KENALI IBU ROSE ❤️ - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Thursday, 30 November 2017

KENALI IBU ROSE ❤️

Mungkin ada antara anda di sini yang masih belum kenali siapa Ibu Rose ni. Sebab mungkin follow page Ibu sebab ternampak kawan fb share di wall mereka, kawan asyik sebut nama Ibu Rose, atau pernah nampak Ibu di kaca tv atau dengar Ibu di corong radio.



Siapa Ibu Rose ni ek? Yang orang dok sebut-sebut tu. Masih belum terlambat nak kenal Ibu lebih dekat.. Jom sambung baca

Ibu Rose adalah Family & Love Guru yang telah berkecimpung di dalam bidang Pembangunan Modal Insan dan pendidikan melebihi 27 tahun. 


Pengalaman beliau yang luas mendidik ribuan peserta daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang, menjadikan beliau seorang penceramah yang sangat berpengalaman dan bijak. 


Ditambah pula dengan kemahiran beliau menggunakan teknologi terkini di dalam komunikasi berkesan seperti Accelerated Learning, Subliminal Dynamic, Neuro-Linguistic programming, Sains Minda dan Sains Tenaga menjadikan program-program kendalian beliau ceria, amat berkesan, dinamik dan kaya ilmu.

Selain itu beliau banyak mengendalikan program bercorak pembentukan kecemerlangan diri bagi korporat. antara organisasi tersebut adalah, IJN, ARB, ESSO, SHELL, SIME DARBY, PUSPAKOM, SIME SEMCORP, PETRONAS, TELEKOM, TNB, BERNAS, PERODUA, PROTON JABATAN PEMBANGUNAN WANITA dan banyak lagi.

Ibu Rose merupakan Trainer Neuro Semantic-NLP yang Bertauliah. Beliau juga seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang ‘Pembangunan Modal Insan’ (Human Capital Development).

Beliau bukan sahaja seorang jurulatih yang dinamik dan berdaya tinggi tetapi juga berpengalaman serta mempunyai ilmu yang luas di dalam bidang ini.

Oleh itu beliau sering muncul di ruangan temubual samada di media cetak mahupun media elektronik seperti TV Al Hijrah, RTM, Radio IKIM, ASTRO, TV3, Utusan, Harian Metro, Mingguan Wanita dan banyak lagi.




Pendekatan unik beliau serta mesej yang dikongsikan membolehkan beliau memberi impak yang besar kepada golongan korporat, ibu bapa, para pelajar dan juga pelbagai golongan yang lain baik di dalam kursus, seminar mahupun penulisan beliau. 

Penulis buku ‘A Love World, Raising Happy Kids’ dan ‘Aku Layak Berjaya’ ini berpegang dengan prinsip bahawa ‘Kasih adalah Pendorong Terkuat’ dan ini menjadi pendorong utama beliau mengajak setiap insan untuk mengatakan ‘Saya Membawa Perbezaan Ke Dunia Ini’.


Tak kenal maka tak cinta. Makanya kita tahu Ibu bukan calang-calang orangnya dan kita bertuah sebab kita masih dapat sentuhan langsung Ibu Rose di sini kan?

Jadi, ajak kawan-kawan di luar sana untuk follow Ibu Rose di page Ibu Rose - Mesejnya Kasih ini dan bantu perjuangan dan misi Ibu untuk sebarkan kasih sayang di seluruh dunia. Mudahan kita juga mendapat manfaatnya bersama, InshaAllah :)


Team Ibu Rose
Kredit : Shahirah

No comments:

Post a Comment