Pages

Friday, 16 February 2018

Happy Holiday


Selamat bercuti semua. Ada yang ambil peluang balik bercuti ke kampung halaman?
Hati-hati di jalanraya ye untuk yang balik ke kampung halaman. Ingat orang yang tersayang hokay!

Wednesday, 14 February 2018

Menjemput rezeki

Islam tidak melarang umatnya membina kekayaan selagi ianya diperoleh dengan cara yang halal dan mulia.

Maka itulah, ramai para sahabat yang kaya seperti Abu Bakar As-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Abdul Rahman Bin Auf, Mush'ab Bin Umair, Uthman Bin Affan dan ramai lagi.

Selamat menjemput rezeki.

Jom dhuha :)

Catatan suri,
Kak Jiha

Motivasi pagi

Kak Jiha suka berpegang pada 3 Kunci KEJAYAAN ni.

Kata-kata ni biasa kita dengar. Tapi maybe ada yang tak pernah dengar juga. So Kak Jiha nak share kat sini untuk semua.

Pertama

❤️Man Jadda Wa Jadda iaitu Siapa yang bersungguh-sungguh dia akan berjaya

Kedua

❤️ Man Shobaro Zafiro iaitu Siapa yang bersabar akan peroleh untung

Dan ketiga

❤️ Man Saro Darbi Ala Washola  iaitu Siapa yang berjalan di jalan-Nya akan sampai.

Ok semoga hari kita hari ni lebih baik daripada semalam inshaAllah aamiin :)

Catatan Suri,
Kak Jiha

Tuesday, 13 February 2018

Salam subuh !

Apa pun impian awak, siap sediakan diri untuk mencapainya. Apa pun motif kebangkitan awak, PERCAYA yang awak akan BERJAYA.

Kalau bukan sekarang, bila?

Salam Subuh ! :)

Saturday, 3 February 2018

Azam Februari 2018

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah habis bulan Januari. Kejap je kan. Rasa cam baru je sambut new year. Betul tak?

Haaa camtu la hidup kita, kejap je dah tua :(

Hihihi ok kembali kepada tujuan asal Kak Jiha nak menulis ni. Actually mula bulan Februari ni ada satu keputusan yang besar juga Kak Jiha buat. 

Haishhh kalau awak memang follow blog Kak Jiha ni mesti awak tau kan yang Kak Jiha ni berniaga macam-macam dulu. Lompat dari satu bisnes ke satu bisnes. Bukan apa awak. Cari yang serasi dengan jiwa orang kata hahahaha.

Ok disebabkan nak FOKUS untuk buat betul-betul. Akhirnya Kak Jiha kena pilih yang mana nak diteruskan dan yang mana nak dihentikan. Walaupun bukan keputusan yang senang.

Tapi Kak Jiha yakin ni antara yang terbaik inshaAllah. Awak tolong doakan ye :)

Sebagai tanda serius untuk bisnes ni. Dari 3 account SSM, 2 dah Kak Jiha tamatkan. Tinggal 1 je yang aktif alhamdulillah.

Borang buka current account untuk bisnes pun dah submit. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Impian selama ni akhirnya termakbul. Minggu depan inshaAllah nak settle kan current account Maybank dan CIMB untuk bisnes.

Alhamdulillah. Awak yang bisnes online ada current account tak tu? ;P

Ok la nanti Kak Jiha sambung tulis lagi tau. Take care awak. Good nite :)

Love,
Kak Jiha 


Blog yang dirindui

Assalamualaikum

Hai awak. Apa khabar? Lama nya Kak Jiha tak update blog. Pheww macam-macam la yang berlaku dalam kehidupan harian ni. Memang tak menang tangan betul.

Tapi alhamdulillah inshaAllah lepas ni semakin fokus. Blog Kak Jiha pun bakal berlaku sedikit perubahan la harapnya. Hihihi.

Memang banyak sangat benda nak buat. Tapi faham-faham la kan bila dah ada 2 anak kecik umur bawah 5 tahun ni. Boleh tunggang terbalik dibuatnya. Anak-anak pun perlukan perhatian. So kite sebagai mak-mak ni kena la pandai urusan kehidupan ni.

Haaaaa.. Disebabkan itu juga Kak Jiha pilih untuk lebih fokus bisnes yang ada sistem. Sistem? Sistem apa la pulak kannn? Haaa Kak Jiha nak bina sistem supaya boleh auto pilot gittew. So takda la nak kena pegang phone 24 jam kan.

Kan mudah tuuu. So, ok la nanti bila semua dah ready Kak Jiha story kat sini ok. Stay tuned :)

Love,
Kak Jiha 
 



 

'