Friday, 14 September 2018

PERGI TANPA PESAN...



Pagi ni buka je whatsapp, terima whatsapp yang sedih sangat dari husband ummi. Ada accident kat lebuh raya KESAS masa dia on the way ke tempat kerja. Husband ummi antara yang awal sampai.

So dia berhenti untuk jaga trafik. Sementara tu ada rider yang lain pergi dapatkan mangsa. Masa tu ambulans dan polis belum sampai lagi. 

Husband ummi kata masa dia sampai, mangsa kemalangan tu masih bernyawa. Maybe dah nazak. Tak lama lepas tu arwah meninggal. Allahhh.

Lagi sedih bila husband Ummi kata berterabur nasi lemak dalam raga motor arwah. Allah... Sedih sangat.

Kemalangan ni berpunca daripada mangsa terlanggar belakang kereta rosak yang berhenti di tepi highway KESAS. Akibat daripada perlanggaran tu arwah melambung dan jatuh ke kiri jalan. Ada sebuah kereta Alza gagal mengelak dan terus langgar dan gilis mangsa. Allah.. Allah..

Daripada Fb, Ummi dapat tau arwah orang Telok Panglima Garang. Telah berkahwin dan ada seorang anak. Semoga keluarga arwah redho dan tabah hadapi dugaan ni.

Arwah pergi pada pagi hari Jumaat dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Semoga Allah SWT kurniakan syahid untuk arwah. Aamiin ya rab.

Tu pengakhiran hidup arwah. 

Hidup kita?

Dah bersedia?

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati......




SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum. Hai korang :)

Tqvm yang sudi singgah blog Ummi. Seriously appreciated korang. Ermmm belum terlambat rasanya nak wish korang salam maal hijrah!




Awal pagi ni la pun nak menulis kat blog ni jap sementara anak-anak dah beradu.

So tahun ni apa yang korang azam nak hijrah? Ummi seriously banyak sangat  perubahan yang kena buat dalam hidup.

Memang kalau listkan memang tak habis. Tapi just ambil 3 yang priority la kan. Perubahan dalam life kehidupan as a muslim, sebagai seorang anak, isteri dan juga ibu. Banyak yang kena perbaiki. Banyak lemahnya. Kalau difikirkan sedih pulak. Uwaaaa.

Lepas tu perubahan dalam bisnes dan financial. Dalam bisnes je dah berapa kali tukar bisnes. Ada macam-macam sebab. Kalau listkan pun tak habis rasanya. So cari cari cari lagi selagi belum jumpa. Tapi rasanya inshaAllah tahun ni or tahun depan tanak tukar bisnes dahhhh. 

Korang tolong doakan ye. Bila kita start bisnes baru. Kita kena start all over again tau. Seriously penatttt. 

So jom sesama kita berdoa semoga 1 Muharram yang lepas menjadikan titik permulaan untuk kita lebih baik dari tahun sebelumnya. InshaAllah. Aamiinnnn.




Abu Hurairah r.a berkata;
"Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku."

So ok korang, jumpa lagi di next entri inshaAllah ;)
 

'