Sunday, 1 January 2017

Tips motivasi untuk suri rumah

Assalamualaikum semua. Memandangkan esok kita semua akan memulakan rutin harian kita. Ada yang bekerja, ada yang bekerja dari rumah dan juga ada suri rumah sepenuh masa.

Walaupun apa status anda, ada perlu anda rancangan harian, mingguan, bulanan dan juga tahunan. Baru jelas matlamat anda kan. Apa yang nak dicapai untuk jangka masa pendek dan juga panjang inshaAllah.

Memandangkan saya seorang WAHM, saya akan kongsikan tips motivasi untuk suri rumah. Semoga urusan harian kita lebih mudah disamping suami dan anak-anak.

 

Berikut merupakan antara tips motivasi untuk suri rumah;
1. Tetapkan sasaran kerja harian, sama ada kerja rumahtangga, urusan anak-
    anak, urusan diri sendiri. Agihkan urusan kerja mengikut jadual kerja empat 
    tempoh.

2. Jadual kerja empat tempoh ialah agihan 6 jam untuk setiap tahap. 
    Maksudnya ada empat tahap dalam kalender masa 24 jam sehari. Tentukan 
    bermula bangun pagi hingga anda selesai untuk hari tersebut.
    (6 jam X 4 tempoh).

3. Pastikan anda membuat senarai kerja dan setiapnya seimbang untuk 
    diselesaikan setiap hari.

4.  Agihan kerja berdasarkan keperluan segera, tidak segera dan boleh 
    ditangguh. Anda tentukan mengikut keutamaan.

5.  Pastikan anda pandai mencuri masa rehat untuk diri sendiri. Ni sangat 
     penting untuk suri rumah. Sebab anda bukan robot.

6. Jangan mudah stress melihat rumah berselerak dan anak-anak minta 
    perhatian serentak. Tarik nafas buat senarai, atau segera buat satu persatu.

7. Kadangkala apabila terlalu penat, tangguhkan dulu, rehat seketika dan 
    kembali semula dengan rutin sibuk.

8. Anda perlu tahu setakat mana kemampuan dan sasaran mahu dicapai. Perlu 
    realistik.

9. Apabila terlalu penat, berkongsi dengan suami, mintalah bantuan terutama 
   hari minggu. Mohon cuti menguruskan anak-anak. Biar suami sahaja yang 
   uruskan.

10.  Antara zikir yang disarankan oleh Rasulullah SAW kepada puteri
      baginda, Fatimah RA yang mengadu penat menguruskan rumahtangga.     
      Subhanallah, Alhamdulillah,  Allahuakbar, ketika mahu tidur. Zikir ini juga 
      dikenali sebagai Zikir Fatimah. Hilang segala kepenatan seharian dengan 
      limpahan kasih sayang Allah SWT.


Nak tahu lebih lanjut? Baca naskah Ebook Super WAHM Super Mom untuk dapat lebih banyak tips.

Harga RM30


Jom dapatkan hari ini!

Untuk sebarang tempahan, boleh isi borang online di tab atas dengan button tap "BORANG TEMPAHAN" atau klik di sini

Salam sayang,
Ummi Nazihah

No comments:

Post a Comment