HALATUJU BISNES - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Tuesday, 27 March 2018

HALATUJU BISNES

Assalamualaikum semua. Hai uollss. Lama nya Kak Jiha tak update blog. Actually Kak Jiha baru je balik Bengkel eUsahawan last weekend. Alhamdulillah program tu macam refreshing program. Memang cover yang basic dan sesuai untuk beginner.

So, lepas attend kursus tu kita sebagai usahawan memang kena fikir juga kemana kita nak bawa bisnes kita ni. Apakah halatuju bisnes kita? Apakah planning bisnes kita untuk tahun 2018 ni. Kannn?


Ni semua soalan-soalan "wake up call" untuk bisnes kite semua. Kalau belum fikir, boleh la ambil masa sikit untuk duduk sekejap berfikir sejenak. Kalau yang dah siap tu (sini mesti ramai otai bisnes kannn). Tahniah diucapkan.

Ini ada sedikit nota sebelum tidur untuk dibawa masuk ke dalam mimpi uollsss semua malam ni. Hihihi :)

1. Usahawan wajar tahu STRATEGI BISNES. Tahu ke mana arah tuju perniagaan. 

2. Apabila tidak tahu arah tuju, usahawan akan cuba apa sahaja yang belum tentu untuk mengukuhkan perniagaan.

3. Apabila asyik cuba itu dan ini, lari ke sana ke mari, masuk seminar setiap minggu, bagaimana usahawan mahu memimpin orang lain dalam perniagaan mereka. 

4. Tentukan halatuju perniagaan terlebih dahulu.

5. Lepas itu kayuh dan dayung lah. Dayung sampai ke seberang.


Haaa ni antara perkongsian STRATEGI BISNES daripada Dato Roslan. Semoga bermanfaat untuk semua.

Lots of luv,
Kak Jiha 

No comments:

Post a Comment