3 Tips Bisnes untuk Newbie - TIPS & PANDUAN BEKERJA DARI RUMAH (WAHM & SOHO)

Wednesday, 11 April 2018

3 Tips Bisnes untuk Newbie

Assalamualaikum uolls. Sihat ke? Alhamdulillah Kak Jiha sihat jeeee. Hopefully uools yang singgah blog Kak Jiha ni pun sihat hendaknya.

Ok hari ni Kak Jiha nak share 3 tips bisnes untuk newbie. Err ada newbie ke kat ssini?

Haaa sebelum tu thanks tau uools yang sudi singgah blog Kak Jiha ni. InshaAllah dari masa ke semasa Kak Jiha akan update blog ni. Share info-info yang bermanfaat especially untuk ibu / surirumah / atau sesapa je yang baru nak terjebak dengan bisnes online ni. Haaa so oulls rerajin la singgah blog Kak Jiha ni tau. Hiks.

So berbalik kepada 3 tips bisnes untuk newbie. Haaa sebagai newbie ni kite pepaham la sangat kannnn. Manaaaa la nak cekau modal bebanyak. kate newbie, mesti la baru bertatih dalam dunia bisnes ni. Nak-nak lagi kalau yang buat produk sendiri. Fuhhhh. Lain game nye tuhh.

So jejoms baca 3 tips bisnes untuk newbie.

#1 Mula dengan apa yang ada

Haaa uolls pernah tak atau selalu tak rasa macam nak mula jual satu-satu produk tu. Ada je rasa nak bertangguh tu datang. Ermmm mesti ada kan? kan? Rasa nak tunggu packaging cantik dulu laa, rasa nak tunggu sticker dulu laa, rasa nak tunggu kotak cun dulu laa. Tunggu itu. Tunggu ini. Memacam yang ditunggu nyeeee. Ish ish ish... Ada-ada je kannn. 

Haaa untuk nubis kubis, mehhh sini Kak Jiha nak pesan sikit. Sebab Kak Jiha dulu pun cenggitu jugak. Nak tunggu perfect dulu baaaru nak mula. Haaa almaklum la si perfeksionis, Heee.

Sebenarnya kannn bila kita duk tunggu-tunggu ni buat rugi masa je tau. Ye la kan duk tunggu itu. Tunggu ini. Last-last tak bergerak. Takde tindakan pun. Kannn dah rugi masa tu.

Produk tak jadi DUIT kalau kita tak mula menjual. Tak payah la nak jadi si perfeksionis sesangat. Jual je dulu. Lepas tu kita slowly upgrade kemudian. Bila dah maju sikit. Baaaaru la upgrade kotak dan yang lelain.

Haaaa cenggitu.


#2 Jual Produk Orang

Haaa ni yang paaaaling mudah. Orang kata play safe gittuh. Kalau dah takde modal. Buat je la Dropship. Dropship? Apa pulak binatang nye tu? Kalau uools tak tau apa tu Dropship sesila la baca entri Dropship nanti. Nanti Kak Jiha share dengan uoolls hokay.

Kak Jiha dodulu pun mula dengan jual produk orang. Sampai sekarang pun Kak Jiha masih jual produk orang. Senang sebenarnya jual produk orang ni. Uoolss dah tak payah sakit kepala fikir production, marketing untuk awareness dan lelain.

Yang penting rajin je. Rajin bagitau orang yang kita ni menjual. Rajin promote. Update Fb, Update Ig. Update la memana pun. Yang penting orang tau awak menjual. Kalau awak dah spesis PEMALAS. Iklan sehari dah harap kaya raya order masuk bertimbun. Takde orang order mula la GIVAP. Duk salahkan orang sana, salah sini. Salahkan produk.

Errr.. sorry la ye. Better awak lupakan saja la ye nak berbisnes online ni. Heee.


#3 Kena Keep Promo! Promo! Promo! 

Haaa bila dah menjual. Mesti la kena promote kan. Iklan kan produk yang uools jual. Kalau tak cam mana orang nak tau yang awak tu menjual. Haaa gittuh.

So rerajin la promote hokay. Jangan MALAS. Allergic betul Kak Jiha dengan orang yang MALAS ni. Ye la. Biasanya orang yang MALAS ni baaaanyak sangat ALASAN dia.

Ye la awak, Kak Jiha ni tak la kata Kak Jiha ni RAJIN memanjang. Malas tu datang jugak menjengah. Tapi nak buat cam mana kannn. Dah kita ni bekerja sendiri. Kena la meRAJINkan diri. Kalau tak sapa nak bagi gaji oiiii. Haaa camtu la kisahnyeee. Hiks. So rerajin promote tau sesaiyang semua.

Haaa tapi bila uolls dah promote, jangan le memanjang hardsell kat kedai online uolls tu. Orang rimas tau tak. Nanti mula la uolls tanya,"Awatlaaa orang tak beli produk aku ni? Padahal sedap tak hingat dahh. Produk kemain best tak hengat. Produk hot kotttt." 

Haaa sapa cam ni? Ngaku cepat. Heee. Cam ginila Kak Jiha rasa dulu. Tapi tu dulu la. Sebab apa? Sebab kita duk la hardsell memanjang setiap jam. Lelagi kat FB personal kita. Paaaatut laa tak laku. Meluat orang nak beli agaknya. Heee. Tapi kalau uollls menjual kat instagram. Its ok. Hardsell la ikut suka. Takda sapa nak marah aihhh.

So kalau uoools pilih berniaga di fb personal, buatla sedikit copywriting. Cerita la kebaikan produk uoolsss jual tu. Apa kelainannya? Apa keunikannya? Baru la orang dok pm bertalu-talu. Percayalah. Tak caya? Cuba la dulu.

Emmm ok la uoolls. Cukup la 3 tips bisnes untuk newbie. Apply dulu 3 tips ni. Nanti Kak Jiha tulis pepanjang ada ke yang nak baca ni oiiiii. Nak tahu lagi tak?Haaa kalau uolls nak tau lagi tips bisnes jangan lupa singgah la blog ni lagi hokay.

Jangan lupa pakat SHARE kat kengkawan yang baru nak mulakan bisnes tau. Ok uollsss sehingga berjumpa lagi di next entri. Tata titi tutu.

Lefff,
Kak Jiha

No comments:

Post a Comment