Azam Februari 2018 - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Saturday, 3 February 2018

Azam Februari 2018

Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah habis bulan Januari. Kejap je kan. Rasa cam baru je sambut new year. Betul tak?

Haaa camtu la hidup kita, kejap je dah tua :(

Hihihi ok kembali kepada tujuan asal Kak Jiha nak menulis ni. Actually mula bulan Februari ni ada satu keputusan yang besar juga Kak Jiha buat. 

Haishhh kalau awak memang follow blog Kak Jiha ni mesti awak tau kan yang Kak Jiha ni berniaga macam-macam dulu. Lompat dari satu bisnes ke satu bisnes. Bukan apa awak. Cari yang serasi dengan jiwa orang kata hahahaha.

Ok disebabkan nak FOKUS untuk buat betul-betul. Akhirnya Kak Jiha kena pilih yang mana nak diteruskan dan yang mana nak dihentikan. Walaupun bukan keputusan yang senang.

Tapi Kak Jiha yakin ni antara yang terbaik inshaAllah. Awak tolong doakan ye :)

Sebagai tanda serius untuk bisnes ni. Dari 3 account SSM, 2 dah Kak Jiha tamatkan. Tinggal 1 je yang aktif alhamdulillah.

Borang buka current account untuk bisnes pun dah submit. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Impian selama ni akhirnya termakbul. Minggu depan inshaAllah nak settle kan current account Maybank dan CIMB untuk bisnes.

Alhamdulillah. Awak yang bisnes online ada current account tak tu? ;P

Ok la nanti Kak Jiha sambung tulis lagi tau. Take care awak. Good nite :)

Love,
Kak Jiha 


No comments:

Post a Comment