MENGENALI PENGASAS VITAMIN C SERIES BY ANNONA - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 14 September 2018

MENGENALI PENGASAS VITAMIN C SERIES BY ANNONA

Puan Nurhusni bt Datuk Mahad Nor, CEO MOS Nutraceutical Sdn Bhd yang juga lebih dikenali sebagai Puan Ony adalah merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi dari Universiti Sains Malaysia.


Beliau merupakan seorang Ahli Farmasi bertauliah yang mempunyai pengalaman lebih dari 14 tahun di dalam bidang farmaseutikal dan turut memiliki sebuah farmasi yang dinamakan Farmasi Sri Penanti yang terletak di Penanti, Pulau Pinang.

Sehingga kini, beliau dan suami berjaya menubuhkan dua anak syarikat iaitu Nurin Wellness Trading dan Hijra Global Trading di bawah MOS Nutraceutical Sdn Bhd.

Bersandarkan pada pengalaman dalam bidang ubat ubatan, beliau mengusahakan produk kesihatan dan kecantikan di bawah jenama Annona.

Kerjaya sebagai Ahli Farmasi turut membawa beliau bertemu pelanggan dengan pelbagai masalah kulit setiap hari termasuklah mangsa kosmetik merkuri serta yang obses terhadap suntikan Vitamin C sehingga membawa kepada kemudaratan.

Bertitik tolak daripada situ, akhirnya memberi inspirasi kepada beliau untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia merbahaya, halal, dan berkualiti di bawah jenama vitamin c series by annona.

Di media sosial beliau, Puan Nurhusni sentiasa bersemangat dalam berkongsi ilmu merawat kulit dengan betul dan selamat kerana menyedari masih ramai yang perlu diberikan pendedahan akan ilmu penjagaan kulit selain produk produk yang sesuai digunakan untuk kulit wajah.


No comments:

Post a Comment