PERGI TANPA PESAN... - TIPS & PANDUAN SURIBISNES (WAHM & SOHO)

Friday, 14 September 2018

PERGI TANPA PESAN...



Pagi ni buka je whatsapp, terima whatsapp yang sedih sangat dari husband ummi. Ada accident kat lebuh raya KESAS masa dia on the way ke tempat kerja. Husband ummi antara yang awal sampai.

So dia berhenti untuk jaga trafik. Sementara tu ada rider yang lain pergi dapatkan mangsa. Masa tu ambulans dan polis belum sampai lagi. 

Husband ummi kata masa dia sampai, mangsa kemalangan tu masih bernyawa. Maybe dah nazak. Tak lama lepas tu arwah meninggal. Allahhh.

Lagi sedih bila husband Ummi kata berterabur nasi lemak dalam raga motor arwah. Allah... Sedih sangat.

Kemalangan ni berpunca daripada mangsa terlanggar belakang kereta rosak yang berhenti di tepi highway KESAS. Akibat daripada perlanggaran tu arwah melambung dan jatuh ke kiri jalan. Ada sebuah kereta Alza gagal mengelak dan terus langgar dan gilis mangsa. Allah.. Allah..

Daripada Fb, Ummi dapat tau arwah orang Telok Panglima Garang. Telah berkahwin dan ada seorang anak. Semoga keluarga arwah redho dan tabah hadapi dugaan ni.

Arwah pergi pada pagi hari Jumaat dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Semoga Allah SWT kurniakan syahid untuk arwah. Aamiin ya rab.

Tu pengakhiran hidup arwah. 

Hidup kita?

Dah bersedia?

Setiap yang hidup pasti akan merasai mati......




No comments:

Post a Comment